Nama Syarikat: Dessert Paradise
Tahun Ditubuhkan: 2024
Lokasi: Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu, 21030 Terengganu
Pengasas: Chin Ting Yew, Loh Zhi Ying, Wong Chiew Li, Linda Tsau Siaw Ling, Sarah Sia Chwen Hui
Visi: Menyajikan Kelezatan Dalam Setiap Gigitan
Misi: Menyediakan pengalaman manis yang tidak akan dilupakan oleh setiap pelanggan kami dengan menyajikan pilihan desert
berkualiti yang disiapkan dengan cinta dan kreativiti, lebih-lebih lagi mempromosikan kebahagiaan melalui makanan lezat. Objektif: Meningkatkan kepuasan pelanggan dengan menyediakan layanan yang ramah, cepat, dan responsif, serta mendengarkan komen dan penilaian daripada pelanggan secara teratur untuk meningkatkan kualiti produk kami. Sejarah Penubuhan: Dessert Paradise diasaskan oleh lima rakan karib, iaitu Chin Ting Yew, Loh Zhi Ying, Wong Chiew Li, Linda Tsau Siaw Ling dan Sarah Sia Chwen Hui yang berkongsi minat mendalam terhadap makanan tradisional China. Mereka berlima-lima berinspirasi untuk memulakan perniagaan menjual produk terutamanya Tanghulu setelah melihat potensi besar dalam memperkenalkan makanan tradisional ini kepada masyarakat moden di Malaysia. Dengan latar belakang dalam kulinari dan perniagaan, mereka berjaya mencipta resepi Tanghulu yang bukan sahaja mengekalkan rasa lezat tetapi juga memenuhi piawaian kebersihan yang tinggi. Dessert Paradise juga berazam untuk terus berkembang dan membawa kelazatan Tanghulu ke serata dunia sambil mengekalkan keaslian rasa dan kualiti produk. Dengan kombinasi inovasi dan tradisi, syarikat ini berharap dapat menjadi jenama pilihan utama dalam industri makanan ringan di Malaysia dan seterusnya di peringkat global. Produk dan Perkhidmatan: Dessert Paradise menawarkan pelbagai jenis Tanghulu yang diperbuat daripada buah-buahan segar seperti strawberi, anggur, jeruk mandarin dan beri biru. Pengeluaran dan Kualiti: Dessert Paradise bertekad untuk menggunakan bahan-bahan semulajadi dan segar. Proses pembuatan adalah mematuhi piawaian keselamatan makanan yang ketat bagi memastikan setiap produk yang dihasilkan selamat untuk dinikmati. Hasil pengeluaran dilengkapi dengan teknologi moden yang membantu dalam memastikan konsistensi kualiti dan kebersihan produk. Pemasaran dan Pengedaran: Dessert Paradise menggunakan strategi pemasaran iaitu media sosial untuk memperkenalkan produk kepada pelanggan. Mereka telah memanfaatkan platform seperti Instagram dan Facebook untuk menarik ramai pelanggan.