Mee Bandung by BUDAK MUOR

Mee Bandung by BUDAK MUOR Mee Bandung Muar Original
Mukbang Style 1st in Malaysia!!!

20/06/2023

GET YOUR BUSINESS OPPORTUNITY NOW!

Hotline :
+60 11-3300 6682 (En Shafiq)

Follow us and drop your review guys! Tqvm for the support🫶🏻Mee Bandung by BUDAK MUOR at Selat Avenue019-772 4300 https:/...
11/06/2023

Follow us and drop your review guys! Tqvm for the support🫶🏻

Mee Bandung by BUDAK MUOR at Selat Avenue
019-772 4300

https://g.co/kgs/9MprDR

Salam Syawal gais!!!Hari ni Budak Muor akan mula beroperasi setelah sebulan offline. Kepada peminat2 mee bandung muar ya...
26/04/2023

Salam Syawal gais!!!

Hari ni Budak Muor akan mula beroperasi setelah sebulan offline. Kepada peminat2 mee bandung muar yang berada disekitar melaka jom ke SELAT Avenue ,Melaka bermula dr 6 ptg hingga 12 mlm.

24/02/2023
Jom ke selat avenue!!!
21/02/2023

Jom ke selat avenue!!!

Selat Avenue Melaka. Check out Budak Muor(mbbbudakmuor) LIVE videos on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from Budak Muor(mbbbudakmuor).

Maghi geng!!!!!!
20/02/2023

Maghi geng!!!!!!

Selat Avenue Melaka. Check out Budak Muor(mbbbudakmuor) LIVE videos on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from Budak Muor(mbbbudakmuor).

11/02/2023

Sari berita utama.. Buletin Selat Avenue..🤣

Tak tau nak makan mana bile datang melaka?mana tak nya..selang 100 meter confirm ade kedai makan melaka ni🤣syurga makanan hawau😜

Dah pening2 tu meh sini..Ni haaa port makan yang sedap, selesa , luas and harga mampu makan. Susah nak jumpa port yang ada semua ni kan?

Tak payah pening, jom ke SELAT Avenue ,Melaka dan
singgah ke kiosk BUDAK MUOR. Kami hidangkan Mee Bandung Muar yang terpaling ori dan Bubur Claypot Berlauk terpaling syahdu.

Sambil makan, boleh layan abang-abang busker menyanyi setiap hari. Nak sambut hari lahir, anniversary, nak abang busker nyanyikan pun boleh tau. Request je lagu 🙂

Yang nak datang dengan family dan kawan2 sangat digalak kan . Kalau nak healing makan sorang2 pun xde hal la 😝

Antara menu Mee Bandung Muar :
1) Mee Bandung Budak Muor
2) Mee Bandung Sotong
3) Mee Bandung Udang Galah
4) Mee Bandung Tulang Rusuk
5) Mee Bandung Gearbox🔥🔥🔥
6) Mee Bandung 7 Seas (2 Pax)

Antara menu Bubur Claypot Berlauk :
1) Bubur Claypot
2) Sotong Buncit
3) Udang Galah Butter Cream
4) Ikan Masin Bulu Ayam
5) Ikan Masin Tenggiri
6) Cendawan Enoki Goreng

Lokasi kami :

Selat Avenue
https://maps.app.goo.gl/Gac9BVyBT6o72eoKA?g_st=ic

Waktu operasi : 5 petang -12 malam

Untuk Tempahan dan sebarang pertanyaan hubungi
www.wasap.my/60197724300/meebandungbybudakmuor

Hari ni jom kita cerita sejarah asal usul Mee Bandung Muar😁*ASAL USUL NAMA MEE BANDUNG DI MUAR. (1959 )*Diceritakan semu...
10/02/2023

Hari ni jom kita cerita sejarah asal usul Mee Bandung Muar😁

*ASAL USUL NAMA MEE BANDUNG DI MUAR. (1959 )*

Diceritakan semula oleh Dato' Kamaruddin Abdullah
(Atas permintaan)

AnakJatiMuar

Kalau kita ke Bandung, Indonesia, kita tidak akan jumpa mi bandung. Juadah ini hanya terdapat di bandar Muar. Tahukah anda macam mana mi ini dinamakan mi bandung?

