07/12/2023
Ramai yg tak tahu, Loha kongsi2kan.
Banyak juga senarai klinik swasta yg terbabit. Sahabat2 boleh semak kelayakan.✌️✌️✌️
Skim Perubatan MADANI akan memfokuskan kepada kerjasama di antara sektor awam dan swasta, terutamanya dalam penyampaian perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut. Rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi;
✅demam dan selsema
✅cirit-birit dan muntah
✅terseliuh
✅sakit kepala
✅trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain.
Namun, terdapat beberapa rawatan yang tidak dimasukkan ke dalam skim ini seperti imunisasi rutin, saringan kesihatan, rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin, rawatan susulan ibu dan anak rutin, perancangan keluarga rutin, perkhidmatan rehabilitasi, permintaan ubat tanpa konsultasi doktor, dan permintaan suplemen.
Skim Perubatan MADANI akan tersedia untuk kemudahan golongan yang berkelayakan bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023. Kategori penerima STR yang layak adalah seperti berikut:
✅Isi Rumah Berkeluarga: Jumlah Kos Rawatan yang Ditanggung (RM250)
✅Warga Emas (tanpa pasangan) – 60 tahun ke atas: Jumlah Kos Rawatan yang Ditanggung (RM125)
✅Bujang – 21-59 tahun, 19-59 tahun (bujang berstatus OKU): Jumlah Kos Rawatan yang Ditanggung (RM75)
Anda boleh membuat semakan kelayakan dengan melayari: https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/
c/p
Sila masukkan nombor MyKad/MyKid/nombor pasport/dokumen pengenalan yang berdaftar tanpa tanda sengkang dan jarak. Contoh:660424205123 atau AB5674/90