05/06/2022
TIPS UNTUK MEMBAKAR FLORENTINE COOKIES 🤤
-Ketika membakar kekacang hendaklah dikaup balik
-ketika masih di dalam oven supaya ianya dibakar dengan sekata.
-Bakar kekacang sehingga agak berubah warna perang2 coklat. Jangan terlalu gelap sangat sebab kita akan membakarnya sekali lagi.
-Biarkan kekacang betul2 sejuk baru campurkan dengan tepung florentine. Jangan digaul ketika masih panas sebab boleh menyebabkan tepung melekit (sticky).
-Ini adalah kerana tepung florentine sudah pun bercampur dengan gula.
-Apabila kesemua bahan sudah bercampur di dlm bekas besar jgn biarkan ianya terdedah bagi mengelakkan terkena angin.
-Setelah letak dlm bekas kecik2 tutup semula (bekas besar). Tujuannya bagi mengelakkan tepung membeku & berketul.
-Ketika membakar kena jenguk selalu yang di dalam oven. Macam oven saya kena ubahkan cup yang depan ke belakang & cup yang belakang ke depan supaya masak dengan sekata.
Untuk keluarkan dari cup tunggu hingga sejuk. Senang & longkah.