16/07/2023
Selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan PPK Kuantan Utara kali ke 40 yang diadakan pada 15 Julai 2023 .
Alhamdullilah syukur ke hadrat Ilahi mesyuarat telah berjalan dgn baik dan lancar .
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada YH Dato’ Indera Mustaffar Kamal bin Hj Ab Hamid yang sudi meluangkan masa untuk hadir bagi merasmikan mesyuarat dan menyampaikan sumbangan kepada PPK Kuantan Utara .
Selain itu , tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada ketua-ketua unit , barisan perwakilan , pihak pengurusan PPK serta wakil Ketua Hal Ehwal Pendaftar Lpp Pahang yang turut hadir bagi menjayakan mesyuarat pada kali ini .
Akhir sekali , kami dari pihak pengurusan PPK Kuantan Utara ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan atau kekhilafan semasa mesyuarat dijalankan . Semoga kita dapat berjumpa lagi kita pada tahun hadapan . 👍
"MALAYSIA MADANI "
" SEKURITI MAKANAN UNTUK MASA DEPAN "