Warong Bonda

Warong Bonda Warong Bonda menyediakan pelbagai makanan sarapan pagi. Anda boleh buat penghantaraan atau makan di kedai. Pasti PUAS HATI!

26/08/2023

π—₯π˜Œπ‘†πΌπ‘ƒπˆ π‘…π™Šπ½π˜ˆπ—ž π™π˜ˆπ‘Όπ‘―π”

Bahan Kuah Rojak:

βˆ† Cili kering 10 tangkai (blend halus)
βˆ† Sos Cili 1/2 cawan
βˆ† Belacan 2 inci
βˆ† Gula Merah 1 cawan
βˆ† Gula pasir 1/2 cawan
βˆ† Kicap pekat manis 1/3 cawan
βˆ† Air 1 cawan
βˆ† Tepung Jagung 3sb

Bahan-bahan untuk rojak tahu:

βˆ† Tauhu (digoreng)
βˆ† Kangkung (dicelur)
βˆ† Taugeh (dicelur)
βˆ† Timun

Cara-cara buat:

1. Campur semua bahan kecuali tepung jagung...

2. Masak sampai gula semua cair dan mendidih... pastu masukkan tepung jagung... kacau2 sampai
pekat likat... sejukkan...

3. Campurkan dengan kacang tumbuk, curahkan ke atas tauhu, taugeh, timun dan kangkung... gaul2

SELAMAT MENCUBA!!

26/08/2023

RESEPI JERUK BUAH 🍎🍏🍊

BAHAN :
3 biji cili merah besar
11 biji cili padi (ikut s**a nk pedas tambah)
5 biji cili kering
9 sdm gula pasir
2 sdm garam
5 sdm cuka makan ( boleh pakai air asam jawa)
1,5 liter air masak
Asam boi

Cara Membuat :
Kupas dan potong-potong buah sesuai selera. Rebus semua lalu blender
Larutkan gula dan garam dengan air.
Mas**an cili yang sudah diblender dan cuka
Siramkan diatas buah sampai terendam. Simpan didalam peti sebelum disajikan
Selamat Mencoba 😊
Sesuai untuk kebanyakan BUAH-BUAHAN

26/08/2023
26/08/2023

Resepi Cucur Udang

2 1/2 cawan tepung tepung naik sendiri-
1 sudu besar tepung beras
1 biji telur
Semangkuk udang kecil- buang kepala, ekor & kulit udang semua
3 biji bawang besar holland- belah 2 dan hiris2
Rm1 taugeh
Secekak daun kucai- kerat2kan 2 inci
2 biji cili merah- potong kecil
1/2 sudu kecil lada sulah
Garam, gula & aji
Air sejuk peti ais untuk bancuh tepung

Cara2:
bancuh tepung2 dengan telur & air sejuk hingga adunan sepekat kita buat cekodok bilis..

kemudian masukkan semua bahan2 lain.. gaul sebati..

panaskan minyak yg agak banyak dalam kuali kemudian goreng cucur seperti biasa sehingga keemasan..

P/s: kalau nak tambah carrot pun boleh..

Sos pencicah

5 senduk cili blend
7 ulas bawang putih- tumbuk halus
Gula pasir @ gula melaka secukup manis yg anda s**a
Garam secukup rasa
2 sudu besar Cuka
3 sudu besar Sos cili
1 sudu besar Sos tomato
3 cawan air

Cara:
Masukkan semua bahan masak sampai pekat.. api jgn kuat ye sbb ia mudah meruap.. api kecil je.. biarkan ia masak sampai betul2 pekat yg anda mahu.. jgn lupa rasa..

26/08/2023

KUETIAU KUNGFU

Bahan A :
1 cawan kuetiau
1 biji telur
Garam dan serbuk lada sulah secukupnya

Bahan B :
3 ulas bawang putih - diketuk
100gm isi ayam
2 ekor sotong - hiris
3-4 ekor udang
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Secubit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk rempah sup
1 gelas air
Sedikit hirisan bunga kobis
Sedikit hirisan lobak merah
Sedikit hirisan sayur kailan
2 sudu makan putih telur
1 sudu makan tepung jagung - bancuh dengan 5 sudu makan air
Gqram dan gula secukup rasa

