14/02/2019
Selamat petang semua,petang petang mcm ni tak tahu nak buat apa kan? Meh sini abg cerita pasal kebaikkan pisang!
1-Sebagai Sumber Tenaga
Pisang mengandungi 3 jenis gula iaitu fruktosa,glukosa dan fruktosa.Gula dan karbohidrat yang terdapat dalam pisang mudah dicerna dan tidak terlalu cepat dilepaskan dalam darah sehingga orang yang memakan pisang cepat mendapat sumber tenaga,tetapi boleh bertahan lebih lama dari gula.Selain itu pisang juga mempunyai B complex untuk membina tenaga.
2-Menyokong prestasi otak
Hasil kajian yang di muat di uniqee.com menyimpulkan bahawa pisang membantu keinerja otak menjadi lebih baik. 200 orang pelajar di sebuah sekolah di Inggeris diminta untuk membiasakan diri sarapan, snek jam rehat dan makan tengah hari dengan pisang. Hasilnya pelajar-pelajar tersebut mampu menyelesaikan ujian akhir dengan baik
3-Kurangkan risiko stroke.
Ini terbukti dengan menurunnya risiko stroke sehingga 40% pada orang yang secara rutin mengambil pisang. Potasium menjadi nutrisi yang penting dalam mengurangkan risiko kematian kerana stroke.
4-Meneutralkan asid perut pesakit gastrik
Pisang tidak menimbulkan iritasi mahupun kerosakan kerana gastrik. Asid gastrik juga boleh dineutralkan dengan pisang. Makan pisang ditambah segelas susu baik untuk seseorang yang mempunyai sakit perut atau penyakit usus akibat asid gastrik.
Haaa, dah baca kan? So skrng baru kita tahu kan kebaikkan pisang mcm mana? So tak salah kan kita share ilmu dgn orng lain? So tunggu apa lagi share lah kepada rakan rakan ada!!!