MJ's King Patin

MJ's King Patin Soalan susah yang kerap ditanya oleh pasangan atau rakan sekerja kita adalah. "Kita mahu makan di m Menyajikan Gulai Tempoyak Patin Sangkar Sg. Pahang.

Pahang & Asam Pedas “Style Janda Baik”. Ayam Kampung, Ikan-ikan Laut. SPECIAL Ikan Liar Sg. Pahang dan ayam kampung. MEMBEKAL:
Ikan Patin, Baung, Talapia dan Lampam Sangkar Sg. Ikan-ikan Liar Sg. Pahang Seperti Kelah, Krai, Jelawat, Patin Buah dan Pelbagai Lagi. Tempoyak Mentah dan Kuah Tempoyak Beku Tanpa Ikan.

Oooo baru tahu!!!Khasiat Ikan PatinRendah kolestrolIkan patin merupakan jenis ikan yang rendah kandungan kolestrolnya. S...
23/12/2020

Oooo baru tahu!!!
Khasiat Ikan Patin
Rendah kolestrol
Ikan patin merupakan jenis ikan yang rendah kandungan kolestrolnya. Sekaligus menjadikan ia satu kelebihanan utama dalam khasiat terpenting ikan patin.
Dalam erti kata lain ia amat bermanfaat bagi sesiapa saja yang berhadapan dengan masalah kolestrol tinggi dan ingin melakukan diet.
Kandungan gizi yang tinggi
Ikan patin memiliki kandungan gizi (khasiat) yang sangat tinggi. Paling tidak, ikan patin memiliki nilai kandungan protein dan lemak tidak tepu yang sangat tinggi.
Kedua jenis zat ini sangatlah berguna bagi kesihatan tubuh badan.
Khasiat utama
Dengan khasiat dan gizi yang sangat berguna ini, amalan memakan ikan patin mampu mencegah pengumpulan lemak dan penyempitan pada pembuluh darah serta mampu mempercepatkan pertumbuhan otot.
Sekali gus ia mencegah daripada terjadinya pelbagai macam penyakit, seperti kardiovaskuler dan masalah jantung.
Menjaga kesihatan tulang
Tulang dan duri dari ikan patin memiliki kandungan fosfor dan manfaat kalsium yang cukup tinggi.
Kandungan fosfor dan kalsium yang cukup tinggi ini akan membantu memenuhi keperluan fosfor dan kalsium tubuh dalam sehari.
Selain itu, kalsium dan fosfor juga dapat berguna untuk membantu menjaga kesehatan tulang dan gigi, memperkuat tulang dan gigi, dan mencegah osteoporosis.

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI SEMUA. Harini saya nak kongsikan jenis ikan patin yang terdapat di Malayisa Biasanya ik...
09/12/2020

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI SEMUA.

Harini saya nak kongsikan jenis ikan patin yang terdapat di Malayisa

Biasanya ikan patin ini mendiami kawasan sungai-sungai dan lombong-lombong, walau pun sekarang ianya dipelihara dalam kolam dan sangkar. Beberapa spesis yang hidup di Sungai Mekong didapati berukuran sangat besar, mencapai panjang melebihi dua meter.
Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeriPahang. Ikan Patin di Pahang terkenal dengan keenakan dan kelembutannya kerana mempunyai persekitaran yang sesuai sebagai habitat ikan ini. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai masam tempoyak. Ikan patin sungai mempunyai nilai komersial yang tinggi dan ada yang diternak di kolam-kolam (patin kolam) dan di sangkar-sangkar (patin sangkar). Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah:
Patin Kolam (Biasanya berwarna hitam)
Patin Sangkar (Biasanya berwarna hitam dan putih)
Patin Sungai (Biasaya berwarna cerah atau kelabu)

Perhatian❗️❗️❗️❗️❗️❗️Promosi set kepala patin gulai tempoyak sepanjang minggu ni... ✅✅✅Jangan pening pening. Grab it now...
07/12/2020

Perhatian❗️❗️❗️❗️❗️❗️
Promosi set kepala patin gulai tempoyak sepanjang minggu ni... ✅✅✅

Jangan pening pening. Grab it now!!

Begahak Liar Sungai Pahang.Rupa dan giginya yang tajam pasti membuatkan pelanggan yang tidak biasa menolaknya.Begahak ti...
07/12/2020

Begahak Liar Sungai Pahang.
Rupa dan giginya yang tajam pasti membuatkan pelanggan yang tidak biasa menolaknya.
Begahak tidak mudah didapati bukan kerana kepupusan. Tetapi ia sangat sensatif. Musim air besar adalah waktu yang mudah untuk menjumpai ikan yang memburu secara berkumpulan ini. Ia akan timbul di permukaan air untuk menyambar anak-anak ikan.
Isinya putih dan rasanya setanding Patin Buah. Ia tidak memiliki tulang 'Y'. Ikan yang hanya terdapat di Sungai Pahang ini siap masak berharga RM18/100 gram.




Assalamualaikum semua, saya ingin share skit tentang ikan limited ni..Ikan yang tiada sisik tidak mempunyai tulang halus...
07/12/2020

Assalamualaikum semua, saya ingin share skit tentang ikan limited ni..

Ikan yang tiada sisik tidak mempunyai tulang halus.
Tidak seperti ikan Patin, ikan Begahak sukar di tangkap. Musim air besar adalah waktu ia keluar memburu ikan-ikan kecil. Tamat musim, ia kembali ke reba dan dasar sungai.
Ikan Begahak atau Gahak ini, hanya terdapat di Sungai Pahang sahaja.



Sesuatu yang lazat akan muncul tak lama lagi....
04/12/2020

Sesuatu yang lazat akan muncul tak lama lagi....

Address

No 37, Lorong Permatang Badak Perdana 13, Taman Desa Mesra Kuantan
Kuantan
25150

Opening Hours

Tuesday 02:30 - 07:30
Wednesday 02:30 - 07:30
Thursday 02:30 - 07:30
Friday 02:30 - 07:30
Saturday 02:30 - 07:30
Sunday 02:30 - 07:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MJ's King Patin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MJ's King Patin:

Share