04/08/2025
Selamat Ulang Tahun Yang ke-75 kepada YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, CENTEXS Commercial mendoakan semoga YAB Premier sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, keteguhan semangat, dan kebijaksanaan yang berterusan dalam menerajui Sarawak ke arah masa depan yang lebih gemilang.
Di bawah kepimpinan YAB Premier, pembangunan Sarawak terus melangkah maju dengan pesat, menjadikan transformasi digital, ekonomi hijau, dan pemerkasaan komuniti bukan lagi sekadar wawasan, tetapi realiti yang semakin nyata.
S*k berasa, YAB Premier genap 75 tahun, syukur Alhamdulillah. Penuh pengalaman, tetapi semangat juang masih segar dan bertenaga. Apa yang dilaksanakan selama ini bukannya usaha ketek ajak, tetapi memberi kesan yang besar kepada kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat.
Semoga YAB Premier terus diberi kekuatan dan ilham untuk meneruskan khidmat bakti kepada bumi Sarawak yang tercinta.
Semoga Allah selalu merahmati dan melindungi YAB Premier dunia dan akhirat bersama keluarga tersayang.
Amin amin Ya Mujib.