KEK BATIK ANISA

KEK BATIK ANISA kekbatikanisa yang dipenuhi dengan limpahan coklat dan disediakan topping yang dapat menjadi pilihan penggemar kekbatik

16/02/2019

Assalamualaikum dan Hai semua, di sini saya ingin kongsingkan kesan yang ada dan dapat kita lihat sekirannya tubuh badan kita mengambil gula secara berlebihan.

1. Sakit otot dan sendi

Apabila anda melakukan aktiviti biasa, tetapi otot dan sendi berasa sakit, itu adalah petanda badan anda telah memberi amaran proses keradangan sedang berlaku di dalam badan.

Kandungan gula yang tinggi dalam diet akan membuat sel imun merembes mesej keradangan di dalam darah yang cuba untuk meleraikan protein yang terikat pada molekul glukos. Apabila reaksi kimia ini sering berlaku, akhirnya ia boleh membawa seseorang mendapat penyakit artritis, dan juga katarak, penyakit jantung, memori yang lemah dan kulit yang berkedut.

2. Sentiasa mahukan makanan yang manis dan bergula

Apabila kandungan gula yang tinggi berada di dalam darah ia akan melepaskan kimia dikenali dopamine pada sistem otak, yang akan membuat mood anda bertambah baik.

Otak melihat gula itu sebagai penyelesai masalah yang baik, lalu anda berfikir mahu mendapatkan makanan bergula dan manis dengan lebih banyak lagi. Dan ini akan memudaratkan tubuh badan, kerana ia tidak memberi nutrien yang berguna.

3. Tenaga menjadi tidak menentu, sekejap bersemangat dan kemudian menjadi lemah

Glukosa di dalam badan bertanggungjawab membekalkan tenaga di dalam badan, dan kandungan gula perlu berada pada tahap yang betul di dalam badan.

Jika gula diambil secara berlebihan, ia akan menyebabkan pankreas akan melepaskan insulin yang membantu glukos melepaskan tenaga secara berlebihan sehingga ia kehabisan. Akibatnya anda berasa sungguh bersemangat dan apabila tindakbalas ini berhenti, anda berasa lemah kembali, dan badan anda mahukan lebih banyak gula.

4. Berat badan bertambah

Salah satu kesan yang ketara apabila anda mengambil gula secara berlebihan ialah pertambahan berat badan. Tahap gula yang tinggi di dalam badan akan meningkatkan tahap insulin yang menyimpan lemak berlebihan pada bahagian perut berbanding bahagian badan yang lain. Itu sebabnya apabila anda makan makanan bergula secara berlebihan, perut akan menjadi buncit.

5. Masalah pergigian

Makanan dengan gula berlebihan membawa kepada masalah pergigian terutama anda tidak memberus gigi dengan betul selepas memakan makanan manis. Makanan bergula yang tertinggal di celah-celah gigi boleh menyebabkan plak gigi dan gigi berlubang.

6. Masalah batuk dan selsema secara berulang

Pengambilan gula yang berlebihan akan menghalang sistem imun bertindak dengan berkesan daripada bakteria yang datang apabila anda sakit. Sistem imun akan bekerja dengan glukos dan tidak dengan vitamin C sekiranya anda mengambil gula yang banyak di dalam makanan.

Glukos tidak mempunyai kuasa untuk melawan bakteria. Oleh itu sistem imun anda akan menerima padahnya, dan anda sering sakit. Oleh itu, amat penting anda memakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan nutrien dan vitamin dan elakkan pengambilan makanan bergula tinggi.

7. Masalah kembung perut dan penghadaman

Makan dengan kandungan gula berlebihan akan menyebabkan perut menjadi tidak selesa dan menjadi kembung. Gula adalah unsur yang s**ar diserap dengan baik di dalam saluran usus dan perut. Akibatnya ia akan menghasilkan bakteria yang mengandungi gas. Keadaan ini yang telah menyebabkan perut anda menjadi kembung dan menghadapi masalah penghadaman.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kandungan gula yang sepatutnya boleh diambil oleh manusia setiap hari ialah kurang daripada 10% atau kurang daripada 7 sudu dalam diet seharian. Lebih kurang daripada itu adalah lebih baik untuk kesihatan. Jadi kurangkan pengambilan gula dalam diet anda.
SEMOGA BERMANFAAT UNTUK KITA SEMUA😊

Apa yang kami sediakan? Disini kami menyediakan 3 topping kek batik yang boleh menjadi aneka pilihan iaitu chocorice, ch...
10/02/2019

Apa yang kami sediakan?

Disini kami menyediakan 3 topping kek batik yang boleh menjadi aneka pilihan iaitu chocorice, chocochip dan oreo.
Dijamin sedap dan gerenti puas hati untuk semua penggemar kek batikđŸ€€

Assalamualaikum hari ini Saya ingin kongsingkan 4 jenis coklat yang biasa kita lihat,senang dan sering kita semua jumpai...
06/02/2019

Assalamualaikum hari ini Saya ingin kongsingkan 4 jenis coklat yang biasa kita lihat,senang dan sering kita semua jumpai di mana-mana seperti pasaraya dan kedai-kedai runcit .

1.) Coklat Couverture

Ia merupakan coklat tulen yang paling sedap & berkualiti. Ia sangat sedap menyebabkan ia digunakan secara meluas oleh pembuat coklat profesional. Kelemahan coklat jenis ini, ia sangat sensitif terhadap suhu dan s**ar untuk dikendalikan. Jika tersilap dalam pengurusannya, ia tidak akan keras dengan sempurna apabila dibekukan.

2.) Coklat Compound

Ia merupakan coklat yang sering kita makan seperti cadbury, van houtan, ferero rocher dan sebagainya. Ia lebih mudah untuk dikendalikan kerana ia telah dicampur dengan lemak sayur bagi mengantikan lemak koko. Jadi ia tidak mudah cair dengan suhu persekitaran. Coklat masakan juga merupakan sejenis coklat compaund kualiti sederhana. Dan dalam pembuatan coklat buatan tangan, coklat compound kualiti tinggi digunakan.

3.) Coklat Perisa

Ia sebenarnya coklat putih yang dimasukkan pewarna dan perisa. Biasanya coklat yang kita jumpa adalah coklat susu dan dark coklat.

4.) Coklat Diabetik

Ia adalah coklat untuk pengidap diabetes. Ia tidak mengandungi gula biasa. Pemanis tiruan dan alternatif digunakan seperti stevia dan sebagainya.

05/02/2019

Assalamualaikum disini saya ingin kongsingkan kepetingan dan kebaikan air mineral. Semoga bermanfaat.

Kita biasanya disarankan agar minum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak setiap hari. Mari kita baca Kebaikan-Kebaikan Air Masak Kepada Kesihatan.

1.) Air Masak Boleh Meningkatkan Prestasi Fizikal

Sekiranya anda seorang tidak kekal hidrat (tidak cukup air), kesannya prestasi fizikal badan anda akan berkurang, menyebabkan anda berasa lemah. Perkara ini sangat penting sekiranya anda bergaya hidup aktif dan kerap bers**an.

Dehidrat boleh memberikan kesan yang nyata kepada badan, walaupun anda hilang 2% dari cecair dalam badan.
Perkara ini akan membawa kepada perubahan suhu badan, meningkatkan rasa penat, dan menyebabkan anda rasa mengantuk.

Dengan banyakkan minum air, badan akan kekal hidrat Malah boleh mengurangkan tekanan oksidatif yang berlaku semasa senaman intensif.

Oleh itu, sekiranya anda sering bersenam dan banyak mengeluarkan peluh, maka sebaiknya anda banyakkan minum air agak cecair dalam badan anda boleh distabilkan kembali.

2.) Kekal Hidrat Dengan Air Masak Memberikan Kesan Positif Kepada Pemikiran & Otak

Otak kita sangat bergantung kepada air, oleh itu dengan kekalkan badan anda dalam keadaan hidrat boleh menyumbang kepada pemikiran dan daya berfikiran yang lebih baik.

Kajian menujukkan bahawa walaupun dehidrat yang sedikit (1-3%) boleh menjejaskan beberapa aspek pada otak – mood, perhatian, dan mudah rasa pening.