1. Bilas kuetiau dgn air panas. Toskan dan masukkan ke dlm pinggan.

2. Pecahkan 1 biji telur dan perasakan dengan secubit garam serta lada sulah, gaul sebati.

3. Panaskan minyak masak dan goreng kuetiau tadi hingga garing, angkat.

4. Utk kuah, tumis bawang putih guna lebihan minyak menggoreng kuetiau tadi hingga wangi.

5. Masukkan isi ayam goreng seketika kemudian masukkan sotong.

6. Tambah serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam. Tambahkan juga serbuk rempah sup kacau sebati.

7. Masukkan air dan hirisan bunga kobis. Masak hingg lembut. Boleh masukkan udang jika s**a.

8. Tuang air bancuhan tepung jagung dengan secukupnya. Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.

9. Bila rasa sudah cukup tuang putih telur dan kacau laju.

10. Masukkan kailan dan lobak merah biar seketika.

11. Padam api dan tuang dlm pinggan berisi kuetiau. Sedia utk dinikmati.

Kredit resepi & foto : Afy Al Habibi




26/08/2023

Resepi Kuey Teow Ladna

Bahan-bahan :
4 paket kuey teow (leraikan)
2 sudu sos tiram
1/2 cawan kicap lemak manis
1 sudu sos ikan
Sedikit air

Bahan Kuah:
6 ulas bawang putih (cincang halus)
Sedikit minyak untuk menumis
1 cawan isi ayam hiris
1 cawan daging (dah direbus empuk dan hiris)
1 paket serbuk mee sup
Air secukupnya (dalam 3 ke 4 cawan)
2 biji telur
2 sudu sos ikan

1 biji limau nipis (ambil jus sahaja)
Sayuran pilihan (cendawan hitam yang direndam sampai kembang dan digunting, kailan, kobis cina, carrot dan cendawan enoki)
3 ke 4 sudu tepung jagung bancuh dengan 1/2 cawan air
Cara Membuat :
Mula-mula buat kuey teow dulu. Panaskan kuali, masukkan semua kuey teow.
Gaul kicap, sos tiram dan sos ikan dan tuangkan kedalam kueyteow. Kacau guna api kecil sampai semua sebati dan hampir masak.
Tutup api, angkat.

Sekarang buat kuah. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga keperangan dan naik bau.
Masukkan ayam dan daging. Kacau.
Masukkan air. Tambah serbuk mee sup, carrot dan batang kailan.
Perasakan dengan sos ikan. Kacau dan biar mendidih.
Masukkan cendawan hitam. Kacau.

Bila semua sudah mendidih, masukkan kailan dan kobis cina yang dipotong.
Tambahkan telur. Kacau perlahan.
Masukkan air tepung jagung dan kacau sampai pekat dan mendidih. Tutup api.
Tuang kuah atas kuey teow. Makan dengan cili potong dan sos ikan.
Siap.

09/08/2023
09/08/2023

Hari ni buat onde2 @ buah melaka.
Kalau makan sebiji2 masuk mulut..meletup air gula dlm mulut..sedap sangat..alhamdulillah❀️

Bahan-
2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
*1 cawan air..kalau rasa kurang lembut..tambah sedikit air
1/2 ketul gula melaka..potong dadu kecil2
4-5 helai daun pandan kisar dengan *1 cawan air di atas
Sedikit pewarna hijau (tak nak letak pun boleh)
Kelapa parut putih + sedikit garam halus..gaul sebati (kukus sekejap)

Cara2 buat:

1) Dalam bekas berisi kedua tepung..gaul rata..tuang air pandan + sedikit pewarna hijau..uli2 jadikan doh yang lembut

2) Buat bulat2 doh agak2 nak besar mana..tekan l***r doh tadi..isikan gula melaka..bulatkan semula..buat sehingga habis doh

3) Sebelum tu panaskan air hingga mendidih..masukkan 2 helai daun pandan..simpulkan..masukkan doh tadi dalam periuk..timbul dipermukaan boleh angkat doh tu guna penapis kecil..toskan

4) Golekkan buah mekaka atas kelapa parut putih bagi rata..

Untuk elakkan kelapa parut masam,saya kukus sebentar kelapa parut tu dgn secubit garam

Airtangan dan foto-Eniza M. Salim
Kredit Resepi : zura zul

Join group : Resepi Kuih Muih, Biskut Dan Kek Viral πŸ’• Pandai Masak Pandai Bisnes

Like : Resepi Kuih Muih Pilihan

Tips Bisnes Wanita πŸ’•πŸ‘ˆπŸ» Join group

β•β•β•β•β€’βπŸŒΈβš˜πŸŒΌββ€’β•β•β•β•

Sedang Cari Kudapan Enak Untuk Hilangkan Stress Bekerja Dan Sedang Cari Peluang Bisnes Tanpa Perlu Pegang Stok? πŸ₯°

Intai sini : www.GaleriInspirasiWanita.com

✨✨✨✨✨

19/07/2023

Address

Jalan Tempua
Labis
85300

Opening Hours

Tuesday 07:00 - 11:30
Wednesday 07:00 - 11:30
Thursday 07:00 - 11:30
Friday 07:00 - 11:30
Saturday 07:00 - 11:30

Telephone

+60127234751

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Warong Bonda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share