04/06/2026
PROJEK RUMAH REHAT TEPI SUNGAI β REKABENTUK KHAS MENGIKUT CITARASA PELANGGAN
Setiap pelanggan mempunyai impian dan idea tersendiri. Untuk projek ini, pelanggan menginginkan sebuah rumah rehat di kebun yang mampu menjadi tempat berehat bersama keluarga sambil menikmati keindahan alam semula jadi di tepi sungai.
Rekabentuk yang dipilih menampilkan konsep A-Frame moden dua tingkat, yang bukan sahaja unik dan menarik perhatian, malah sesuai dengan suasana persekitaran kebun yang tenang dan nyaman. Struktur bumbung tinggi berbentuk segi tiga memberikan ruang dalaman yang lebih luas serta pencahayaan semula jadi yang maksimum melalui bukaan kaca yang besar di bahagian hadapan rumah.
Bahagian bawah rumah direka sebagai ruang santai dan ruang keluarga yang terbuka, membolehkan penghuni menikmati pemandangan sungai dan kehijauan alam sekeliling. Manakala bilik tidur utama ditempatkan di tingkat atas, memberikan privasi serta sudut pemandangan yang lebih menarik untuk menikmati suasana pagi dan petang.
Selain itu, ruang anjung yang luas di hadapan rumah menjadi tempat yang sesuai untuk berehat, menikmati secawan kopi, memancing atau meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan.
Projek ini membuktikan bahawa setiap rekabentuk yang dihasilkan oleh N.A Pelukis Pelan Senibina adalah berdasarkan kehendak dan keperluan pelanggan, dengan penekanan kepada aspek praktikal, keselesaan dan estetika.
β¨ "Daripada idea dan impian pelanggan, kami pesembahkan sebuah rekabentuk yang boleh dinikmati untuk kepuasan pelangan."
N.A Pelukis Pelan Senibina
π 018-916 0620 See less