Dalam kajian yang lain, mendapati bahawa badan yang kurang air boleh menyebabkan seseorang itu s**ar untuk meningati sesuatu, ditambah p**a dengan rasa gelisah serta lemah/letih. Oleh sebab itu, apabila anda rasa letih, banyak menguap atau mengantuk, banyakkan minum air masak.

3.) Minum Air Masak Boleh Mencegah dan Merawat Sakit Kepala

Dehidrasi boleh menyumbang kepada sakit/pening dan migrain bagi sesetengah orang.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa air boleh melegakan sakit kepala bagi orang yang terdehidrat.
Walaupun begitu, tidak terjamin kepada semua orang, ia bergantung kepada jenis sakit kepala tersebut.

4.) Air Masak Boleh Membantu Melegakan Sembelit

Masalah sembelit ini adalah masalah yang biasa dialami oleh rakyat Malaysia, ia berlaku kerana terdapat masalah pada pergerakan usus, menyukarkan najis untuk keluar.

Dengan meningkatkan kadar pengambilan cecair (sebaiknya adalah air masak), ia boleh mengurangkan masalah ini.

Pengambilan air yang tidak mencukupi adalah salah satu penyebab utama kepada masalah sembelit, bagi kanak-kanak mahupun dewasa.

5.) Minum Air Masak Boleh Mencegah Batu Karang

Batu karang adalah kristal mineral yang terbentuk di dalam saluran kencing. Orang yang mengalami batu karang akan mengalami kesakitan yang teramat sangat semasa hendak membuang air kecil.

Kebanyakan kes, batu karang in terbentuk di dalam buah pinggang. Terdapat bukti (walaupun sedikit), yang menyatakan bahawa pengambilan air yang banyak boleh mengurangkan risiko berlaku kembali bagi orang yang pernah mengalaminya.

Pengambilan yang banyak akan meningkatkan jumlah air yang melalui buah pinggang, mengurangkan kepekatan mineral yang terkumpul – mengurangkan kadar perbentukan kristal oleh mineral-mineral ini.

6. Air Masak Boleh Menurunkan Berat Badan
Pernah dengar diet dengan air?

Percaya atau tidak, anda memang boleh mengurangkan berat badan dengan banyakkan minum air.

Hal ini kerana air boleh meningkatkan rasa kenyang dan meningkatkan kadar metabolik badan.

Dalam dua kajian, minum 500ml air masak menunjukkan boleh kadar metabolisma sebanyak 24-30%, sehingga 1.5 jam.

Ini bermakna dengan minum 2 liter air setiap hari boleh meningkatkan kadar tenaga anda sehingga 96 kalori sehari.

Masa minum air turut memainkan peranan yang penting. Sebaiknya anda minum air setengah jam sebelum makan makanan berat – ini adalah paling efektif. Anda akan lebih cepat rasa kenyang, secara tidak langsung mengurangkan kadar anda makan.

Dalam satu kajian, orang yang berdiet minum separuh liter air sebelum makan bolehmenurunkan berat badan 44% lebih banyak, dalam jangka masa 12 minggu.

Jadi Secara ringkasnya, kebaikan air masak untuk kesihatan kita tidak boleh dinafikan. Bahkan kalau kita tidak minum air selama tiga hari, kita mungkin akan mati.

Kekurangan air dalam badan boleh membawa kepada banyak jenis penyakit dan kemudaratan. Oleh sebab itu, sekiranya anda ingin menjaga kesihatan, dan ini panjang umur, hendaklah mulakan budaya banyak minum air.

Lebih air tak apa, jangan kurang.😊

04/02/2019

Kek Batik Anisa akan membawa anda merasai kek batik coklat dengan limpahan coklat masakan yang meleleh dan yang paling sedap dan baik di KUANTAN, PAHANG.

