30/08/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾
Sempena Hari Kebangsaan Ke-69, marilah kita bersama-sama menghayati erti sebenar kemerdekaan. Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi merupakan amanah untuk kita terus membina negara yang lebih maju, bersatu dan berdaya saing.
Dalam mendepani masa hadapan, Marilah kita memperkukuh jati diri, integriti, disiplin dan semangat kebersamaan sebagai asas dalam melaksanakan tanggungjawab, khususnya dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat demi masa depan yang lebih baik. InsyaAllah.
"Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati"