bermula pada November 1981 iaitu tarikh Jalil Enterprise ditubuhkan. Kegiatan utama ketika itu hanyalah membekalkan kicap berjenama Habhal secara kontrak. Kesedaran dan keinginan untuk menghasilkan produk jenama sendiri timbul sebaik sahaja kontraknya ditamatkan pada November 1986. Bulan Ogos 1988 menyaksikan kelahiran suatu era dalam dunia industri pemakanan apabila Jalen Sdn. ditubuhkan dengan m
atlamat utamanya adalah untuk membekalkan kicap jenama JALEN secara terus kepada pengguna. Sejak penubuhannya, kicap Jalen telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna di mana keadaan tersebut telah memberangsangkan perkembangan industri ini. Kini dengan pelaburan berjuta ringgit, Jalen Sdn. telah melangkah ke hadapan dengan pembelian dan penggunaan alatan serta mesin berteknologi canggih. terus menerajui industri pemakanan yang diceburinya; di dalam menghasilkan produk-produk baru yang berkualiti, ia amat menitik-beratkan aspek kebersihan dan kesucian mutu barangan di samping keaslian citarasa sebenar barangan dikekalkan. Pengguna tidak perlu ragu-ragu apabila membeli pelbagai barangan keluaran Jalen Sdn. kerana kesemua barangan keluarannya adalah HALAL di sisi Islam dan telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), serta menepati Akta Peraturan Makanan 2000. Selain daripada kicap, pelbagai produk berjenama JALEN seperti sos cili, sos tomato, sos tiram, taucho, cuka, cordial seperti oren, sirap ros, anggur, mangga, laici, sarsi dan barli telah dipercayai dan dikenali oleh pengguna kerana bermutu tinggi dan mempunyai citarasa yang tersendiri. Jalen Sdn. sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti barangan keluarannya agar pengguna dapat menikmati keistimewaan citarasa makanan sebenarnya.