Yacob Sahib Trading

Yacob Sahib Trading Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Yacob Sahib Trading, Wholesale Grocer, 25A, Jalan Gambir, Kuching.

YACOB SAHIB TRADING ialah perniagaan yang menyediakan perkhidmatan menjual rempah ratus dan runcit untuk keperluan masakan harian , pembuatan rempah ratus air masak,maajum,herba untuk masakan Barat & Tradisional dan juga barangan bakeri yang tertentu.KEDA

SOTONG MASAK MASALABahan Kisar Kasar :-10 ulas bawang putih-1 tangkai akar daun ketumbarBahan- Bahan Lain :- 1 kg sotong...
26/08/2026

SOTONG MASAK MASALA

Bahan Kisar Kasar :
-10 ulas bawang putih
-1 tangkai akar daun ketumbar

Bahan- Bahan Lain :
- 1 kg sotong – dibersihkan, dipotong ikut s**a dan ditoskan
- 1½ sudu makan Rempah Garam Masala Ori
- ½–1 sudu teh serbuk cili (ikut tahap kepedasan)
- Minyak untuk menumis
- Daun ketumbar secukupnya – dihiris
- 10 tangkai kacang panjang / kacang buncis – dipotong
- ⅓ biji kubis bunga – dipotong kecil
- ½ biji lobak merah – dipotong mancis atau bulat
- ½ biji bawang Holland – dihiris
- ½ biji bell pepper merah (pilihan)
- ½ biji bell pepper kuning (pilihan)
- ½ kiub ayam Knorr / 1 sudu teh serbuk pati ayam
- Sedikit gula secukup rasa
- Sedikit kicap cair
- Sedikit sos ikan
- Sedikit air jika perlu

Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar kasar sehingga bawang putih naik bau dan sedikit keemasan.
2. Masukkan Rempah Garam Masala Ori dan serbuk cili. Tumis dengan api sederhana sehingga rempah harum. Jika terlalu kering, percikkan sedikit air supaya rempah tidak hangus.
3. Masukkan sotong. Kacau rata dengan rempah.
4. Masukkan kiub ayam, sedikit gula, kicap cair dan sos ikan. Kacau sebati.
5. Masak sotong sekejap sahaja sehingga hampir masak. Elakkan memasak terlalu lama supaya sotong tidak liat.
6. Masukkan kacang panjang, kubis bunga, lobak merah, bawang Holland dan bell pepper.
7. Kacau atas api besar selama lebih kurang 1–2 minit supaya sayur masih rangup.
8. Rasa dan sesuaikan garam, gula atau sos ikan jika perlu.
9. Tutup api dan taburkan daun ketumbar.

RM 5.00 / 200 GRAMPAPADAM POTONGPapadam Potong ialah snek rangup berasaskan tepung dal yang digoreng sehingga kembang da...
04/08/2026

RM 5.00 / 200 GRAM

PAPADAM POTONG

Papadam Potong ialah snek rangup berasaskan tepung dal yang digoreng sehingga kembang dan garing. Papadam ini dipotong kecil dalam bentuk segi empat tepat, menjadikannya lebih mudah disediakan, cepat digoreng serta sesuai dihidangkan dalam kuantiti yang banyak.

Saiz potongannya yang kecil memudahkan papadam diambil dan dimakan tanpa perlu dipecahkan terlebih dahulu. Bentuknya yang kemas juga memudahkan papadam disusun di atas pinggan, dulang hidangan atau bekas buffet.

Papadam Potong sangat sesuai dijadikan hidangan sampingan untuk pelbagai menu seperti nasi beriani, nasi minyak, nasi tomato, nasi kandar, nasi putih bersama kari, ayam masak merah, daging masak hitam, kurma, dalca dan pelbagai masakan berkuah.

Ia juga boleh dihidangkan sebagai kudapan ringan bersama sos cili, acar, sambal atau pencicah kegemaran. Teksturnya yang rangup memberikan pelengkap yang menarik kepada hidangan utama.

