23/01/2026
Min prefer americano no sugar 😁
"Aroma terapi paling murah dalam dunia."
Pernah tak anda tengah rasa stres, serabut, atau mengantuk yang amat, tiba-tiba terbau kopi yang baru dibancuh?
Walaupun belum minum lagi, tapi bau tu saja dah cukup buat otak rasa
“Aaaaah, lega."
Tahu tak, bau kopi bukan sekadar bau minuman?
Bagi peminat kopi, ia adalah satu signal kecemasan untuk otak kembali bertenang.
Secara psikologinya, bau kopi dikaitkan dengan:
• Mood Booster
Aroma kopi boleh merangsang otak untuk melepaskan protein yang melindungi sel saraf daripada tekanan akibat kurang tidur
• Nostalgia
Bau kopi sering dikaitkan dengan suasana pagi yang tenang, waktu rehat, atau memori manis bersama kawan-kawan.
• Cognitive Alertness
Kajian menunjukkan hanya dengan menghidu bau kopi, fokus dan prestasi mental seseorang boleh meningkat walaupun tanpa kafein masuk ke dalam darah.
Sebab itu ramai yang kata, "I don't just drink coffee, I breathe it." Ia adalah ritual. Ia adalah momen pendek untuk kita 'pause' sekejap daripada hiruk-piruk dunia.
Jadi, kalau hari ini rasa macam berat sangat, cuba berhenti sekejap. Bancuh kopi, tarik nafas dalam-dalam, dan biarkan aroma tu buat kerja dia.
Kadang-kadang, kebahagiaan itu cuma sekecil bau kopi di dalam cawan.
Tapi bukanlah kopi manis tu.. kopi o sahaja