Crème de Tart

Crème de Tart This page created for ENT530 course selling Cheesetart

04/01/2025

Psst korang. ada sesuatu yang kami nak bagitau korang. 👉👈
Hati-hati video ni ada sedikit kejutan! 😱Kejutan yang akan buat korang rasa rushing nak order cheesetart harini!! 🫣🤭

Untuk pengetahuan semua, selain box kecil, kita juga ada jual cheese tart dalam box besar tauu. Haa selalu makan kena berebut kan, kalini gerenti tak berebut dah. 😜😜

Meh cepat follow page ni pastu like sekali. Pastu boleh la selit order sekali. 🥰🥰

Cheese Tart Ni Buat Mak Mertua Terus Sayang Lebih! 😏Eh jap… korang ni dah kahwin ke masih single lagi? Kalau single, Che...
04/01/2025

Cheese Tart Ni Buat Mak Mertua Terus Sayang Lebih! 😏

Eh jap… korang ni dah kahwin ke masih single lagi? Kalau single, Cheese Tart ni boleh jadi senjata nak pikat calon mertua. Kalau dah kahwin, confirm naik pangkat menantu kesayangan! Opss~ 😜

🧀 Cheese dia? Lembut macam suara nak minta duit raya.
🍓 Strawberi dia? Fresh macam semangat malam raya.
🥮 Base dia? Rangup macam suara orang berkaraoke lagu TikTok viral. 😂

Tart ni tak kira status korang – single ke, taken ke, kawan makan kawan ke, semua boleh enjoy! Tapi jangan salahkan kami kalau lepas makan tart ni, jiran sebelah tanya bila nak kahwin. 😆

So, apa tunggu lagi? Order cepat sebelum tart ni habis – sebab kita tahu, barang rare macam ni memang laju licin!

HEY HEY BOSAN KE TUU? CHEESETART HERE!Nak cheese tart yang lazat terus sampai depan pintu? Ikut langkah mudah ni, jangan...
04/01/2025

HEY HEY BOSAN KE TUU? CHEESETART HERE!
Nak cheese tart yang lazat terus sampai depan pintu? Ikut langkah mudah ni, jangan lengahkan! 😏👇

Langkah 1: Klik butang "Follow" di Facebook atau "Save Contact" di WhatsApp. (Mudah je, tak perlu drama!)
Langkah 2: Hantar mesej atau komen "Tart Saya!" (Kami tahu apa yang anda mahu, tak perlu pening!)
Langkah 3: Pilih jenis cheese tart yang anda mahu – ada banyak pilihan, jangan malu-malu!
Langkah 4: Berikan alamat anda dan tunggu! Tak sampai 30 minit, cheese tart lazat akan sampai ke pintu rumah anda! 🚪🍰

Senang kan? Tak perlu keluar, tak perlu buang masa. Klik sekarang sebelum terlambat! 😜📲

Assalamualaikum cheese tart lovers! 🌸🌸😎 Harini i ada nak share tips sikit. Ingin menambah rasa dan kebaikan pada hidanga...
04/01/2025

Assalamualaikum cheese tart lovers! 🌸🌸
😎 Harini i ada nak share tips sikit.
Ingin menambah rasa dan kebaikan pada hidangan harian anda? Ini beberapa tips mudah yang boleh dicuba:

✅ Sarapan lebih lezat: Tambahkan keju pada telur dadar atau roti bakar untuk sarapan pagi yang cepat dan penuh rasa. Keju akan memberi tekstur yang lembut dan rasa yang lebih kaya! 🥪
✅ Makan tengah hari atau malam lebih menarik: Cuba letakkan keju pada salad, pasta atau piza – ia bukan sahaja menambah rasa, tapi juga memberi sentuhan istimewa pada hidangan harian anda. 🥗 🍝🍕
✅ Snek sihat dan berkhasiat: Keju tali atau keju kiub dipadankan dengan buah-buahan segar adalah snek yang penuh dengan kalsium dan sedap untuk menemani hari anda. 🍓🍎🍇🥑
✅ Burger yang lebih sedap: Kenapa tidak cuba buat burger keju dengan daging lembu tanpa lemak? Gabungkan dengan keju kegemaran untuk rasa yang lebih menyelerakan. 🍔
✅ Cipta hidangan Tex-Mex: Lengkapkan taco, burrito, atau nachos anda dengan keju. Boleh juga tambah sedikit salsa untuk rasa yang lebih menyegarkan. 🌮🌯

