GIANT Fruity

GIANT Fruity Kami akan cuba menjadi sudut informasi Ilmiah anda.

Cara buang toksin didalam badan dan paru-paru. Nah cubalah hari ini.
28/01/2016

Cara buang toksin didalam badan dan paru-paru. Nah cubalah hari ini.

Masalah paru-paru amat sinonim bagi mereka yang bergelar perokok. Sesetengah orang mungkin turut mengalami masalah paru-paru sungguhpun mereka tidak pernah hisap rokok. Ada individu yang pernah menghabiskan umurnya selama 40 tahun dengan merokok tetapi mereka langsung tidak mengalami sebarang masala…

Tips menghilangkan rasa marah dalam islam 1) Ubah posisi duduk Apabila  kita sedang marah eloklah kita ubah posisi kedud...
22/01/2016

Tips menghilangkan rasa marah dalam islam

1) Ubah posisi duduk
Apabila kita sedang marah eloklah kita ubah posisi kedudukan kita . Contohnya bila marah dalam keadaan berdiri eloklah kita duduk supaya reda sikit marahnya tu . Seperti sabda Rasulullah SAW ,

"Apabila salah seorang daripada kamu marah , dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri maka hendaklah ia duduk . Kerana hal itu akan menghilang marahnya . Dan kalau tidak , maka hendaklah ia berbaring"(Riwayat Muslim)

2) Ambil wudhuk
Berwudhuk merupakan salah satu cara untuk menghilangkan marah . Sebab ia bagaikan api dan wudhuk itu sebagai air penyiramnya .

"Marah itu datangnya dari syaitan , dan syaitan itu diciptakan dari api , sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air . Oleh itu , apabila seorang daripada kamu marah , maka hendaklah ia berwudhuk"(Hadis riwayat Abi Daud)

3) Meminum air
Meminum air juga boleh meredakan rasa marah . Apabila minin air kita akan berasa lega dan dapat memberikan oksigen kepada badan .

4) Berdiam diri apabila marah
Bak kata orang , diam itu lebih baik . Memang ada benarnya . Apabila kita diam bukan sahaja dapat mengawal marah maka dapat mengawal diri daripada mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar .

5) Menyampaikan kemarahan secara positif. Apabila kita marah kita terdorong untuk meninggikan suara . Tapi seeloknya kita kawal ia baik-baik . 'Try to slow talk' dan tidak memekik atau bersikap garang .

6) Calm and take a deep breath in
Bawa bertenang dan tarik nafas dalam-dalam pun bagus untuk menghilangkan rasa marah . Bila tarik nafas dalam-dalam kita dapat mengumpulkan oksigen ke otak . Otak akan rasa segar sekaligus dapat merungkai masalah dan melepaskan tekanan yang ada .

7) Keluar dari rumah
Keluar dari rumah juga merupakan satu cara untuk menghilang rasa marah . Bila marah tu sudah tidak tertahan eloklah keluar rumah ambil angin . Dikhuatiri bila duduk rumah lain p**a jadinya .

P/s Ingatlah apabila kita sedang marah , syaitan sedang menguasai diri kita . Api marah terus disemarakkan . Andai anda seorang yang pemarah berdoalah .
Doa mengurangkan rasa marah

" Aku berlindung dari kepada Allah dari syaitan terkutuk . Ya Allah , ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk"

Daddy..daddy.
21/01/2016

Daddy..daddy.

8 Khasiat Dan Kelebihan Buah Belimbing1. Boleh dijadikan pelbagai jenis produkBuah belimbing besi dimakan segar. Sebahag...
21/01/2016

8 Khasiat Dan Kelebihan Buah Belimbing

1. Boleh dijadikan pelbagai jenis produk

Buah belimbing besi dimakan segar. Sebahagiannya diproses dan dijadikan pelbagai jenis produk seperti minuman segar serta kordial, jem , gula-gula buah, sos buah, buah kering, campuran hirisan buah di dalam sirap atau jus , halwa dan sebagainya. Buah belimbing muda boleh dijadikan jeruk.