03/02/2019

Assalamualaikum dan Hai disini saya akan berkongsi cara-cara yang boleh diamalkan dan dibuat bagi menurunkan berat badan:

1. MINUM AIR SUAM / LEMON
Salah satu tabiat yang baik untuk diamalkan adalah meminum air suam. Walaupun anda mungkin tidak berasa haus, sebenarnya tubuh kita terhidrasi sewaktu kita tidur. Sebuah kajian mendapati meminum 500ml air kosong dapat meningkatkan metabolisme tubuh sebanyak 30%.
Untuk mengaktifkan lagi sistem pencernaan, anda juga boleh menambahkan perahan lemon ke dalam air suam tersebut.

2. MULAKAN HARI DENGAN MAKANAN TINGGI
PROTEIN
bersarapan dengan pengambilan makanan tinggi protein seperti telur. Protein yang terdapat dalam telur memberi rasa kenyang buat masa yang lebih lama dan turut berfungsi membakar kalori.

Dalam satu kajian, wanita yang memenuhi sekitar 2/3 keperluan protein harian (iaitu 30-39 gram) pada waktu sarapan akan berasa kurang lapar dan cenderung mengambil makanan yang kurang berkalori ketika makan tengah hari.

Paling penting, jauhi makanan manis ketika sarapan kerana ia boleh meninggikan kadar insulin dan secara tidak langsung menaikkan lagi selera makan anda untuk hari tersebut.

3. ELAKKAN BERSARAPAN DEPAN TV / GAJET
Masa makan mungkin lebih seronok jika kita dapat menonton TV atau video Youtube dari telefon pintar. Tapi, dengan melakukan aktiviti sebegini, ia menyebabkan kita tak perasan berapa banyak makanan yang telah kita makan.

Sebuah penelitian Food Quality and Preference mendapati ‘crunch effect’ atau bunyi mengunyah makanan yang dapat didengari oleh seseorang sudah cukup untuk membuat seseorang makan sekadarnya. Sebaliknya, mereka yang menggunakan headphone atau menumpukan perhatian kepada TV lebih cenderung untuk makan 25% lebih banyak berbanding kuantiti normal.

4. LAKUKAN SESUATU UNTUK DE-STRESS
Selepas bangun tidur, cuba ambil masa untuk melakukan sesuatu yang dapat menghilangkan rasa stres. Contohnya dengan menghirup udara segar atau menulis jurnal. Solat, membaca Al-Quran atau bermeditasi juga adalah amalan yang amat baik untuk mengurus emosi.

Apabila anda stres, paras kortisol akan menigkat, dan salah satu fungsi kortisol ini adalah menyimpan lemak dalam perut. Stres juga merendahkan kadar metabolisme tubuh. Buktinya, apabila 2 orang wanita makan makanan yang sama setiap hari, wanita yang lebih relaks dan gembira berjaya membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang stres.

5. PILIH SNEK YANG BAIK UNTUK DIBAWA KE
PEJABAT
Sebelum ke pejabat, masukkan sebiji epal atau buah-buahan ke dalam beg. Tabiat ini dapat menghindarkan anda daripada membeli snek yang tidak berkhasiat dan makanan segera ketika dalam perjalanan ke pejabat.

Dalam keadaan lapar juga, seseorang lebih cenderung untuk memilih makanan yang tidak sihat dalam kuantiti yang lebih banyak. Jadi, bagi yang s**a mengunyah tu, lebih baik sediakan payung sebelum hujan!

6. LAKUKAN SENAMAN REGANGAN
Senaman regangan yang mudah setiap pagi membantu anda melegakan otot-otot yang tegang. Ketegangan otot ini dipercayai memberi respon stres yang sama seperti tekanan emosi.

Maka dengan melakukan senaman regangan, seseorang lebih cenderung berasa gembira dan ini meningkatkan kesan hormon yang positif dalam tubuh. Selain itu, ia juga membantu melancarkan pengaliran darah, sekaligus menjadikan tubuh lebih bertenaga. Bila rasa bertenaga, kita pun kurang ‘mengidam’ untuk makan macam-macam makanan yang tak sihat.

JOM AMALKAN!

