30/08/2021
JOM SAYA SHARE 7 TIPS SELF KUARANTIN DAN MENJAGA AHLI KELUARGA YANG +.ve TANPA MENJEJASKAN DIRI AHLI KELUARGA YANG LAIN
Ini adalah pengalaman saya sendiri menjaga 5 orang yang +.ve iaitu adik ipar dan isteri serta 2 anak yang berumur 2 tahun dan 7 bulan, dan juga pembantu rumah yang positif. Dalam rumah ada lagi 7 orang yang -.ve termasuk saya sendiri.
Step 1:
Jika ada salah seorang ahli rumah anda yang +.ve atau mula bergejala, asingkan beliau di dalam bilik yang ada bilik air di dalamnya serta merta.
Apa yang kami buat adalah keluarga
adik ipar dalam satu bilik dan pembantu salam
bilik yang lain.
Step 2:
Perlu sanitasi/disinfectant seluruh rumah dengan semburan cecair sanitasi. Sebolehnya yang tanpa alkohol/clorox kerana akan merosakka fabrik dalam rumah.
Kami menggunakan Semburan Efective Microb bagi tujuan sanitasi. Kami sembur dgn spray gun seluruh rumah dan pastikan semburan dilakukan sekurang-kurangnya 4-5 kali sehari. Efective microb ni juga selamat untuk di sembur ke seluruh badan termasuk muka.
Bekalkan botol spray/spray gun EM pada
mereka yang tengah kuarantin untuk mereka spray di dalam bilik dan juga seluruh badan mereka.
Persediaan sebelum berhadapan mereka yang positif:
- Kami akan Spray EM ke seluruh badan dan muka sebelum dan selepas berhadapan dengan mereka. Semasa berdepan dengan mereka yang positif, anda akan rasa seperti ada benda merayap dalam mata dan permukaan kulit muka dan tangan. Bila berlaku keadaan macam ni, spray EM pada badan dan muka anda.
- Minum EMDRINK sebelum dan selepas berhadapan mereka
- Sekiranya selepas berhadapan mereka tekak anda rasa gatal, berkumuhlah dgn listerine sehingga tekak rasa pedih, selepas itu berkumuh EM Drink dan telan.
Step 3: Ubatan dan Supplement
Berikut senarai ubatan yang kami bagi pada ahli mereka yang +.ve
1. Nurofen Express 684mg - ubat demam dan tahan sakit bagi dewasa
2. Nurofen Liquid - ubat demam kanak-kanak
3. Clarinase - ubat selsema dewasa
4. Adezio Liquid - ubat selsema kanak2
5. Bena Expectorant - ubat batuk dewasa
6. Redoxon Ace+ - Vit-C
7. Vit D3 1000mg
8. Emega 3 soft Gel 1000mg
9. Zinc
10. Habatussauda
11. EM Drink
Pemberian ubat-ubatan adalah mengikut simptom yang dialami. Dan pemberian supplement 2 kali sehari. Pastikan mereka minum air suam yang banyak dalam
sehari.
Untuk pengambilan EM Drink, jarakkan sekurang-kurang 1 jam dengan ubat dan supplement. EMDrink ni perlu dihabiskan sebotol 250ml sehari selama 5 hari berturut-turut. Mengikut pengalaman kami, gejala akan hilang dalam pengambilan 1 botol pertama. Bagi kes ahli keluarga kami, mereka sihat sepenuhnya dan disahkan -.ve pada hari keempat.
Step 4: Penyediaan Makanan
Sediakan makanan yang sihat dan seimbang dan elakkan makanan berminyak.
Awas! Bekas makanan mereka perlu diasingkan dan dibasuh berasingan. Gunakan spray sanitasi EM pada bekas makanan yang kotor sebelum ambil untuk basuh.
Step 5: Cuci Pakaian
Arahkan mereka yang +.ve rendam pakaian mereka dgn air sabun sebelum diangkat keluar bilik untuk dicuci. Pakaian mereka ini perlu juga dibasuh berasingan dengan pakaian yang lain.
Step 6: Pantau Tahap Kesihatan
- Pantau suhu badan 3 kali sehari
- Pantau oksigen level dengan Oximeter 4-5 kali sehari. Pastikan bacaan oksigen tidak kurang dari 95%
- Pantau tekanan darah 2 kali sehari
- Pantau kandungan gula dalam darah 1 kali sehari bagi yang ada kencing manis
Step 7: Pastikan Mereka Aktif
Pastikan mereka yang +.ve kekal aktif, buat
amalan harian seperti biasa, jangan biarkan mereka tidur dan makan sahaja kerana ini akan melemahkan badan mereka.
Mereka ini memerlukan sokongan ahli keluarga yang lain untuk kekalkan mereka bersemangat dan tenang.
——
الحمد لله ثم الحمد لله
7 ahli rumah kami kekal -.ve walau setiap hari berhadapan mereka untuk memberi makanan dan ubatan.
Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat pada anda.
Bawah ni saya share gambar ubatan, supplement dan alatan yang kami guna.
Delivery pantas (KL & SELANGOR 7pagi- 11mlm)
👉 wasap.my/0146115667/AssalamIkhtiarEMDrink
👉 wasap.my/0146115667/AssalamIkhtiarEMDrink