2. Sumber Nutrisi yang baik

Di samping sebagai sumber nutrisi yang baik, buah belimbing besi muda juga digunakan untuk pencegahan bahkan terapi pelbagai macam penyakit, antara lain bermanfaat dalam Menurunkan tekanan darah, anti kanser, menurukan kolestrol dan membersihkan usus

3. Kaya dengan vitamin c

Buah belimbing besi merupakan sumber vitamin C yang baik, juga zat besi dan zat kapur.Belimbing dapat digunakan sebagai anti oksida yang berfungsi mencegah penyebaran sel kanser. Belimbing Besi-Baik untuk pesakit darah tinggi - sumber Mingguan Wanita April04

4. Membantu menurunkan kolestrol

Pada dinding sel belimbing terdapat pektin yang merupakan bahan pembentuk gel di dalam usus. Terbentuknya gel tersebut mempunyai pengaruh menurunkan kolestrol. Dalam hal ini pektin mengikat kolestrol dan asid hempedu dalam usus serta mendorong pengeluarannya.

5. Mencegah penyakit darah tinggi

Belimbing juga berfungsi sebagai ubat darah tinggi.Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar selalu berada dalam keadaan yang normal. Penghidap penyakit tekanan darah tinggi boleh meminum air parutan buah belimbing setiap duahari sekali. Caranya buah belimbing yang cukup besar dan sudah setengah matang diparut halus , kemudian diperah airnya sebanyak satu gelas.Minumlah setiap pagi hari selama satu bulan.Setelah satu bulan minum air belimbing dua hari sekali. Dikatakan tekanan darah tinggi akan menjadi normal apabila seseorang itu rajin meminum air belimbing. Tapi yang harus diingat , jengan sekali-kali mencampurkan air perahan belimbing dengan gula pasir atau sirap kerana ia akan menimbulkan kesan yang sebaliknya.

6. Membantu menghentikan pendarahan dan mengurangkan deman panas

Di India buah belimbing yang masak digunakan untuk menghentikan pendarahan. Sementara buahnya yang telah kering digunakan untuk mengurangkan demam panas. Buah yang telah diawet p**a digunakan oleh masyarakat india untuk meredakan cirit-birit dan mabuk kerana pengambilan alkohol berlebihan.

7. Mengubati penyakit mata dan elok merawat masalah buah pinggang

Minyak yang diektrak dari buah dijadikan ubat mengubati penyakit mata . Di Negara Brazil p**a, pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang dan pundi kencing sering dinasihatkan agar mengambil buah belimbing. Masyarakat negara itu juga percaya bahawa buah tersebut elok untuk penderita ekzema.

8. Sesuai untuk mengatasi masalah muntah-muntah dan sakit kepala.

Chinese materia medical ada menyatakan bahawa rebusan buah dan daun belimbing elok diminum untuk mengatasi masalah muntah-muntah. Daunnya diramas dan diletakkan di atas dahi untuk menghilangkan sakit kepala. Sementara pucuk dan daun yang dihancurkan diletakkan di atas cacar dan ringworm (kurap).

A good article to share... Sekadar perkongsian Sejenak bersama Datin Sharita...(Pakar pemakanan)HKL mengembalikan banyak...
21/01/2016

A good article to share...

Sekadar perkongsian Sejenak bersama Datin Sharita...(Pakar pemakanan)

HKL mengembalikan banyak kenangan... Saya berpindah ke HKL pada penghujung tahun 1993, ketika pregnant kan my eldest... Cepat masa berlalu... Now she already in Canada studying...

Rasa macam baru sangat saya terboyot-boyot bawa perut ke wad tengok pts, masa tu tak ramai Dietitians, so banyak kena ronda, cover area yg agak luas... Time flies...

Bila kita bekerja dgn org sakit...kita always appreciate life... Kita dapat lihat how short the life is...

Ada orang, menabung... kerja kuat, simpan duit untuk hari tua... Tapi kita pun tak tahu, berapa lagi sisa umur yg kita ada setelah kita berpencen...

Dulu saya ada sebut sepintas lalu tentang seseorang yg saya kenal... Our staff actually... Sepanjang kerja, selalu on time, tidak bermasalah... Work hard... All his life was working...

Seorang yg sihat tubuh badan, jarang sangat nak tengok dia MC... Sebelum nak berpencen tu, dia ada jumpa saya... Saya tanya, apa dia nak buat bila pencen? Dia kata kerja dekat 30 tahun, nak la merasa relax, nak habiskan masa dgn wife nanti...