Sesuai digunakan untuk:

• Kenduri kahwin dan majlis doa selamat
• Jamuan keluarga dan rumah terbuka
• Buffet hotel dan perkhidmatan katering
• Restoran nasi kandar dan restoran India Muslim
• Kedai makan, kantin dan medan selera
• Majlis korporat, mesyuarat dan acara rasmi
• Sambutan hari lahir dan majlis perayaan

Papadam Potong merupakan pilihan yang praktikal dan menjimatkan untuk pengusaha restoran, katering serta penganjur majlis kerana mudah disediakan, cepat digoreng dan digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat. Potongannya yang kecil turut memudahkan tetamu menikmati papadam dalam satu atau dua suapan.

Cara Penyediaan:
Panaskan minyak secukupnya. Goreng papadam dalam minyak panas selama beberapa saat sehingga mengembang dan rangup. Angkat dan toskan sebelum dihidangkan.

Cadangan: Goreng sedikit demi sedikit dan simpan di dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup.

# untuk melihat produk produk lain klik link di bawah...
https://wa.me/c/60128467442

REMPAH AYAM PENYET HOT & SPICY RM4.00 / 100 GRAMUNTUK TEMPAHAN.. klik di bawahhttps://wasap.my/60128831971/ayampenyethot...
27/06/2026

REMPAH AYAM PENYET HOT & SPICY

RM4.00 / 100 GRAM

UNTUK TEMPAHAN.. klik di bawah

https://wasap.my/60128831971/ayampenyethot

1 bungkus Rempah Ayam Penyet boleh digunakan untuk 2 ekor ayam.

DI BAWAH RESEPI PENYEDIAAN 1 EKOR AYAM 👇

Bahan-Bahan :

1. 1 ekor ayam, dipotong 8
2. Setengah bungkus Rempah Ayam Penyet (50 gram)
3. 4 ulas bawang putih
4. 5 biji bawang merah
5. 1 inci halia
6. 1 batang serai
7. 1 sudu besar kerisik, pilihan
8. 1 sudu besar garam atau secukupnya
9. Sedikit air untuk mengisar
10. Minyak untuk menggoreng

https://wa.me/60128831971?text=Ayam%20Penyet

Cara Penyediaan

1. Rebus ayam selama 10 minit.
Air rebusan ayam boleh disimpan untuk memasak nasi atau sup.

2. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia, serai, kerisik, garam dan sedikit air ke dalam blender... kisar sehingga halus

3.Masukkan Rempah Ayam Penyet gaul sebati

4. Kisar semua bahan sehingga halus.

5. Lumurkan bahan kisar pada ayam yang telah direbus tadi sehingga rata.

6. Perap ayam semalaman di dalam peti ais supaya rempah lebih meresap.

7. Keluarkan ayam yang telah diperap dan biarkan seketika selama 10 hingga 15 minit sebelum digoreng.

8. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing dan berwarna keemasan.

9. Angkat dan toskan minyak.

Cadangan Hidangan

Hidangkan Ayam Penyet bersama nasi panas, sambal penyet, sup, timun, ulam-ulaman dan kremes.

Lebihan bahan perapan boleh digunakan untuk membuat kremes bagi menambah rasa dan tekstur rangup pada hidangan.

Tip

Untuk rasa yang lebih sedap, perap ayam lebih lama supaya rempah menyerap dengan baik ke dalam isi ayam.

🌴 KURMA AJWA MADINAH 🌴Kurma pilihan dari Madinah yang terkenal dengan rasa manis semula jadi, lembut dan berkualiti ting...
19/06/2026

🌴 KURMA AJWA MADINAH 🌴

Kurma pilihan dari Madinah yang terkenal dengan rasa manis semula jadi, lembut dan berkualiti tinggi.

