30/05/2024
Pakej Baru GTR Burger bukan lagi 8250, bukan 9980 dan bukan 14,300!!
Apa bezanya ?
Tiga hari lalu GTR Burger bersama Kedah Darul Aman FC melancarkan pakej khas istimewa untuk usahawan Kedah
Harga pakej amat berbeza , hanya RM3850 sahaja !! Jauh lebih murah dari harga pakej sekarang RM14,300 bang
Jadi apa bezanya ???
Saya terangkan disini ya , untuk pakej ini sebenarnya konsep atau business model yg berbeza daripada konsep perniagaan GTR sebelum ini
Kalau sebelum ini , selain jenis stall / gerai yang besar , Pakej GTR menawarkan pakej lengkap dengan kawalan perniagaan sepenuhnya seerti berikut
1. Membantu menguruskan perniagaan staller secara sistematik
2. Membantu menguruskan aliran tunai stall
3. Membantu menguruskan inventori stall
4. Daily report untuk memantau perjalanan perniagaan harian
5. P&L untuk merumuskan untung rugi secara lengkap setiap bulan
6. Memastikan perniagaan secara jujur dan tidak menyalahgunakan wang modal
7. E-wallet supaya stall tidak keputusan modal
8. Mengesan pembaziran dan ketidakbetulan menguruskan stock dalaman dan luaran
Namun banyak juga permintaan daripada usahawan yang tidak mahu berada dalam kawalan sistem sendiri dan hanya mahu menggunakan patty dan produk GTR , maka wujudlah Pakej baru sekarang ini dan kami mulakan dengan Program Khas bersama KDA FC yg kami lancarkan baru baru ini
Maka lahirlah 3 Pakej yg kami rangka khas untuk mereka yang mahu sertai Program Usahawan GTR Burger dengan harga yang amat murah kali ini
RM3850.00 - pakej dengan stall boleh lipat beserta semua peralatan, uniform , penjenamaan dan bahan mentah
RM1850.00- pakej tanpa stall tapi ada penjenamaan, uniform dan bahan mentah
RM580- pakej bahan mentah sahaja
Namun dengan pakej ini , usahawan
1. Akan menggunakan sistem baru hanya utk purchasing sahaja
2. Stall purchase ke stokis dan stokis akan purchase ke hq
3. Tiada yuran bulanan
4. Tiada POS dan Laporan Harian
5. Tiada PnL (kecuali kepada yg memerlukan dgn bayaran)
6. Tiada territory kecuali dengan Stall lama yang masih akan dijaga territory masing masing dpd dimasuki stall konsep baru
Jadi , itulah perbezaan nya dua konsep dan pakej baru ini ya
Inilah evolusi baru GTR Burger
Salintampal.
Founder GTR Burger