Kita hanya merancang... Beberapa bulan selepas pencen, beliau mula tak sihat... Masuk keluar hospital... Mula tu ingat ada batu karang kat hempedu, sebab simptom sakit kuning (jaundice) timbul...

Semasa melawat beliau, nampak kulit dia kekuningan...mata pun ada sikit kuning... Setelah ujian dijalankan beliau disahkan ada kanser hati... Refer ke Hospital Selayang...yg sememangnya pusat rujukan utk hepar...

Beberapa bulan down the line, keadaan dia semakin teruk... Cepat sel kanser tu merebak... Akhirnya beliau lost his battle to kanser hati... Not even a year after pencen... Rasanya beliau tak sempatpun enjoy duit hadiah pencen...

Itu la...perancangan kita lain, perancangan Allah lain... Kita ingat kita kumpulkan duit, bila pencen, kita dapat bawa isteri jalan-jalan... Habiskan sisa hari tua bersama anak cucu...

Namun tiada yg pasti dalam hidup ni... Life as we know it...boleh ended without notice...

Oleh itu, setiap hari, setiap nafas yg kita ambil, jangan lupa bersyukur... Celebrate life, let org sekeliling kita tahu we love them...

Sekali sekala, jangan menyesal bila kita gunakan duit hasil titik peluh,untuk bersedekah, uhtuk keluarga... ..untuk bawa anak-anak keluar makan... Kerana kita tak tahu mungkin today is our last day to be with them...

Just Love the people around you that matter most to you..


24 TANDA-TANDA HATI KOTOR(Pesanan Ustaz nadhil putra alam syah )1. Gelisah walaupun tiada masalah2. Selalu berbangga den...
20/01/2016

24 TANDA-TANDA HATI KOTOR

(Pesanan Ustaz nadhil putra alam syah )
1. Gelisah walaupun tiada masalah
2. Selalu berbangga dengan diri sendiri
3. Angkuh dengan pandang hina terhadap semua orang
4. Sombong dan bongkak
5. Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya
6. S**a mengumpat dan membuka aib orang lain
7. Gembira melihat oranglain susah dan rendah daripada dirinya.
8. Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.
9. S**a menyakiti hati orang dengan sindiran
10. Berlagak alim semata - mata untuk dipuji orang
11. Menyampaikan ilmu dengan riak
12. Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain
13. Berpakaian elok untuk dipuji
14. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa
15. Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang)
16. S**a menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yg ada
17. Solat yang tidak boleh khusyuk
18. Kagum terhadap diri sendiri
19. Selalu mencari salah orang
20. Cinta kepada duniawi dan materialistik
21. Mudah bersangka buruk terhadap orang
22. Membesar besarkan hal yang remeh temeh
23. S**a bergosip dan menabur fitnah
24. Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi

Tips untuk murid bermasalah....mohon utk parents praktikkn utk ank2😘Tips ini dikongsi bersama oleh Pn. Zarina Madzhar (F...
19/01/2016

Tips untuk murid bermasalah....mohon utk parents praktikkn utk ank2😘

Tips ini dikongsi bersama oleh Pn. Zarina Madzhar (Fasi LINUS) untuk murid yang menghadapi masalah:

1) Lambat menulis:

Penyelesaian- Dapatkan tilam/ sesuatu yang lembut dan suruh murid lompat bintang di atas tilam tersebut (sekolah selalunya ada tilam untuk Pendidikan jasmani; boleh digunakan)

Sebab: Bila tangan dihayunkan, ia menggerakkan otot-otot tangan...

2) Murid Pelat:

Penyelesaian: Suruh murid bergayut ( contohnya di monkey bar) sambil itu murid menyebut perkataan yang sukar disebut.

Sebab: Tekanan pada badan memaksa murid untuk mengeluarkan/menyebut perkataan yang disuruh dengan betul.

3) Murid lambat bercakap.

Penyelesaian: Minta murid melakukan aktiviti turun naik tangga. Lakukan aktiviti meniup belon. Bubbles. Minum menggunakan straw.

Sebab: longgarkan artikulasi murid

4) Murid yang mempunyai tulisan buruk:

Penyelesaian: Beri murid pensil yang berbentuk segitiga.