Hanya dalam 20-30 minit, anda boleh melakukan semua langkah ini dengan mudah. Selain membantu menurunkan berat badan,ini juga boleh membuat anda akan berasa lebih sihat, ceria, dan segar sepanjang hari.😊

Semoga bermanfaat kepada semua penggemar coklatđŸ„°
29/01/2019

Semoga bermanfaat kepada semua penggemar coklatđŸ„°

29/01/2019

Coklat adalah sejenis makanan manisan yang berperisa dibuat menggunakan buah koko dan lazimnya akan dicampur bersama produk tenusu untuk lebih kenikmatan rasa berkrim.

Ramai orang kata, amalan memakan coklat ini boleh merangsang hormon yang boleh membuatkan manusia berasa tenang dan kekal ceria.

)1 Melegakan Tekanan Jiwa & Minda

Coklat yang berkualiti tinggi mengandungi ‘asid valeric’ yang bisa bertindak sebagai ubat penenang. Meskipun diambil dalam kuantiti yang sedikit, ia sebenarnya dapat memberi kita merasa ketenangan. tapi hati-hati (Jika makan coklat terlalu banyak takut anda terlebih aktif p**a).

2) Baik Pulih Emosi

kita kena faham, emosi dan tekanan adalah perkara yang berbeza. Tekanan adalah apabila anda merasa diri anda dibelenggu masalah lalu tidak menemuii jalan penyelesaian sehingga menggugat diri untuk jadi ‘sakit jiwa’.

Tetapi Ini berbeza dengan emosi kerana ia boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian kerana emosi boleh berubah-rubah. Dari murung kepada sedih, dari sedih menjadi gembira.

Oleh itu, pengambilan coklat sebenarnya dapat menghasilkan hormon endorphin yang akan memberi kita merasakan kegembiraan dan akan membuat anda ceria serta-merta!

3) Menurunkan Kadar Kolesterol Dalam Tubuh

kajian menunjukkan bahawa amalan memakan coklat gelap atau dark chocolate mampu menurunkan kadar ‘kolesterol jahat’.

Dalam masa yang sama, coklat tersebut juga boleh meningkatkan kadar kolesterol baik dalam badan seseorang manusia yang memakannya secara berkala.

4) Rangsang Diri Jadi Lebih Peka & Fokus

menurut kajian Coklat boleh jadikan kita bijak😂 lebih kurang lah. Ia manjadikan pergerakan darah ke otak lebih lancar malah membuatkan individu yang sangat gemar memakannya jadi lebih peka. Ini secara tidak langsung tentu dapat meningkatkan mutu kerja seseorang kerana otaknya telah berfungsi secara aktif dan intelek seperti si genius!

Tips!

Apa pun, sila ambil dalam kuantiti yang tidak keterlaluan. Meskipun ia memberi banyak faedah kepada kesihatan dan fungsi tubuh, pilihlah coklat yang mengandungi 70% koko. Hati-hati kerana kebanyakan coklat yang dijual di pasaraya lebih banyak mengandungi gula daripada kuantiti coklat koko.

Selamat menikmati coklat semuanya!

Kebaikan dan kelebihan coklat yang banyak dapat membawa banyak kesan kebaikan dan kelebihan kepada pengemar coklat. Cokl...
27/01/2019

Kebaikan dan kelebihan coklat yang banyak dapat membawa banyak kesan kebaikan dan kelebihan kepada pengemar coklat. Coklat adalah sejenis makanan yang berasal daripada buah koko yang dan telah dijalankan proses pengeringan. Proses pengeringan ini adalah bagi menghasilkan serbuk koko seterusnya boleh menghasilkan coklat. Coklat mengandungi tidak kurang daripada 5% lemak sayuran. Manakala, coklat yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut, konfeksyeneri atau produk coklat yang lain hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko.
Selain daripada rasa yang sedap dan bau yang wangi
Coklat merupakan sebagai makanan berkhasiat kerana
Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan kandungan nutrien dalam coklat merupakan makanan yang seimbang.

Allhamdulillah ini antara feedback daripada customer yang telah mencuba dan merasa kek batik anisa. customer puas hati s...
25/01/2019

Allhamdulillah ini antara feedback daripada customer yang telah mencuba dan merasa kek batik anisa. customer puas hati saya pun happy😁

Address

-
Kuantan
25150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEK BATIK ANISA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KEK BATIK ANISA:

Share

Category