Cerita ini sudah saya ceritakan dahulu, tetapi oleh kerana ada beberapa permintaan, biar saya ceritakan sekali lagi.

Pada tahun 1959, setelah negara kita merdeka, Tunku Abdul Rahman telah menganjurkan satu pesta budaya serumpun diantara Malaysia, Indonesia dan Singapure. Di bandar Muar, ia telah diadakan dipanggung Cathay.

Ketika itu saya baru berumur 10 tahun.Saya masih ingat ketika itu, Indonesia membawa artist mereka yang popular iaitu Bing Selamat, Sam Saimun, Titeik Puspa dan beberapa yang handal lagi. Setelah habis persembahan mereka, ketiga tiga negara ini menyanyikan lagu popular negara mereka. Malaya menyanyikan lagu 'Rasa sayang hei', Indonesia menyanyikan lagu 'Ole ole bandung' dan Singapura menyanyikan lagu 'Gelang sipaku gelang'.

Setelah tamat persembahan, mereka semua mencari kedai untuk menjamu selera. Kebetulan, tidak jauh dari panggung Cathay, terdapat satu tempat yang bernama 'Kedai Siang Malam'.

Dikawasan ini terdapat sebuah restoran yang menjual sejenis mi yang diminati orang ramai.Kedai ini terletak diJalan Sisi dan tuan punya kedai bergelar Pak Ma'il Tenuk.

Walaupun ada yang sudah balek keHotel masing masing, ada beberapa artist yang berasa lapar dan ingin menjamu selera. Mereka semua jalan kaki menunju ke kedai Pak Ma'il Tenuk. Sambil berjalan jalan, mereka menyanyikan lagu 'Rasa sayang hei, Ole ole bandung dan Gelang sipaku gelang'.

Setelah sampai, mereka semua order mi tersebut dan sambil menunggu mereka menyanyi ketiga tiga lagu itu.

Apabila mi mereka sampai dan mula menjamu selera, seorang artist Indonesia cukup s**a rasanya lalu dipanggilnya Pak Ma'il', Dia bertanya, "Aduh Pak, enak sungguh mi ini. apa namanya mi ini Pak?"Pak Ma'il menjawab bawa mi ni tidak mempunyai nama khusus, hanya dipanggil mi kuah.

Artist itu mencadangkan dinamakan mi bandung oleh kerana apabila mi mereka sampai, mereka sedang menyanyi lagu 'Ole ole bandung'.

Semua ketawa dan bersetuju supaya mi kuah Pak Ma'il ini dinamakan 'Mi Bandung'. Mulai pada malam tulah tercipatnya nama Mi Bandung.

Jadi jika anda ke Muar, jangan lupa makan mi bandung dan sambil makan nanti, bolehlah nyanyi lagu 'Ole ole bandung' sebagai peringatan terciptanya nama mi ini. 🙂

Dato kamaruddin bin Abdullah adalah penulis buku "PAGES FROM MY PAST"

Menceritakan tentang kehidupan beliau di Daerah Muar era 50an dan 60an.

Kredit : Sejarah Muar

Jom mentekedarah mee bandung muar😜

Lokasi kami :

Selat Avenue
https://maps.app.goo.gl/Gac9BVyBT6o72eoKA?g_st=ic

Waktu operasi : 5 petang -12 malam

Untuk Tempahan dan sebarang pertanyaan hubungi
www.wasap.my/60197724300/meebandungbybudakmuor

Address

Selat Avenue
Malacca City
75400

Opening Hours

Monday 17:00 - 01:00
Tuesday 17:00 - 01:00
Wednesday 17:00 - 01:00
Thursday 17:00 - 01:00
Friday 17:00 - 01:00
Saturday 17:00 - 01:00
Sunday 17:00 - 01:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mee Bandung by BUDAK MUOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mee Bandung by BUDAK MUOR:

Share

Category