01/10/2019
Info Kesihatan 🥰🥰
Keju adalah makanan yang sangat kaya akan kandungan kalsium, fosforik, zink, vitamin A, riboflavin, dan vitamin B12. Oleh sebab itu, tidak hairan jika makanan yang awalnya dihasilkan oleh bangsa Mesir itu kini dijadikan menu sarapan pilihan di pelbagai negara di dunia.
Antaranya,keju cheddar. Telah terbukti, satu hidangan 30 gram keju cheddar, mengandungi 200 gram kalsium atau setara dengan kandungan kalsium yang terdapat pada secawan susu!
Rasakan p**a manfaat lain dari keju dengan menggunakan keju jenis 'blue cheese' yang diakui mampu mengurangkan risiko terjadinya kerapuhan pada gigi kita. Para pengkaji dari British Cheese Board juga berpendapat kandungan tryptophan dalam keju mampu membantu meredakan stress dan membuat kita dapat tidur lebih nyenyak. 🤓
Meskipun keju memiliki banyak khasiat bagi kesihatan kita, tapi bagi sesetengah individu tertentu, keju dan beberapa produk tenusu lainnya boleh berubah menjadi menu yang wajib diharamkan". Contohnya, kandungan kasein dalam keju boleh memudaratkan kondisi para penderita autis. Sedangkan laktosa pada keju "muda" atau keju cheedar berbahaya bagi penderita intolerasi laktosa.
Kadar kewaspadaan juga harus ditingkatkan pada raw cheese atau keju yang diproses secara minimal. Mengapa? Keju jenis ini mengandungi bakteria yang mampu meningkatkan risiko terjadinya berbagai infeksi, seperti listeriosis dengan gejala mual dan kejang usus. ‼️
"Perhatian khas" itu bukan bermaksud kita harus berhenti menjadi peminat keju tegar. Apa yang perlu dilakukan adalah membiasakan diri memilih keju yang diperbuat dari susu kambing atau biri-biri. Ini adalah kerana keju jenis ini mengandung 'conjugated linoleic acid' (CLA) yang akan membantu kita mengurangkan peradangan dan penumpukan plak pada pembuluh darah.
Elak dari menggunakan keju yang rasanya terlalu masin agar jantung dan tekanan darah kita tetap terpelihara. Selain itu, kita juga boleh memilih keju rendah lemak yang kini sudah banyak dijual di pasaran.