12/10/2023
Hi korang ! Harini saya nak share dengan korang tentang khasiat ubi keledek kepada bayi.
Ubi keledek bukan sahaja sedap malah banyak khasiat yang kita boleh dapat terutamanya untuk bayi dan kanak kanak 😄
Jadi di sini saya akan share 5 khasiat ubu keledek untuk bayi
1. Sumber vitamin A & beta karoten
Keledek memiliki kandungan beta karoten semulajadi yang tinggi. Beta karoten ini membantu tubuh memproduksikan Vitamin A.
Vitamin A dapat membantu meningkatkan fungsi badan dengan efisyen, terutamanya dalam meningkatkan kesihatan mata
2. MEMBANTU MENGELAKKAN SEMBELIT
Selain mengandungi Vitamin A dan beta karoten, keledek juga tinggi kandungan fiber atau serat.
Ini dapat membantu melancarkan pencernaan bayi, terutamanya dalam beberapa hari pertama mereka diperkenalkan kepada makanan pelengkap setelah mencecah usia 6 bulan.
3. MENGUATKAN PERTAHANAN BADAN
Bukan dalam buah oren saja, keledek juga mengandungi kandungan Vitamin C yang amat berguna kepada tubuh si kecil.
Vitamin C ini mempunyai ciri antioksidan dan dapat membantu menguatkan pertahanan badan di samping melindungi tubuh si kecil daripada jangkitan dan penyakit.
4. KAYA DENGAN MINERAL
Keledek juga memiliki kandungan mineral seperti Vitamin D, B1, B6 dan B9 serta zat besi yang memastikan metabolisme yang sihat buat tubuh.
Kesemua mineral ini dapat meningkatkan pembinaan tulang dan gigi bayi serta meningkatkan kesihatan jantung bayi.
5. TINGGI KARBOHIDRAT
Bayi yang kurang berat badan amat sesuai makan keledek kerana ia membantu meningkatkan berat badan secara sihat.
Ini kerana keledek mengandungi karbohidrat yang tinggi tetapi rendah lemak dan kolesterol.
Tak dinafikan lagi, ubi keledek adalah antara makanan pop**ar di kalangan bayi. Jadi ibu bapa di luar sane boleh cuba masukkan ubi keledek dalam senarau makanan bayi anda selepas ini .