24/01/2026
Resepi Kek Pandan Cheese Leleh
Bahan2
4 biji telur gred b
3/4 cawan gula halus(130g)
1sb ovalate
1sb coconut pandan flavour
2sk pewarna hijau epal
mix sampai gebu
sementara tu ayak kan
1 1/2 cawan tepung gandum(150g)
1 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
1 sk cream of tartar
Bahan mix dah kembang gebu perlahankan mixer masuk tepung sikit-sikit.
Dah sebati masukkan 1/4 cawan (7sb) minyak masak.
Matikan mixer dan kacau rata
Masukkan dalam bekas SQ450 dalam sesenduk 1/4 bekas. Dapat dalam 8-9 bekas
Panaskan kukusan, masukkan bekas SQ450 dan hamparkan plastik atasnya supaya air tidak menitis
Kukus 10 minit api besar
Dah masak terbalikkan kek supaya tidak mendap dan terbalik kan semula.
Biar sejuk.
Setakat untuk 8-9 bekas ngam2 la sukatan ni.
500g cream cheese
1/2 tin susu pekat
1 1/2 cawan whipping dairy uht
1/2 cawan susu segar ( kalau pekat sgt boleh tambah lagi sikit susu segar )
Blender sebati tapi pastikan cheese tu suhu bilik
Jangan guna mixer nanti cheese berketul-ketul dan susah nak tuang.
Dari blender terus tuang atas kek.
Cucuk2 kek guna garfu.
Dalam 8-9 bekas tadi ambil 1 bekas tu ramas2 tabur tepi2 lepas parut cheddar .
Sejukkan 2-3 jam
Kalau nak simpan lama (sebulan) masuk beku
Kalau 7-10 hari dalam chiller je
TIP | RESEPI | INSPIRASI
Azlina ina resepi