Keropok Ganu

Keropok Ganu Stay tune, will coming anytime soon

9 Kelebihan Sedekah1. Menjauhkan Diri Dari Sifat Kedekut Dan Bakhil2. Menghapuskan Dosa3. Rezeki Bertambah4. Mendekatkan...
16/07/2023

9 Kelebihan Sedekah
1. Menjauhkan Diri Dari Sifat Kedekut Dan Bakhil
2. Menghapuskan Dosa
3. Rezeki Bertambah
4. Mendekatkan Diri Dengan Allah
5. Memanjangkan Umur
6. Terhindar Dari Azab Kubur
7. Menambah Pahala
8. Memberi Ketenangan Jiwa
9. Melindungi Diri Dari Bahaya

Dapatkan Keropok Ganu di 019-787 0325

5 Tips Motivasi Diri Untuk Berjaya1. Potensi DiriDalam usaha untuk berjaya dalam apa-apa bidang, anda perlu sedar bahawa...
16/07/2023

5 Tips Motivasi Diri Untuk Berjaya

1. Potensi Diri

Dalam usaha untuk berjaya dalam apa-apa bidang, anda perlu sedar bahawa anda mempunyai potensi untuk mencapai matlamat anda. Sebagai contoh, jika anda mahu menjadi atlet s**an seperti Datuk Lee Chong Wei tetapi tidak mempunyai kebolehan bermain badminton, mencapai kejayaan dalam bidang ini adalah sesuatu yang tidak mungkin.

Walau bagaimanapun, jika anda s**a mengajar dan mempunyai bakat dalam memberi syarahan dan mengharapkan kejayaan yang mana anda mempunyai firma latihan sendiri, bermakna anda mempunyai potensi untuk belajar dan mencapai kejayaan tersebut.

2. Mempunyai Keinginan Yang Kuat

Untuk benar-benar mendapat motivasi diri yang jitu, anda mesti mempunyai keinginan yang kuat. Ini akan membantu anda ketika melalui situasi-situasi yang sulit dan memastikan anda berusaha untuk melakukan prestasi yang terbaik walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Jika anda berasa seperti keinginan anda semakin pudar, apa yang perlu anda lakukan ialah melihat kembali kepada impian dan matlamat anda. Ini akan memberikan motivasi kepada diri anda dan meningkatkan lagi rasa keinginan anda.

3. Ketahui Arah Tujuan

Tiada sumber motivasi yang lebih kuat untuk anda berjaya dari tujuan anda melakukannya. Tujuan anda adalah inspirasi terbaik untuk memberi perangsang dalam menghadapi kesulitan di kemudian hari. Ia akan dapat membantu anda melakukan perkara-perkara yang dilihat mustahil pada pandangan manusia normal.

Bila anda fikir anda sudah tiada semangat untuk meneruskan perjalanan, ingat kembali tujuan anda melakukannya dan motivasi itu akan kembali kepada anda serta merta.

4. Berani Mengharungi Cabaran

Apabila anda bertemu dengan cabaran dalam perjalanan anda untuk berjaya, anda mungkin cenderung untuk menghentikan perjalanan itu. Meskipun kedua-duanya menghadapi kesulitan yang sama, tetapi satu perkara yang membezakan adalah keberanian untuk meneruskan perjalanan itu.

Jika berhadapan dalam situasi yang s**ar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang seterusnya.

5. Lupakan Masa Silam

Percaya atau tidak, salah satu pemusnah motivasi diri anda adalah masa silam anda sendiri. Ia boleh memberi beban yang berat di atas bahu yang perlu anda pikul. Walaupun bagaimanapun, ia adalah sesuatu yang boleh anda tinggalkan. Anda mungkin membuat kesalahan pada masa lalu. Anda mungkin telah mengecewakan orang lain dengan apa yang anda lakukan.

Tapi itu semua sudah berlalu. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat anda ubah lagi hakikatnya. Hari ini adalah hari yang baru dan anda sentiasa mempunyai peluang untuk memulakan semula hari anda. Tidak kira seteruk mana masa silam anda, masih ada masa depan yang cerah menanti jika anda berani meneruskan perjalanan.

Kami ada jual keropok segara daripada GANU tau!! Jom dapatkan sekarang 019-787 0325

6 Tips Hilangkan Stress Belajar Dengan Berkesan1. Buat "Study Group"Ramai pelajar yang mengalami stress bila belajar ker...
16/07/2023

