29/03/2026
Bismillah..
Hari ini aku bawa keluar satu persatu barang dari kedai.
13 tahun tempat itu menyimpan banyak cerita.
Ada penat, ada harapan, ada juga air mata yang orang tak nampak.
Aku cuba bertahan selama yang aku mampu.
Tapi kadang dalam hidup, kita kena berani berhenti sekejap…bukan kerana kita kalah,
tetapi kerana kita sudah terlalu lama berjuang seorang diri.
Hari ini aku lepaskan semuanya dengan hati yang reda.
Mungkin ini bukan penamat,mungkin ini hanya permulaan untuk jalan yang Allah sudah siapkan lebih baik.
Kalau terbaca status ini,doakan aku kuat untuk bangkit semula. 🤲
Mykad.net/rosniza