Sebab: Mudah digenggam/grip oleh murid.

5) Murid hiperaktif

Penyelesaian: Cari berus yang lembut, gosok pada badan murid tersebut.

Sebab: Murid hiperaktif mempunyai deria sentuh yang kurang.. bila disentuh dengan berus lembut, ia akan menenangkan murid tersebut.

Boleh cuba.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur:1. Membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk Dari Jabir ...
19/01/2016

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur:

1. Membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk
Dari Jabir bin Abdullah, Beliau berkata:
“Rasulullah tidak akan tidur hingga beliau membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Mulk” (HR Ahmad, Tirmidzi, Nasai dan Hakim dalam Sahih al-Jami’ dan Silsilah Ahadis As-Sahihah).

2. Nabi SAW memberi peringatan agar mengkebutkan (membersih atau kibas) tempat tidur kita. Ini berdasarkan hadis:
Dari Abu Hurairah dia berkata Nabi SAW bersabda :
” Jika seseorang kalian pergi ke katil tidurnya, hendaklah ia mengibas atau membersihkan katilnya dengan bahagian dalam sarungnya, kerana dia tidak mengetahui apa yang ada di sebalik katilnya. Setelah itu ia berdoa ” Dengan nama-Mu, wahai Rabbku, aku letakkan badanku, dan dengan nama-Mu pua aku bangkit kembali, dan Jika Engkau tahan jiwaku, maka rahmatilah ia. Jika engkau biarkan lepas, maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga jiwa-jiwa hambaMu yang soleh.” - Hadis riwayat al-Bukhari no. 6320, Muslim no. 2714.

3. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

4. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 34 kali.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Fatimah meminta kepada nabi s.a.w seorang khadam (pembantu) dan mengadukan bahawa beliau terlalu penat bekerja. Jawab nabi s.a.w :”Engkau tidak akan mendapatkannya daripada kami. Mahukah engkau kutunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada seorang khadam? Iaitu, tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali ketika engkau hendak tidur.” (Muslim).

5. Baca 3 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian sapu kedua-dua tapak tangan ke seluruh bahagian tubuh yang dapat dicapai, dimulakan dengan kepala, muka, belakang, dan dilakukan sedemikian sebanyak tiga kali. (Mafhum daripada hadis yang direkodkan oleh Bukhari).

6. Niat untuk bangun Tahajjud. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang. Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyam al-Lail, no: 1763. Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang (berniat) akan mengerjakan solat malam, lalu tertidur, Allah pasti menulis untuknya pahala solat malam dan tidurnya merupakan sedekah untuknya.

7. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ibnu Hibban: Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, tidur pada pakaiannya malaikat. Maka ia tidak bangun (ketika terjaga) kecuali berkata malaikat (berdoa): “Ya Allah berilah keampunan kepada hambaMu sifulan (disebut nama oleh malaikat dalam doanya ini) kerana sesungguhnya ia telah tidur dalam keadaan suci.

8. Membaca do'a tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga. Berdasarkan hadith riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah): Adalah Rasulullah SAW apabila masuk tidur Baginda membaca:
بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَحْيَا وَأَمُوْتُ
(Dengan namaMu Ya Allah aku hidup dan mati)

9. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah p**i dan dalam hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), Ibnu as-Sunni dari Hafshah RA katanya: Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila hendak tidur, meletakkan tangan kanannya dibawah p**inya kemudian membaca sebanyak tiga kali:
اللَّهُمَّ قِنِى عَذَابَكَ يَوْمَ تَبْعَثُ عِبَادَكَ
Maksudnya: Ya Allah, peliharalah aku dari azabMu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hambaMu.

10. Membaca Surah al-Kaa-firun
Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasai (didalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah), ad-Darimi, Ibnu Hibban, al-Hakim, Ibnu as-Sunni: Apabila kamu berbaring ditempat tidurmu maka bacalah “al-Kaa-firun” kemudian tidurlah di atas penyudahnya kerana sesungguhnya ia adalah perlepasan dari syirik.

11. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.

12. Jika mimpi buruk . istiqfar 3x (buat isyarat ludah ke sebelah kiri) dan balikkan bantal Jika mimpi yang baik, buat sujud syukur dan solat hajat. Semoga Allah memperkenankan.

13. Menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan Imam Nawawi dan Imam Ibn Hajar meriwayatkan, sunat menyapu kesan-kesan tidur yang terlekat pada muka dengan menggunakan tangan apabila bangun daripada tidur. Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:
Daripada Ibn ‘Abbas RA katanya:
Maksudnya: “Suatu malam dia pernah tidur di rumah Maimunah isteri nabi SAW yang juga merupakan emak saudara beliau, lalu saya berbaring di hujung tempat tidur, dan Rasulullah SAW bersama isteri baginda berbaring di sepanjang tempat tidur, Rasulullah SAW tidur sehingga pertengahan malam atau sebelum atau selepasnya sedikit, baginda bangun, dan duduk sambil menyapu tidur (kesan tidur) dari muka baginda dengan tangan.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)

14. Membaca do'a sesudah bangun dari tidur:
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit

15. Perkara yang perlu dilakukan sesudah bangun dari tidur.
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Apabila salah seorang dari kalian tidur, maka syaitan mengikat tiga ikatan di atas kepalanya. Setiap ikatan diikat dengan berkata ‘Malam masih panjang, tidurlah’.

(a). Jika ia bangun lalu berzikir kepada Allah, maka lepaslah satu ikatan.
(b). Jika ia berwudhuk, maka lepaslah ikatan yang lainnya dan
(c). Jika ia mengerjakan solat maka lepaslah semua ikatannya (ikatan syaitan itu).

Sehingga pada pagi harinya (apabila bangun dari tidur) ia berjiwa lapang dan bersemangat. Sedangkan jika ia tidak melakukan hal tersebut (bangun malam lalu berzikir, berwudhuk dan solat) maka pada pagi harinya, jiwanya akan buruk dan malas.” [1606]

16. Bersugi.
"Rasulullah SAW, apabila bangun daripada tidur, beliau menggosok giginya menggunakan siwak (kayu sugi)"
(HR Bukhari dan Muslim)
Ini hanya sedikit sahaja amalan-amalan dari Rasulullah saw dan banyak lagi yang terdapat dalam hadis-hadis sahih yang lain. Sekiranya kita tidak mampu buat semua perkara di atas, janganlah p**a kita meninggalkan semuanya. Berusahalah buat sekadar yang termampu. InsyaAllah moga-moga Allah mempermudahkan. Peringatan : Saat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam melihat seorang sahabatnya yang tidur meniarap, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengejutnya seraya bersabda: “Bangunlah! Ini ialah posisi tidur yang dibenci oleh Allah.” (Sahih Adab Al Mufrad – Karangan Imam Bukhari)
- Secara umumnya ada 4 cara tidur...yang mana satukah pilihan sahabat semua?

1. Tidur Para Nabi
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi

2. Tidur para Ulama' dan ahli Ibadah
Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga bagi solat malam

3. Tidur para raja yang haloba
Mengiring ke sebelah kiri untuk dicernakan makanan yang banyak dimakan

4. Tidur Syaitan
Menelungkup/meniarap seperti tidurnya ahli neraka

p/s: Insyaallah moga-moga kita istiqamah.

Promo! Promo!Free.. Free...free...Grassjelly topping..untuk setiap cup!!
19/01/2016

Promo! Promo!
Free.. Free...free...Grassjelly topping..untuk setiap cup!!

18/01/2016

Jika Semuanya Milik Allah.. Apakah Sebenarnya Yang Aku Ada ?

Suatu hari sang guru bertanya kepada murid-muridnya.

Siapa yang jadikan mata kita ?

Mereka menjawab : Allah

Lalu sang guru katakan : Lalu apakah yang telah kita perbuat dengan dua biji mata ini ? Adakah sebagai alat untuk melihat perkara yang baik ataupun perkara yang jahat ?

Mereka : (terdiam)

Sang guru tambahi lagi : Apa yang akan jadi sekiranya penglihatan ini diambil olehNya? Selama ini Allah memberi nikmat mata untuk melihat pemandangan yang cantik dan indah. Alam ini dilimpahi dengan pelbagai warna yang menarik hati serta pelbagai hidupan yang menghiasinya.

