21/06/2023
𝗝𝗘𝗡𝗜𝗦 - 𝗝𝗘𝗡𝗜𝗦 𝗖𝗜𝗟𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗔𝗣 𝗞𝗘𝗣𝗘𝗗𝗔𝗦𝗔𝗡 🤯
Mesti ada yang ingat semua cili kering sama saja. Saat pergi ke kedai hanya meminta cili kering tanpa bersoal jawab panjang. Namun begitu, sebenarnya cili kering ini ada beberapa jenis dan mempunyai nama yang tersendiri. Jom kita ketahui jenis-jenis cili kering yang sesuai untuk digunakan dalam masakan anda.
1️⃣ Cili kering gemuk
🌶️ Saiz besar, berkilat, biji yang banyak, kulitnya tebal dan liat, jika diblend, masih ada tekstur kasar, melainkan menggunakan heavy duty blender. Ia juga dinamakan sebagai cili kering kelantan,kerana banyak digunakan dan dijual di sana. Sesuai untuk semua masakan, dicampur dengan cili 668,273 dan Teja untuk dapatkan kepedasan yang seimbang dan warna merah yang cantik serta sesuai untuk dimakan oleh kanak² atau orang tua. Kalau tuan puan s**a kan pedas, cili jenis ini tidak menepati citarasa tuan puan.
💬 Tahap Kepedasan: Tak Pedas 😍
2️⃣ Cili kering 668
🌶️ Tekstur kerinting, kurang biji, dan kulitnya nipis berbanding Cili Kering Gemuk. Mudah diblend sehingga halus tanpa menggunakan blender heavy duty. Sesuai untuk dimasak:Kuih popia sira, Kuih burger Malaysia, Sambal Ikan bilis, sambal udang petai, kuetiew goreng basah, mee goreng basah, mee kuah, laksa, nasi goreng cili kering dan lain-lain. Sesuai untuk tuan puan yang s**a kan pedas.
10 tangkai cili kering ini sesuai untuk satu hidangan 4 orang makan.
💬 Tahap kepedasan: Pedas 🥵
3️⃣ Cili kering 273
🌶️ Saiz seperti cili padi, berkilat dan banyak biji.Kulitnya nipis dan mudah diblend menggunakan blender biasa sahaja. Tahap keepdasam sama seperti 668. Sesuai untuk dimasak: Rendang, Laksa, Mi Goreng, Sambal Ikan Bilis Nasi lemak , Sambal ikan, Sambal sotong, Asam pedas, Sambal ketam, Daging goreng berlada, Ikan Talapia panggang bersambal,Pes Ikan Bakar, Ayam goreng mamak dan lain-lain.
💬 Tahap Kepedasan: Pedas 🥵
4️⃣ Cili kering Teja
🌶️ Rupa dan bentuk seperti cili jenis 273, tetapi sedikit kerinting.Tidak mempunyai batang. Jenis ini mempunyai kulit yang nipis dan mudah untuk diblender menggunakan blender biasa. Ia juga dinamakan Cili Kering Siam. ni tahap pedas dia tak boleh bawak bincang. Sesuai untuk dimasak: Ayam Masak Cili Kering Stail Cina Muslim atau jadikan flakes ( disangai/dibakar dalam oven dan blend kering) Sesuai untuk mereka yang s**akan pedas.
💬 Tahap kepedasan: Sangat Pedas 🤒
Sumber 🔎 : https://siraplimau.com/jenis-cili-kering/
📌 Mahu ketahui dengan lebih lanjut tentang lain? Jangan lupa untuk LIKE, SHARE dan FOLLOW kami di page kami yang tertera di bawah 🥰
https://www.facebook.com/anzsambalbilisgaring