21/07/2026
KISAH SEPINGGAN NASI GORENG
Suatu hari, seorang pelanggan membuat pesanan nasi goreng melalui MISI Delivery.
Bagi pelanggan itu, ia hanyalah makan tengah hari bernilai beberapa ringgit.
Tetapi bagi pemilik kedai, pesanan itu membantu menambah jualan hariannya.
Bagi rider p**a, pesanan itu menjadi sebahagian daripada pendapatannya untuk menyara keluarga.
Bagi pembekal bahan mentah, ia bermakna lebih banyak stok diperlukan untuk hari berikutnya.
Tanpa disedari, satu pesanan kecil telah memberi manfaat kepada ramai orang.
Itulah keindahan sebuah komuniti. Apabila kita saling menyokong, rezeki akan terus berputar dan ekonomi setempat akan terus berkembang.
Kecil pada kita, besar untuk komuniti.
MISI UNTUK SEMUA