Cölla Cattle Farm

Cölla Cattle Farm Malaysia Premium Cattle Valley
Feedlot•Trading•Production•Processing Cattle•
KUALA SELANGOR & KULIM
To Purchase & Visit
� : +60 19-719 7060
(2)

Malaysia Premium Cattle Valley
Feedlot•Trading•Production•Processing Cattle•
KUALA SELANGOR & KULIM
To Purchase & Visit
�: +6012.878.1817 • 6012.624.0538(24 Hours)

15/08/2026

Setiap pagi, ada rutin penting dekat farm iaitu perah susu kambing 🐐🥛

Susu yang diperah ni akan diberikan kepada anak-anak kambing untuk keperluan dan tumbesaran mereka. Jom tengok macam mana prosesnya dekat farm!

**ambing

14/08/2026

Kalau Pak Jamal tak jadi CEO Colla Cattle Farm, agak-agak Pak Jamal kerja apa ya?

Tapi itulah, sekarang dah jadi CEO Colla Cattle Farm, memang tak menang tangan. Lagi-lagi bila MAHA 2026 dah makin dekat. Dari uruskan persediaan farm sampailah persiapan untuk MAHA, macam-macam benda kena settle.

Nak tahu apa yang Pak Jamal tengah sibuk buat untuk persediaan MAHA? Tengok video ni sampai habis 👀

13/08/2026

Jauh di utara, tapi tetap dekat di hati 🤍

Kali ni team HR turun padang jumpa team kita di utara untuk staff engagement which is bowling, gelak sama-sama, dan tak lupa celebrate birthday staff.

Sebab bagi kami, walaupun jauh dari HQ, korang tetap sebahagian daripada satu team. HQ jauh tak bermakna kita jauh. Kita tetap cari masa untuk jumpa, celebrate dan cipta moment sama-sama!

12/08/2026

Tengah cari anak lembu baka atau lembu baka?

Kat Colla Cattle Farm, Sungai Tengas ada beberapa pilihan untuk yang nak mula menternak atau nak tambah baka dalam ladang.

Nak tengok ada apa? Senang ja, call kami atau terus datang ke farm. 👋

📞 +60 17-431 8976
📍 Colla Cattle Farm, Sungai Tengas

Mana tahu, lembu yang korang cari memang ada kat sini!

11/08/2026

7 Ogos 2026 | KURSUS TANAMAN RUMPUT NAPIER BERSAMA WAR GRASS DIGGER

Kursus yang berlangsungnya di Colla Livestock, Pondok Tanjung, Perak yang telah disertai oleh 4 orang wakil dari War Grass Digger.

Program ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai potensi Rumput Napier sebagai tanaman komersial dan sumber makanan ternakan, selain perkongsian ilmu berkaitan pemilihan varieti, penyediaan tanah, teknik penanaman serta pengurusan ladang.

Lebih menarik, peserta turut berpeluang menyertai sesi amali melibatkan teknik penanaman.

Program turut diisi dengan sesi soal jawab, fotografi dan penyampaian sijil sebagai penutup kursus.

Terima kasih kepada semua peserta yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga segala ilmu dan perkongsian yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam mengembangkan lagi bidang tanaman makanan ternakan dan industri ternakan di Malaysia. 🌱🐂

09/08/2026

Jangan lepaskan peluang untuk tengok kambing Pygmy dari Colla Cattle Farm secara dekat! 🐐

Khas dibawa ke MAHA 2026 dan boleh jumpa di Petting Zoo. Tak perlu datang ke farm, kali ni kami yang bawakan Pygmy terus kepada korang!

📍 MAHA 2026, MAEPS Serdang
📅 28 Ogos – 6 September 2026

Kalau ke MAHA, wajib ke Colla! Jangan sampai terlepas peluang ni 👀

08/08/2026

Lawatan tapak Warung Daging COLLA untuk MAHA2026! 👀

Dekat sini nanti korang boleh rasa sendiri menu daripada produk COLLA seperti Burger Lembu COLLA, Burger MyGyu, Burger Koboi Malaya, Meatball dan MyGyu Skewers! 🍔🥩

Dah rasa dan s**a? Boleh terus beli produk frozen untuk bawa balik dan masak sendiri di rumah.

Jangan lupa datang ke MAHA 2026!

Kalau ke MAHA, WAJIB ke COLLA! ❤️

08/08/2026

MAHA 2026 makin dekat! 👀

Team Colla turun ke MAEPS Serdang untuk lawatan tapak dan persiapan awal sebelum MAHA 2026 bermula.

Banyak benda yang tengah kami siapkan, daripada produk, makanan, aktiviti sampailah ke booth khas untuk korang.

Kalau datang MAHA nanti, jangan lupa singgah booth Colla. Confirm banyak benda menarik menanti! 🐄🔥

06/08/2026

Tak perlu datang sampai ke farm untuk tengok Pygmy, sebab kali ni kami yang bawak Pygmy ke MAHA 2026! 🐐

Inilah peluang korang nak tengok si comel ni depan mata, bergambar dan kenal lebih dekat. Banyak lagi yang kami bawakan khas untuk korang.

📍 MAEPS Serdang
🗓️ 28 Ogos – 6 September 2026

Kalau ke MAHA, wajib ke Colla!

Address

B37
Kuala
45000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cölla Cattle Farm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cölla Cattle Farm:

Shortcuts

Share

Category