Dengan sedikit keju, setiap hidangan akan lebih menyenangkan! 🌟

Tunggu apa lagi? Ehh jangan tunggu tunggu. Meh follow page kami untuk buat tempahan ☑

Tart Ni Sampai Makcik bawang pun terdiam tau 🤭Tengah cari sesuatu yang boleh buat semua orang WOW masa makan? Nah, Chees...
04/01/2025

Tart Ni Sampai Makcik bawang pun terdiam tau 🤭

Tengah cari sesuatu yang boleh buat semua orang WOW masa makan? Nah, Cheese Tart kami ni confirm power 💥. Kalau orang lain buat “pop” satu kali, tart ni buat “pop” dua kali, sebab sedap dia sampai bergema dalam hati. 😜

🧀 Cheese dia? Lembut macam tilam hotel 5 bintang.
🍓 Topping dia? Strawberi fresh, lagi segar dari gossip pagi-pagi.
🥮 Base dia? Crunchy macam WiFi laju, tak pernah mengecewakan.

Kalau tart ni boleh bercakap, dia mesti cakap, “Saya diciptakan untuk bahagiakan perut korang.” 😂

Jadi, tak nak ke try cheesetart yang boleh buat semua orang senyum sampai telinga? Order sekarang sebelum jiran sebelah korang yang order dulu! 🙊

✨ Gong Xi Fa Cai, Besties! ✨ 🥳Raikan kemeriahan Tahun Baru Cina dengan Crème de Tart kami yang super lembut dan penuh ra...
04/01/2025

✨ Gong Xi Fa Cai, Besties! ✨ 🥳
Raikan kemeriahan Tahun Baru Cina dengan Crème de Tart kami yang super lembut dan penuh rasa! 🥮✨

Setiap gigitan penuh kemanisan dan keikhlasan, sama macam kasih sayang yang kita kongsi dengan family dan friends. 😍

Tart kami dibuat dengan bahan premium, dihias cantik, dan rasa dia memang on point! Perfect untuk melengkapkan meja perayaan korang. 💖

Jangan tunggu lagi, jom order Crème de Tart sekarang dan tambahkan rasa manis dalam sambutan Tahun Baru Cina korang!

🎉

Salam Jumaat yang penuh dengan keberkatan! 🤍Hari Jumaat adalah peluang untuk kita merenung dan bersyukur atas segala nik...
04/01/2025

Salam Jumaat yang penuh dengan keberkatan! 🤍
Hari Jumaat adalah peluang untuk kita merenung dan bersyukur atas segala nikmat yang telah diberikan. Sabar itu indah, dan semoga Allah mempermudahkan setiap urusan kita dalam mencari kebaikan.

Pada hari yang penuh barakah ini, marilah kita bersama-sama menghayati keistimewaan hari Jumaat, antara lain:

-Penghulu segala hari
-Hari yang doa-doa kita diperkenankan
-Hari untuk mengumpul pahala
-Hari yang akan berlakunya kiamat

Semoga kita semua mendapat manfaat dari setiap ibadah dan amal baik.

Mahu tahu lebih lanjut mengenai produk-produk yang ada di kedai kami?
Jangan lupa untuk FOLLOW, LIKE, dan SHARE 🙏🏻halaman kami melalui link di bawah untuk mendapatkan maklumat terkini!

https://www.facebook.com/CremedeTart/

Tawaran Istimewa Hari Ibu!SELAMAT HARI IBU KEPADA IBU-IBU DILUAR SANA! 🥰Rayakan kasih sayang ibu dengan Cheese Tart kami...
04/01/2025

Tawaran Istimewa Hari Ibu!
SELAMAT HARI IBU KEPADA IBU-IBU DILUAR SANA! 🥰
Rayakan kasih sayang ibu dengan Cheese Tart kami yang lembut dan lazat 🥳. Setiap gigitan membawa kenikmatan dan keikhlasan, seperti cinta yang tiada batasnya. 😍😍

Cheese Tart yang dibuat dengan bahan premium dan penuh dengan cinta, sempurna untuk memanjakan ibu tersayang. 🫦

Jangan tunggu lagi, dapatkan Cheese Tart istimewa ini sekarang dan beri hadiah manis kepada ibu pada hari yang istimewa ini!

