18/07/2026
**Menu Eksotik Premium 🌿🐌🐟**
Setiap kali menerima tempahan, Meknon sentiasa percaya bahawa pelanggan bukan hanya membeli makanan, tetapi mereka meletakkan kepercayaan kepada Meknon untuk menyediakan hidangan terbaik buat tetamu mereka.
Kali ini, pelanggan memilih menu yang agak istimewa:
Masak Lemak Cili Padi Siput Sedut
Ikan Keli Berlado.
Sambal Tumis Udang
Ayam Goreng
Telur Masin
Ulam + Sambal Belacan
Cara memasaknya mungkin biasa bagi Meknon, tetapi bahan mentahnya memerlukan usaha yang luar biasa. Sebab itulah Meknon anggap ini sebagai **Menu Eksotik Premium** yang di-*custom* khas mengikut permintaan pelanggan.
Mencari siput sedut yang memenuhi standard bukan semudah yang disangka. Meknon bermula di Chow Kit, tetapi stok tiada. Kemudian ke NSK, namun siput yang ada kurang aktif. Akhirnya, di Pasar Borong Selayang, barulah bertemu dengan siput yang besar, aktif dan segar. Walaupun harganya lebih tinggi daripada bajet asal, Meknon tetap memilih yang terbaik kerana rasa bermula daripada kualiti bahan mentah.
Begitu juga dengan ikan keli. Meknon sengaja memilih ikan yang masih hidup dan terus disiang di pasar supaya kesegarannya terpelihara. Balik sahaja ke dapur, proses membersihkan ikan dilakukan pada hari yang sama. Walaupun agak mencabar, inilah antara perkara yang Meknon percaya memberi perbezaan pada hasil akhirnya.
Rasa macam marathon juga persiapan kali ini. Kalau YB Syed Saddiq berlari sampai ke Muar, Meknon p**a berlari dari pasar ke dapur. 🤭
Alhamdulillah, segala penat lelah berbaloi.
Terima kasih buat Uncle Faizal kerana memberi kepercayaan kepada Meknon’s Kitchen untuk menyediakan dan menghantar hidangan sempena Majlis Kesyukuran anak saudara.
📍Sierra Hijauan, Ampang.