6 Tips Hilangkan Stress Belajar Dengan Berkesan

1. Buat "Study Group"
Ramai pelajar yang mengalami stress bila belajar kerana tidak faham apa yang sedang dipelajarinya. Jadi, carilah rakan yang lebih memahami dan belajar secara berkump**an. Banyak kelebihan "Study Group" ini, antaranya dapat menambahkan lagi pengetahuan. Pelbagai idea dan pendapat akan terhasil melalui perbincangan di samping dapat mengatasi rasa bosan ketika belajar.
2. Fokus 1 Perkara Dalam 1 Masa
Masa belajar tenangkan fikiran. Jika mahu belajar subjek sejarah, biarkan buku sejarah saja ada atas meja. Fokus kepada subjek yang anda sedang pelajari. Lupakan subjek-subjek lain buat seketika. Jika tidak, pembelajaran anda akan terganggu dan hilang fokus nak belajar. Sedang belajar subjek sains, teringat subjek sejarah. Belajar matematik, teringat bahasa inggeris. Sebaiknya, buatlah jadual belajar dan susun subjek-subjek untuk memudahkan anda membuat ulangkaji.
3. Bayangkan Kejayaan
Pelajar yang sering mengalami stress ketika belajar adalah disebabkan terlalu membayangkan persoalan "Kalau saya gagal macam mana? Kenapa saya selalu lupa apa yang saya baca? Kenapa saya susah nak faham apa yang saya baca?"- Hentikan membayang sebegitu. Sebaliknya, kita perlu membayangkan kita dapat menjawab semua soalan dengan baik. Bayangkan kita berjaya mencapai kejayaan dan mendapat keputusan yang cemerlang. Oleh itu, penggunaan minda sangat penting untuk berjaya
4. Tidur Yang Mencukupi
Tidur dapat mengembalikan tenaga dalam diri. Jika anda tidak mendapat tidur yang mencukupi, badan kita akan lemah, letih, lesu dan hilang fokus nak belajar. Bertambah stress! Oleh itu, kita memerlukan tidur yang mencukupi setiap hari sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari bagi dewasa. Manakala bagi kanak-kanak dan warga emas memerlukan tidur yang lebih, sekitar 9-10 jam sehari.
5. Mendengar Muzik
Jika rasa otak anda sudah terasa penuh, apa yang dibaca terasa berat dan susah untuk memahaminya cubalah untuk mendengar muzik yang anda s**ai. Ternyata, muzik dapat menghilangkan stress dan membuat fikiran kita lebih rileks dan tenang. Bila sudah berasa tenang, anda boleh sambung belajar kembali.
6. Bersenam
Asyik menghadap buku saja, stress jugak kadang-kadang. Pergilah mengambil udara sekejap diluar dan membuat senaman ringkas dan melakukan hobi yang anda s**a seperti bermain futsal, badminton, membeli-belah dan sebagainya. Ianya dapat mengurangkan tekanan dalam fikiran anda.

Jadi terdapat 6 tips untuk mengatasi masalah tekanan ketika belajar yang telah disenaraikan di sini. Semoga tips-tips ini dapat membantu anda mengatasi masalah ini.

Korang tengah stress ke tu. Makan Keropok Ganu ni boleh hilang stress jugak tau. Jom dapatkan sekarang 019-787 0325

Mengapa Anda Perlu Minum Banyak Air Kosong? Ini Manfaatnya Untuk Kesihatan1. Membantu mengekalkan keseimbangan cecair di...
16/07/2023

Mengapa Anda Perlu Minum Banyak Air Kosong? Ini Manfaatnya Untuk Kesihatan

1. Membantu mengekalkan keseimbangan cecair di dalam badan
60% daripada badan manusia terdiri daripada air. Ia memainkan pelbagai peranan termasuk membantu penghadaman, penyerapan nutrisi, peredaran darah, penghasilan air liur dan mengawal suhu badan.

Apabila badan anda mengalami kekurangan air, otak akan menghantar isyarat haus. Jika terlebih p**a, air tersebut dibuang melalui air kencing, peluh dan pernafasan.

Tanpa air yang mencukupi, fungsi badan anda secara amnya boleh terganggu. Ini membuatkan anda kurang cergas dan aktif serta tidak boleh memaksimakan tenaga sepanjang hari.

Kebaikan minum air kosong 2: Mengawal kalori
Tahukah anda berapa bilangan kalori bagi segelas air kosong? Jawapannya adalah kosong. Sebanyak mana pun gelas yang anda ambil, kalori yang anda ambil tetap kosong.

Apa yang menariknya adalah apabila anda banyak minum, ia akan memberikan rasa kenyang tanpa menambah pengambilan kalori. Bahkan ia membantu anda mengurangkan pengambilan kalori daripada sumber yang lain.

3. Memberikan otot yang sihat
Sel-sel otot yang tidak mengandungi kandungan air yang mencukupi akan mengecut. Ia membuatkan otot lebih cepat letih seterusnya menganggu fungsi serta prestasinya.

Oleh sebab itu, anda perlu mengambil air yang cukup semasa melakukan aktiviti fizikal untuk memastikan kecergasan otot kekal pada tahap maksimum.

Kebaikan minum air kosong 4: Kulit anda kelihatan lebih segar
Kulit anda mengandungi banyak air. Ia memberikan kesegaran dan membuatkan kulit anda kelihatan muda. Namun, jangan harapkan segala kedutan pada kulit anda akan hilang serta merta selepas minum 5 botol air.

Anda juga boleh gunakan pelembap untuk mengekalkan air pada kulit.

5. Membantu buah pinggang membuang toksin
Bahan toksin dibuang daripada badan melalui beberapa cara. Antaranya adalah oleh buah pinggang melalui air kencing. Cecair badan yang mencukupi membantu buah pinggang membuang toksin dengan lebih efisyen.

