10/08/2024
P E M B A W A T U A H ?
Hai Salam Semua... Harini posting ZN maybe agak santai sket....
Tadi masa tengah scroll phone keluarlah gambar 'Hari Ini Pada Tahun Lepas' (10.8.2023).. Gambar Meow ZN yang Kami namakan dia ' Abang'. Kehadiran Abang dalam 'keluarga' kami ada kisah dan sejarah dia... Tapi bukanlah itu yang ZN nak cerita hari ni...
ZN teringat kisah seorang Chef dan pengusaha bidang F&B jugak kat Malaysia ni tentang kucing... Mungkin ada yang kenal atau pernah dengar kisah dia... di mana ketika pada satu masa beliau tgh pokai, down, buntu.. telah datang seekor kucing meminta makanan... katanya ketika itu beliau hanya tinggal RM10 dalam tangan.. kerana kasihan beliau telah berbagi dua dgn kucing tersebut.. maknanya sorang RM5 utk membeli makanan... ketika itulah beliau meminta agar kucing tersebut mendoakan agar perniagaan beliau berjaya... sejak itu beliau mula menjaga kucing tersebut dan alhamdulillah mungkin asbab dari kejadian itu perniagaan beliau terus maju dan maju....
Baru sebentar tadi terbaca p**a kisah seorang rakan wartawan yg terkenal di Malaysia ni.. kisah beliau mula membela seekor kucing.. beberapa tahun lepas beliau pernah mendapat penyakit dan mengalami stress yg agak teruk.. Setiap kali p**ang rumah akan datang seekor kucing 'liar' yg akan menemani beliau sampai ke pintu rumah.. tanpa meminta makanan ataupun masuk ke rumah kucing itu akan berlalu... kadang kala beliau akan bersendirian duduk di tepi tangga luar rumah kerana stress.. kucing tersebut akan datang menemani sambil duduk di kaki... akhirnya kucing tersebut berjaya menjadi 'Mem Besar' dalam rumah beliau... hidup beliau semakin sihat dan ceria...
Sebenarnya kehadiran 'Abang' juga ada membawa Tuah.... Tapi untuk harini ZN belum nak cerita lagi... hihihi... Nantilah kalau rasa teringin nak kongsi... Cuma ZN nak berpesan2 berbuat baiklah pada setiap makhluk Allah.. Mereka dihantar kepada kita bukan saja2.. Ada sebab atau Rahsia yang tidak kita ketahui... Tidak semestinya Kucing... Mungkin makhluk lain.. ntah ayam ke.. angsa ke... kuda ke.. zirafah ke...
Apapun dalam rezeki kita mungkin ada hak 'orang' lain.. kita hanya sebagai pemegang amanah saja..
OK.. tu je kisah hari ni... sapa2 nak order Daging Dendeng Ala Bali dgn Rendang Padang... roger2 ya..
Sedap.. Sedap.. Pasti Di Rindui....
ZN