05/07/2024
Assalamualaikum WBT dan salam Jumaat yang berkah (Penghulu segala hari)😇😇
Alhamdulillah pada hari ini (5 Julai 2024), telah dilaksanakan Program Jumaat Istimewa Siri Pertama bertempat di kelas PPKI SK Combined. Min paw ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan Min Paw (Tapaw Lovers) kerana melalui pembelian kalian setiap RM 0.10 akan salurkan sebagai dana untuk Program Jumaat Istimewa ini. Syukur, Alhamdulillah, sepanjang bulan pertama beroperasi sebanyak 1550 item telah terjual bersamaan RM 155.00 telah disalurkan ke dana Program ini. Dimana telah diserahkan sebanyak 50 bungkus Nasi Ayam Butter, air mineral dan makanan ringan kepada anak-anak istimewa (PPKI SK Combined).
Sekian itu sahaja perkongsian dan update tentang Program Jumaat Istimewa. Semoga Program ini memberi manfaat dan makna kepada penyumbang dan penerima 🥰😇