Suatu hari nanti... jika kita bangun. Alam ini terasa gelap dan pekat. Rupa-rupanya sudah hilang nikmat penglihatan yang diberikan. Sedangkan selama ini kita tidak bersyukur dengan pemberianNya. Adakah selepas ini baru hendak menyesal ?

------------------

Cuba awak rasa lidah dengan menggunakan jari.

Mereka : (memegang lidah masing-masing)

Sang Guru berkata : Allah memberi rasa masam, masin, manis, pahit dan pelbagai lagi rasa yang berlainan melalui lidah.

Mereka kata : Ya Ustaz.. benar (masing-masing menganggukkan kepala)

Sang Guru berkata : Tetapi mengapa kita gunakan lidah untuk berkata kesat, memaki hamun, berkata bohong ? Bukankah dengan lidah ini kamu pernah menghina guru-guru yang mengajarkanmu ? Bukankah dengan lidah ini kamu telah membentak dan menjawab kata-kata ibu dan ayahmu serta berkali-kali membohongi mereka berdua ?

Bukankah sudah diperingatkan oleh RasuluLlah agar menjaga lidah ? Bukankah kita perlu menjaga apa yang ada di antara 2 rongga mulut manusia iaitu lidah ? Dengan lidah ini juga boleh menyebabkan kita tercebur ke dalam neraka ?

Mereka : (tertunduk dan perlahan-lahan mengalirkan air mata)

-----------------------------------------------------------------

Cuba lihat dua tangan yang Allah beri, dan lihat baik-baik alangkah cantiknya kurniaan Allah.
Dia memberi tangan agar kita dapat merasa, memegang, menyentuh dan sebagainya.

Mereka : (melihat tangan masing-masing, diperhati telapak tangan sambik berfikir)

Sang guru berkata : Adakah kita sudah menggunakan tangan dengan betul ? Bukankah ada tangan-tangan yang merosakkan meja sekolah ? memukul kawan ? menulis surat cinta ? mencuri ?

Mereka : benar ustaz... Ya Allah... ampunkanlah dosa kami....

Sang Guru : Allah memberi sepuluh jari tangan, sepuluh jari kaki dalam keadaan yang sempurna. Sudahkah kita menengadahkan tangan meminta keampunan kepadaNya ? Menyatakan syukur terhadapNya atas segala nikmat yang tidak mampu ditulis hatta kering 7 lautan ?

Mereka : (air mata semakin meluncur laju). Ya Allah... Aku sudah banyak buat dosa kepadaMu.. Aku sombong padaMu Ya Allah.....

-----------------------------------------

Lihatlah p**a kedua kaki yang dikurnia oleh Allah. Kita boleh berjalan, berlari, bergerak dengan mudah ke sana sini.

Mereka : (memegang kaki masing-masing sambil mengusap-usap jejari kaki)

Sang Guru : Lalu apa yang kita perbuat dengan kaki yang ada ? Kita gunakan untuk ponteng sekolah, pergi ke tempat-tempat maksiat, menendang kawan dan sebagainya. Adakah itu tujuan kaki kita dijadikan ?

Mereka : (menutup mata sambil teresak-esak, semakin kuatlah jerit tangis memikirkan kesalahan yang telah dilakukan selama ini).

Sang Guru : Jika Allah ambil balik mata kepunyaanNya ? Jika Allah tarik balik kaki yang dipinjamkanNya? Jika Allah hilangkan rasa pada lidah ? Jika Allah ambil satu jari dari apa yang kita ada ?

Wahai diri... engkau faqir dan Allah itu Maha Kaya. Maka mengapa engkau masih menyombongkan diri kepadaNya?

Semuanya milik Allah..terkadang kita lupa akan hakikat kematian.
18/01/2016

Semuanya milik Allah..terkadang kita lupa akan hakikat kematian.

Assalamualaikum and great morning uolls... We are open from 10am to 9.30pm, Monday to Sunday. Fresh up your thirsty with...
18/01/2016

Assalamualaikum and great morning uolls...
We are open from 10am to 9.30pm, Monday to Sunday. Fresh up your thirsty with simply smoothies dices!!

Address

Kiosk No: 21, Pintu F, Bus Express Area
Malacca City
75400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GIANT Fruity posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share