Sewa Pikap 4x4 Kuantan

Sewa Pikap 4x4 Kuantan transport barang2 menggunakan Pikap 4x4

30/08/2026

DI SEBALIK KEJAYAAN ANAK-ANAK DI SEKOLAH, ADA BANYAK CERITA YANG ORANG TAK NAMPAK.

Pertandingan pakaian Merdeka.

Pertandingan pidato.

Nyanyian.

Bercerita.

Persembahan pentas.

Di atas pentas, kita nampak seorang anak berdiri dengan pakaian yang cantik, senyum, pegang mikrofon dan cuba buat yang terbaik.

Tapi di belakangnya, mungkin ada ibu yang berjaga malam siapkan pakaian.

Ada ayah yang cari barang ke sana sini.

Ada yang gunting, gam, jahit, cari bendera, cari aksesori, ulang skrip berkali-kali dan pujuk anak yang tiba-tiba kata,

“Saya takutlah…”

Dan bagi seorang kanak-kanak, berdiri di hadapan satu dewan bukan perkara kecil.

Ada yang memang naturally confident.

Ada juga yang tangan menggigil.

Suara perlahan.

Terlupa ayat.

Takut orang tengok.

Tapi dia tetap naik ke pentas.

Tetap cuba.

Tetap habiskan persembahan.

Jadi kadang-kadang, kejayaan itu bukan semata-mata menang tempat pertama.

Bukan juga siapa punya costume paling mahal atau persembahan paling sempurna.

Kadang-kadang kejayaan itu adalah seorang anak yang berani melawan rasa takut.

Dan ibu bapa yang sanggup bersusah payah supaya anaknya dapat satu peluang untuk mencuba.

Kalau menang, kita raikan.

Kalau tak menang pun, tak mengapa.

Sebab keyakinan yang sedang dibina itu mungkin lebih bernilai daripada sebuah hadiah.

One day, mereka mungkin lupa siapa menang pertandingan Merdeka tahun itu.

Tapi mereka mungkin akan ingat satu perkara.

“Aku pernah takut. Tapi aku tetap berani naik ke depan.”

Dan itu pun satu kejayaan. 🇲🇾

26/08/2026
17/08/2026

Seorang pekerja restoran ayam goreng di Wenzhou, Zhejiang, China dirakam memasukkan tangan ke dalam seluarnya dan menggaru bahagian punggung selama lebih 20 saat ketika menyediakan pesanan.

Tanpa mencuci tangan, lelaki itu kemudian mengambil penyepit serta bekas makanan sebelum meneruskan proses membungkus ayam goreng.

Perbuatannya terbongkar menerusi siaran langsung program “dapur telus” yang membolehkan pelanggan memantau proses penyediaan makanan melalui platform penghantaran.

Rakaman yang dikongsikan pada 12 Ogos lalu mendorong pihak berkuasa mengarahkan restoran Lemon Captain Korean Fried Chicken di MixC Mall ditutup, selain mengenakan tindakan pentadbiran dan memusnahkan semua ayam goreng di premis berkenaan.

Pekerja terbabit turut dipecat kerana melanggar amalan kebersihan, manakala pengusaha restoran dilaporkan sedang menguruskan pembatalan lesen perniagaannya.

Sumber: China.com, The Beijing News

22/07/2026

Data pribadi bocor. KA buat laporan Polis, MCMC dan tindakan undang-undang terhadap Maxis.

Menurut KA, peguamnya akan ambil alih sehingga kes selesai. Semoga dimudahkan semua urusan KA

08/06/2026

Ngeri

06/06/2026

Langkah kecil seorang negarawan, sentuh hati ramai

KUALA LUMPUR: Rakaman video yang memperlihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad menjalani terapi pemulihan selepas dilaporkan terjatuh dan mengalami kecederaan patah, mencuri perhatian ramai di media sosial.

Dalam rakaman tersebut, beliau dilihat perlahan-lahan cuba melangkah dengan bantuan alat sokongan, ditemani beberapa individu di sisi. Biarpun gerakannya tidak lagi sepantas dahulu, senyuman kecil dan usaha untuk terus berdiri membuatkan ramai tersentuh.

Pada usia 100 tahun, beliau masih cuba berdiri. Masih cuba mengangkat kaki. Masih menyambung latihan. Masih senyum, walaupun setiap langkah mungkin jauh lebih berat daripada yang kita nampak.

Video itu bukan sekadar menunjukkan sesi terapi. Ia seolah-olah menjadi gambaran tentang seorang insan yang tidak pernah berhenti berjuang.

Pemulihan selepas jatuh bukan sekadar soal tulang. Ia soal keberanian melawan rasa takut. Soal menerima tubuh yang berubah. Soal percaya bahawa satu langkah kecil pun tetap satu kemenangan.

Semoga terus diberi kekuatan, Tun ❤️

21/05/2026
07/05/2026
07/05/2026

[ Info Awam ]
permohonan kemudahan cuti tanpa rekod kelompok(ctrk).

hari raya haji ke-2 termasuk dalam 18 kategori cuti dibenarkan dan boleh dimohon oleh semua public servants.
kelulusan muktamad adalah tertakluk kepada kebenaran pegawai penyelia & ketua jabatan.
🐂 🐪🐑🐐🐃 🕋

27/04/2026

Address

Kuantan
25200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sewa Pikap 4x4 Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sewa Pikap 4x4 Kuantan:

Shortcuts

Share

Category