29/06/2026
❤️
Hari ini berlaku satu perkara yang membuatkan saya berfikir sejenak
Tiba-tiba ada 5 orang budak datang mencari saya dekat tempat kerja. Mereka sanggup naik bas semata-mata nak jumpa Dicky. Lepas tu merasa tester makanan mereka cakap
"Abang Dicky, sedap sangat... kami dah lapar. Boleh kami makan?"
Saya pun tanye la
"Korang ada berapa?"
Mereka kumpul duit, semuanya ada RM20. Saya kata
"Ok, selebihnya abang Dicky tambah."
muka mereka terus gembira sangat
"Terima Kasih Abang Dicky"
Dalam hati, saya sebenarnya bercadang nak buat beberapa lauk untuk mereka makan sampai kenyang, malah duit RM20 itu pun saya nak pulangkan semula.
Tapi ketika itu, ada seorang akak yang sedang makan di meja sebelah dengan keluarganya memanggil saya.
akak: "Dicky, biar akak yang bayarkan mereka. Tapi duit RM20 itu jangan dipulangkan. Biar mereka belajar bahawa di mana-mana pun kita makan, kita tetap perlu membayar."
Masa itu saya terdiam sekejap. Bila difikirkan semula, betul juga kata akak itu.
Membantu bukan bermaksud mengajar orang bergantung kepada pemberian. Kadang-kadang, bantuan yang terbaik datang bersama pengajaran.
Alhamdulillah, budak-budak itu tetap dapat makan dengan kenyang. Walaupun bukan mereka yang membayar sepenuhnya, Allah telah menggerakkan hati seseorang untuk memudahkan rezeki mereka.
Semoga mereka membesar menjadi anak-anak yang menghargai setiap rezeki, berusaha mencari rezeki yang halal, dan tidak lupa bahawa setiap nikmat datang daripada Allah.
Kadang-kadang, bukan sekadar perut yang kenyang. Tetapi hati dan fikiran juga mendapat satu pelajaran yang sangat berharga. ❤️🤲
Kalau suatu hari nanti adik-adik nampak post ini, abang Dicky nak titipkan satu pesanan.
Abang tak harap adik-adik ingat siapa yang belanja makan hari ini. Abang cuma harap, bila suatu hari nanti adik-adik sudah berjaya dan mampu, hulurkanlah bantuan kepada orang lain yang memerlukan.
Rezeki yang paling indah bukanlah rezeki yang kita simpan, tetapi rezeki yang kita kongsi. Semoga adik-adik berjaya dunia dan akhirat. ❤️ Kredit :-FB Dicky Yau