Fendy Dairy Goat Farm

Fendy Dairy Goat Farm menjual susu kambing, kambing akikah, korban, baka dan segala yang berkaitan dengan kambing

tadi ada kawan datang ke kandang. lama dia tak datang kandang, kalau tak silap ada la dalam 9 ke 10 tahun dia tak datang...
06/07/2025

tadi ada kawan datang ke kandang. lama dia tak datang kandang, kalau tak silap ada la dalam 9 ke 10 tahun dia tak datang.

hari ni dia menyinggah sebab pergi kenduri dekat kampung sebelah.

dulu dia ada bela kambing juga, tapi cuma bertahan dalam 3 ke 4 tahun macam tu.
punca tutup disebabkan masalah dia masih bekerja dan lokasi kandang, yang mana dia duduk di selangor tapi kandang di perak.
jadi pengurusan kandang agak kelam kabut walaupun ada pekerja.

kawan ni tadi datang saja nak bertanya khabar sambil nak tunjuk kambing kat anak dia.

sambil berborak tadi dia tanya macam mana boleh bertahan ternak kambing ni.

nak bertahan menternak ni bukan senang, macam-macam benda kena hadap.
naik turun mood dalam menternak ni biasa.

tapi kuncinya pada saya cuma satu, 'konsisten'.
menternak ni adalah kerja yang mengulang rutin yang sama setiap hari tanpa cuti dan rehat.
walaupun sakit atau demam, ada kenduri atau apa-apa pun masalah, ternakan mesti diutamakan.
melainkan ada pekerja, itu pun masih perlu pemantauan setiap hari.
untuk menjadi penternak, itulah cabaran yang utama dan pengorbanan yang perlu untuk berjaya.

kadang-kadang ada yang datang ke kandang nak belajar cara menternak kambing.
selalu saya beritahu tentang 'konsisten' ni. sebab kebiasaannya ramai yang akan kecundang disebabkan tak tahan dengan rutin harian penternak.

akhir kata, mana yang nak mencari susu kambing, kambing akikah, kambing golek atau pakej catering akikah boleh hubungi saya.

05/07/2025

nak buat kenduri akikah?
nak cari pakej yang lengkap?
boleh hubungi saya

Jackbukannya baka kambing yang cantik.bakanya pun hasil kacukan ibu jamnapari dan bapa yang kurang pasti.ada orang memil...
02/07/2025

Jack

bukannya baka kambing yang cantik.
bakanya pun hasil kacukan ibu jamnapari dan bapa yang kurang pasti.

ada orang memilih untuk menjadi penjantan kandang tu mesti dari baka yang baik tulen.

tetapi jack dipilh menjadi penjantan kandang hanya disebabkan tuannya s**a dan juga ada ciri- ciri untuk menjadi penjantan.

banyak keturunannya, tetapi yang tinggal hanya anak betina sahaja.
yang jantan semuanya sudah terjual.

setelah hampir 9 tahun berkhidmat menjadi penjantan di kandang.

akhirnya tamat perkhidmatannya akibat usia yang sudah tua dan uzur.

Masam manisKalau masak kambing je, mesti orang akan terpikir kambing golek, masak kari atau kurma.Kalau nak buat lain si...
28/06/2025

Masam manis

Kalau masak kambing je, mesti orang akan terpikir kambing golek, masak kari atau kurma.

Kalau nak buat lain sikit, masak kicap tak pun sup.

Di Fendy Dairy Goat Farm selain masakan yang kat atas tu. kita ada buat masak masam manis, rendang, palembang dan masak lemak cili api.

Untuk tempahan kambing akikah minggu ni, kita ada tempahan masak masam manis dan kambing golek semestinya.

Kambing masak masam manis ni rasanya seperti namanya. Ada masam, manis dan masin yang seimbang.
Ada letak cili tapi tak pedas untuk seimbangkan rasa masam dan manis tu supaya tak muak.
Kambing masak manis ni sesuai untuk dimakan dengan nasi putih, nasi minyak, ketupat, lemang dan macam-macam lagi ikut selera masing-masing.

Kalau ada yang berminat untuk mencuba boleh hubungi kami.

fendy 0196455993
fiqa 0132925594

27/06/2025

teringin nak makan kambing???
tapi tak tau nak cari kat mana?
boleh datang ke Fendy Dairy Goat Farm di batu 7 ijok .
segala permasalahan pasal kambing boleh tanya kat owner.

Address

Lot 343-1 Lorong Hj Taib, Batu 7 Ijok
Kuala
45600

Telephone

+60196455993

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fendy Dairy Goat Farm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Fendy Dairy Goat Farm:

Share

Category