Putu Piring Cikgu Siti

Putu Piring Cikgu Siti Putu Piring Cikgu Siti adalah putu piring yang hanya boleh didapati di Puncak Alam. Anda nikmatilah putu piring yang gebu dan lembut ini.

15/02/2014
21/01/2014

Solat Dhuha Membuka Pintu Rezeki

Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa

maksudnya;

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika s**ar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

16/01/2014

SEDEKAH ALFATIHAH

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian 'patah riuk' jadinya.

Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil2 ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik.. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain p**a pendekatan mereka.

Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan.

Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan sedekahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid.

Kata penceramah, ramai yang malas sedekahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menyedekahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya.

Disedekahkan .-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.

Sahabat-sahabatku yang baik,
Cuma sedekahkan al-Fatihah!

Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-F atihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai sedekah. Sebut satu persatu nama penerimanya.

Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat p**a pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang dis**ai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali p**a kepada kita.. Subhanallah..

Jom same2 kita beramal secara istiqomah sedekahkn al-fatihah untuk Rasulullah, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita..amin...

Meh share sama2

Al-Fatihah untuk semua

Tauke Putu Piring Cikgu Siti

04/01/2014

"Cara-cara memasak Nasi Ayam Hainan. Untuk melihat lebih 1000 lagi video masakan, layari http://www.trymasak.my ! Steps to cook Nasi Ayam Hainan. For 1000 mo...

31/12/2013

Pkul 11:59 mlm ni tlg jgn masuk tndas...

Nnti kluar thun depan.. :)

Harini sure penuh status hjung thun..

Esok status azam baru..

Kan..?

28/12/2013

Jangan terlalu cepat menghukum

Seorang budak lelaki berumur 24 tahun melihat keluar dari tingkap sebuah kereta api yang bergerak laju sambil menjerit. "Ayah, lihat pokok-pokok itu berjalan ke belakang!" Si ayah hanya tersenyum sahaja, di sebelah berdekatan duduk satu pasangan muda, sambil melihat tingkah laku kebudak-budakan anak yang berusia 24 tahun ini dengan rasa belas kasihan, tiba-tiba anak itu berteriak lagi ... "Ayah, lihat awan berjalan dengan kita!"
pasangan muda itu kini sudah tidak dapat menahan rasa lagi lalu bertanya kepada si ayah yang sudah agak lanjut usia... "Mengapa pakcik tidak membawa anak pakcik berjumpa dengan seorang doktor yang baik?" Si ayah yang tua pun tersenyum lalu berkata ... "Saya sudah lakukan dan kami baru keluar dari hospital, anak saya seorang yang buta sejak lahir, beliau baru sahaja mendapat matanya."

Tiap-tiap orang di atas bumi ini mempunyai cerita masing-masing. "Jangan menilai (menghukum) seseorang sebelum anda benar-benar tahu cerita mereka. Kebenaran mungkin akan mengejutkan anda ... berfikir sebelum anda menghukum orang lain sekeliling anda."

21/12/2013

"Bila kita makin tua, wajah kita semakin iras dengan ibu bapa kita. Kerana, pada waktu itu, Mereka tiada. Allah tahu, kita merindui mereka" - Petikan Perkongsian Ustaz Kazim Elias

08/12/2013
29/11/2013

Jom jadi sporting main satu permainan PASTI akan bergelak sebentar atau senyum sejenak. release tension~

i) Pilih bulan kelahiran anda:

Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:

1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku s**a single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab s**a hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

sambungkan bg jadi 1 ayat..

KONGSI-KONGSI LA... JAWAPAN ANDA~
(JAWAPAN JUJUR BARU BEST)

Selamat Menunaikan Fardhu Asar
28/11/2013

Selamat Menunaikan Fardhu Asar

Address

Bandar Puncak Alam
Kuala Selangor
42300

Opening Hours

Monday 17:00 - 19:00
Tuesday 17:00 - 19:00
Wednesday 17:00 - 19:00
Thursday 17:00 - 19:00
Friday 17:00 - 19:00
Saturday 14:00 - 19:00
Sunday 14:00 - 19:00

Telephone

+60182182592

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Putu Piring Cikgu Siti posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Putu Piring Cikgu Siti:

Share

Category