13/01/2025
Bismillah.
Saya ada satu cerita pasal bahulu kami ni.
Dapat dari owner kedai No 24, kedai keropok hadapan Kem Batu 10. Kami gelar beliau dengan gelaran Moksu.
( DISCLAIMER❗)
Kami cerita bukan atas rasa nak menunjuk tau (risau juga nak publish😆), tapi antara feedback produk kami la ni . Mohon doakan untuk bisnes kami selalu ya.
(Cerita mungkin lebih kurang, tidaklah sama sebiji seperti diceritakan oleh Moksu😊).
Ade sorang customer ni dari Beserah, memiliki sorang ibu tunanetra (buta penglihatan).
Ibu beliau pernah beli Dan sangat gemar pada bahulu kami ni.
Pernah ibu beliau kirim belikan lagi, tetapi anaknya beli bahulu lain, bukan produk kami, ibunya menolak setelah makan bahulu tersebut, Dan bertegas hanya inginkan bahulu "ustaz" sahaja (ustaz tu mungkin Moksu Yang bagitahu, tapi suami saya ustaz Tahfiz sahaja ☺️).
🙈🙈🙈. Kemahen skema ayat, mcm buat karangan 😆. Jadi gitulah ceritanya 🤣.
Alhamdulillah, seronok kami dengar, rasa mcm tak percaya pun ada. Tapi dah banyak sebenarnya feedback begini yg kami dapat, cuma tidak di jadikan product testimonial hanya sekadar penguat semangat kami untuk terus istiqamah berniaga 😊.
Jadinya, tolonglah terus support kami dan mohon doakan kami terus maju walau tidaklah besar mana, doakan jua produk kami terus dikenali dan digemari ramai .
Mekasyehh😘🫰🏻.