Cheesetart yang bukan sahaja sedap, tetapi juga lebih sihat!Anda sedang menjaga pengambilan gula? Jangan risau! Cheeseta...
04/01/2025

Cheesetart yang bukan sahaja sedap, tetapi juga lebih sihat!
Anda sedang menjaga pengambilan gula? Jangan risau! Cheesetart kami dirumus khas dengan kemanisan yang cukup seimbang, sesuai untuk anda yang mementingkan kesihatan tanpa perlu berkompromi pada rasa.

Setiap cheesetart kami menggunakan keju asli berkualiti tinggi dan bahan-bahan segar, memastikan ia bukan sahaja enak tetapi juga lebih berkhasiat. Tambahan p**a, kami menawarkan pilihan cheesetart dengan buah-buahan segar seperti kiwi, strawberi, dan blueberry yang kaya dengan vitamin dan antioksidan.

Ini menjadikan cheesetart kami pilihan yang lebih sihat untuk seisi keluarga, termasuk mereka yang lebih s**a pencuci mulut yang tidak terlalu manis. Dari jamuan kecil hingga majlis besar, cheesetart ini adalah pilihan pencuci mulut yang tepat untuk semua!

Cubalah sendiri hari ini! Tempah cheesetart kami dan rasai perbezaannya. 🧀💛

Siapa kata makan CHEESE tak sihat dan gemukkan badan? 🍰✨Manfaat cheese bukan sahaja sumber tenaga ⚡, tetapi juga kaya de...
04/01/2025

Siapa kata makan CHEESE tak sihat dan gemukkan badan? 🍰✨

Manfaat cheese bukan sahaja sumber tenaga ⚡, tetapi juga kaya dengan kalsium dan protein 🦴💪 yang baik untuk tulang dan otot. Setiap suapan memberikan kelezatan yang memuaskan keinginan manis anda 🍰, sambil meningkatkan mood dan semangat seharian 😊.

Nikmati rasa manis yang memuaskan 🍰, sambil meningkatkan mood 😊 dan memberi tenaga untuk hari anda yang lebih produktif!

Cuba cheesetart kami sekarang dan nikmati setiap gigitan penuh kebaikan, haa githuw ! 🌱
Follow dan like Creme the Tart untuk sharing yang lebih menarik ! 👍

Lebih dari sekadar dessert biasa!Bayangkan kelembutan cheesetart yang berkrim digandingkan dengan rasa segar dan manis s...
04/01/2025

Lebih dari sekadar dessert biasa!
Bayangkan kelembutan cheesetart yang berkrim digandingkan dengan rasa segar dan manis semula jadi dari buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, dan blueberry.

Buah-buahan segar bukan saja menambah keunikan rasa, malah memberikan nutrisi tambahan seperti vitamin C dan antioksidan. Kombinasi ini menjadikan setiap gigitan bukan saja lazat, tetapi juga lebih sihat!

Dah cuba cheesetart yang biasa? Kini masanya untuk cuba yang luar biasa! Tempah sekarang. 🧀🍓

Nikmati cheesetart 🍰 yang lazat dengan pilihan minuman sihat! 🍵Elakkan minuman manis 🍹 yang berlebihan, dan cuba padanka...
04/01/2025

Nikmati cheesetart 🍰 yang lazat dengan pilihan minuman sihat! 🍵

Elakkan minuman manis 🍹 yang berlebihan, dan cuba padankan cheesetart anda dengan teh hijau 🍃, kopi hitam ☕, atau air lemon 🍋 yang segar.

Rasai keseimbangan rasa yang sempurna, dengan minuman yang bukan sahaja menyihatkan 💪 tetapi juga meningkatkan pengalaman rasa cheesetart tanpa menambah gula berlebihan.

Jom cuba sekarang dan mulakan gaya hidup lebih sihat dengan pilihan minuman tanpa gula di setiap hidangan cheesetart! 🌱

Jangan lupa untuk follow dan like page kami, Creme the Tart untuk lebih banyak idea sihat dan lazat! 👍

Address

Puncak Alam
Kuala

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Crème de Tart posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category