15/08/2025
Assalamualaikum wbt, Hai semua, Pertama sekali saya mahu ucapkan terima Kasih banyak2 buat semua kawan2, saudara mara, pelanggan2 yang selama ini menyokong jualan Nasi Lemak saya, 2018 sampailah ke hari ini, jerih. Perih. Semoga ianya menjadi salah satu asbab kebaikan di dunia juga di akhirat nanti.
Kepada kalian2 yang saya ada buat salah juga silap, ada terkasar bahasa, yang ada rasa terganggu oleh promosi2 jualan juga slot sedekah baik di whatsapp atau pun di Facebook, saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki selama kita berurusan jual beli makanan. Halalkan apa2 yang terlebih atau terkurang.
Tidak sampai hati menulis panjang2, cukup sampai di sini. Saya selalu doakan kamu semuanya sentiasa sihat, sentiasa dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, dan dipermudahkan segala urusan. Saya banyak terhutang budi dengan kalian yang tidak berhenti sokong saya dari dulu sampailah sekarang.
Mungkin masanya untuk saya berhijrah. Di sebabkan faktor turun naiknya ekonomi juga, Alhamdulillah ada rezeki di tempat lain. Allah swt maha tahu apa yang terbaik, yang baik itu datang dari Allah. yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.
Salam Kasih Sayang ikhlas dari saya. Saiful, Peniaga Nasi lemak Seringgit Kg Muhibbah.
Sign OFF.
Sampai Jumpa. 🙂