Bila air kencing anda berwarna cerah dan tidak berbau, ia adalah petanda anda mendapatkan air yang cukup. Sebaliknya jika kurang, air kencing akan berwarna lebih gelap dan berbau.

Pengambilan air yang kurang juga mendedahkan anda kepada pembentukan batu karang di dalam buah pinggang.

Jadikan air kosong sebagai tabiat anda hari ini!

Alang-alang jom dapatkan Keropok Ganu kami tau!

Pm je kami 019-787 0325

Do you miss Ganu? Miss Ganu's delicious food? Don't worry. We sell Keropok Ganu, a very delicious instant keropok. This ...
16/07/2023

Do you miss Ganu? Miss Ganu's delicious food?
Don't worry. We sell Keropok Ganu, a very delicious instant keropok. This keropok is made fresh from ganuu.

So, what do you waiting for? Grab now, pm us or contact us on 019-787 0325 ๐Ÿ˜ƒ

Rugi tau korang siapa yang belum try lagi kami punya keropok ni. Keropok dah la rangup dan cukup rasa. Dia ada sekali de...
16/07/2023

Rugi tau korang siapa yang belum try lagi kami punya keropok ni. Keropok dah la rangup dan cukup rasa. Dia ada sekali dengan sos pencicah p**ak tu. Snagat berbaloi kan!!

Jom la dapatkan sekarangg. 019-787 0325

Rasa nak menguyah ke tu hari minggu ni. Apa kata korang try Keropok Ganu kami ni. Takkan rugi lah!! Jom pm kami sekarang...
16/07/2023

Rasa nak menguyah ke tu hari minggu ni. Apa kata korang try Keropok Ganu kami ni. Takkan rugi lah!!

Jom pm kami sekarang!! 019-787 0325

5 MANFAAT KEROPOK IKAN SEBAGAI ALTERNATIF MAKANAN RINGAN1. Tinggi kandungan protein2. Memberi rasa kenyang3. Tinggi zat ...
16/07/2023

5 MANFAAT KEROPOK IKAN SEBAGAI ALTERNATIF MAKANAN RINGAN

1. Tinggi kandungan protein
2. Memberi rasa kenyang
3. Tinggi zat besi dan kalsium
4. Tiada pewarna tambahan
5. Sebagai penambah selera

Rasa nak makan keropok ikan ke tu? Jom dapatkan dengan kami. Keropok Ganu sebagai makanan ringan korang.

Pm kami segera 019-787 0325

FAKTA HARI INIKorang tahu tak selain ikan tamban, ikan selayang dan juga ikan parang sering digunakan dalam proses pembu...
16/07/2023

FAKTA HARI INI

Korang tahu tak selain ikan tamban, ikan selayang dan juga ikan parang sering digunakan dalam proses pembuatan keropok lekor.

Korang kalau nak beli Keropok Ganu kami boleh pm kami sekarang di 019-787 0325 ๐Ÿ˜€

Nampak happykan tengok dorang dapat Keropok Ganu kami. Anda bila lagi? Taknak merasa ke? Jom dapatkan sekarangg ๐Ÿ˜€Pm kami...
16/07/2023

Nampak happykan tengok dorang dapat Keropok Ganu kami. Anda bila lagi? Taknak merasa ke? Jom dapatkan sekarangg ๐Ÿ˜€

Pm kami di 019-787 0325

Selamat mengundi kepada negeri yang akan menjalankan pengundian bulan lapan ni. Ini adalah tips daripada kami untuk yang...
16/07/2023

Selamat mengundi kepada negeri yang akan menjalankan pengundian bulan lapan ni. Ini adalah tips daripada kami untuk yang berada di luar semenanjung.
Tips Beli Tiket Flight Murah, Ramai Tak Tahu Rupanya!

1. Tempah hari Selasa & Rabu
2. Tempah awal tapi jangan terlalu awal
3. Pilih hari terbang yang sesuai
4. Cari โ€˜best dealโ€™ untuk penerbangan antarabangsa
5. Pilih untuk mendarat di lapangan terbang kecil
6. Buang โ€˜cookiesโ€™ pada web browser
7. Bandingkan harga

Korang kalau balik mengundi mesti nak bawak balik sesuatu untuk keluarga kan. Keropok Ganu kami ni sangat sesuai nak bagi dekat family tau. Jom dapatkan sekarang. Pm kami 019-787 0325

GRAB IT NOW!!!DELICIOUS!!๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹KEROPOK SEAMEQ ORIGINAL DARI NEGERI TERENGGANU!!KEROPOK TERHANGAT YANG SANGAT RANGUP DAN SED...
07/07/2023

GRAB IT NOW!!!
DELICIOUS!!๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹
KEROPOK SEAMEQ ORIGINAL DARI NEGERI TERENGGANU!!

KEROPOK TERHANGAT YANG SANGAT RANGUP DAN SEDAP!!

BOLEH DIBELI DENGAN HARGA HANYA RM2.50 SAHAJA TAUU !!

TERLAJAK MURAH๐Ÿ˜

Pm kami segera 019-787 0325

Address

Lorong Cakera Purnama
Kuala
42300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keropok Ganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category