📦 Berat: 400 gram
💰 Harga: RM25.00

Untuk Order klik di bawah :
wasap.my/60128831971/KURMAAJWA

[ 🌿 TEMULAWAK KERING: HERBA KHAS KESIHATAN DALAMAN & LUARAN ]Temulawak (Curcuma zanthorrhiza) sudah lama diamalkan dalam...
10/06/2026

[ 🌿 TEMULAWAK KERING: HERBA KHAS KESIHATAN DALAMAN & LUARAN ]

Temulawak (Curcuma zanthorrhiza) sudah lama diamalkan dalam perubatan tradisional. Herba ini juga dikenali sebagai Bangler di Sarawak, manakala dalam bahasa Tamil ia dipanggil Kasthuri Manjal (கஸ்தூரி மஞ்சள்) dan dalam bahasa Inggeris sebagai Javanese Turmeric.

Khasiat Utama Temulawak :

* Lega Perut: Berkesan membuang angin tegar, merawat kembung, dan gastrik.
* Jaga Hati: Membantu detoksifikasi badan dan melindungi fungsi organ hati.
* Untuk Ibu Berpantang: Sering dijadikan ramuan barut atau minyak urut untuk mengecutkan rahim.
* Tambah Selera: Membantu meningkatkan selera makan secara semula jadi.
* Rawat Lebam & Bengkak: Boleh digunakan luaran sebagai param tradisional untuk merawat kesan lebam atau bengkak pada badan.

🥣 Cara Guna Sebagai Param (Untuk Lebam & Bengkak) :

1. Ambil kepingan temulawak kering.
2. Tumbuk bersama daun sirih, minyak kelapa, dan buah pala.
3. Tumbuk sehingga betul-betul lumat dan sebati.
4. Sapukan ramuan param ini pada bahagian badan yang lebam atau bengkak.

(Nota: Untuk minuman kesihatan, anda juga boleh merebus beberapa kepingan kering ini bersama dua cawan air, tapis, dan minum bersama sedikit madu).

🔥 RM4.00 untuk 100 gram! 🔥

🌿 REMPAH TUMIS 4 BERADIK 🌿Rahsia aroma masakan yang lebih harum dan membuka selera!Campuran rempah tumis tradisional yan...
07/06/2026

🌿 REMPAH TUMIS 4 BERADIK 🌿

Rahsia aroma masakan yang lebih harum dan membuka selera!

Campuran rempah tumis tradisional yang mengandungi: ✅ Kayu Manis ✅ Bunga Lawang ✅ Buah Pelaga ✅ Cengkih

Sesuai untuk: 🍛 Kari Ayam 🥩 Kari Daging 🍚 Nasi Minyak 🍚 Nasi Tomato 🍚 Nasi Briyani 🍲 Sup Ayam & Sup Daging 🥘 Kari Kurma dan pelbagai masakan berempah

📦 Berat Bersih: 70 gram / RM5.00

Anggaran penggunaan satu pek 70 gram: 🍛 Cukup untuk memasak sehingga 20–30 kg kari ayam atau daging 🍚 Cukup untuk 10–20 kg beras bagi nasi minyak, nasi tomato atau nasi briyani 🍲 Cukup untuk 35–70 liter sup ayam atau sup daging.

Sesuai untuk kegunaan di rumah, katering, kenduri dan perniagaan makanan.
Harum semasa ditumis, padu dalam masakan!

BUAH KERAS / candlenut( selected)RM5.00 / 125 gram
04/06/2026

BUAH KERAS / candlenut
( selected)
RM5.00 / 125 gram

BUNGA TELANG KERINGRM5.00 / 20 gram
04/06/2026

BUNGA TELANG KERING
RM5.00 / 20 gram

BIJI KATUMBAR INDIARM2.00 / 120 gram
04/06/2026

BIJI KATUMBAR INDIA
RM2.00 / 120 gram

16/01/2026

SET KELENGKAPAN JENAZAH
LELAKI & WANITA

✔️ Lengkap & praktikal
✔️ Mudah disimpan
✔️ Sesuai untuk simpanan keluarga waktu kecemasan atau sebagai sumbangan wakaf

HARGA PROMOSI: RM110.00

📲 Tempahan & pertanyaan :
wasap.my/60128831971/setjenazah

# tempahan awal digalakkan

Address

25A, Jalan Gambir
Kuching
93000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6082244700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yacob Sahib Trading posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share