06/03/2025
﷽
Assalamualaikum
[RINGKASAN JUZUK 4 SEMPENA HARI KE EMPAT RAMADAN 1446H ]
(4 Ramadan 1446H | 5 Mac 2025)
[ Juz 4 ]
Ringkasan Juz keempat bermula daripada Surah al-Imran ayat 92 dan berakhir pada ayat 23 Surah an-Nisa’.
1) Orang-orang Kristian telah menentang umat Islam. Oleh itu, Allah SWT mengarahkan Rasulullah SAW untuk mengeluarkan cabaran Mubahalah kepada mereka.
- Mubahalah bermaksud dua pihak yang saling memohon dan berdoa kepada Allah supaya menurunkan laknat dan membinasakan pihak yang batil atau mendustai kebenaran. Mubahalah berlangsung antara kedua belah pihak dengan membawa keluarga masing-masing dan disaksikan oleh kaum muslimin.
- Walaubagaimanapun, kump**an Kristian yang telah dicabar oleh Rasulullah SAW tersebut telah lari ketakutan daripada menerima cabaran tersebut.
2) Sebahagian daripada Surah al-Imran membincangkan dua peperangan iaitu peperangan Badar dan peperangan Uhud.
- Semasa Perang Badar berlaku, bilangan tentera kaum muslimin hanyalah 313 orang dan tidak mempunyai sebarang senjata yang mencukupi untuk melawan tentera kaum Musyrikin. Sebaliknya, bilangan tentera kaum Musyrikin seramai lebih seribu orang dan mempunyai senjata yang mencukupi untuk melawan tentera Islam.
- Walau bagaimanapun, Allah telah menghantar pertolongan beribu-ribu malaikat untuk membantu tentera Islam dan mereka telah berjaya mengalahkan pihak musuh.
- Untuk membalas dendam kekalahan di Badar, kuasa besar kaum Musyrikin Makkah telah berkumpul untuk menyerang kaum Muslimin di Madinah pada tahun berikutnya.
- Rasulullah SAW telah mengatur strategi yang terbaik di dalam menghadapi kemaraan musuh.Kedua-dua tentera ini bertembung dan bertempur dalam satu pertempuran yang hebat dan pada permulaannya tentera Islam telah mencapai kemenangan.
- Namun begitu, kemenangan peringkat pertama yang dicapai itu hanya sementara sahaja akibat daripada kelalaian tentera pemanah yang meninggalkan tempat mereka kerana tidak sabar melihat para tentera Islam yang lain memungut harta rampasan dan mereka terlalu yakin bahawa tentera Islam telah pun menang.
- Hasil daripada kelalaian tentera Islam, kemenangan tersebut telah bertukar menjadi kekalahan pahit manakala Rasulullah SAW mengalamai kecederaan yang serius pada bahagian muka baginda.
- Kaum munafik juga mengadakan persepakatan dan membuat segala usaha yang menyebabkan perpecahan barisan umat Islam.
3) Di dalam juzuk ini juga, di dalam Surah an-Nisa, Allah telah menunjukkan kelemahan kaum Muslimin dan menyediakan langkah-langkah untuk membetulkan mereka.
4) Allah juga telah menyebut orang-orang yang salah tafsir ayat-ayat daripada al-Quran untuk memenuhi kepentingan mereka. Justeru, Allah telah memberi amaran tentang azab seksa yang amat berat kepada mereka.
5) Allah juga melarang orang Islam daripada mengambil orang kafir sebagai rakan yang menyimpan rahsia mereka.
6) Allah juga memerintahkan untuk menyerahkan kesemua harta anak yatim jika mereka telah baligh dan memberi ancaman bagi mereka yang menggunakan harta tersebut.
7) Allah juga menyatakan bahawa keluarga dan kekayaan seseorang merupakan ujian bagi orang Islam.
8) Allah mendesak orang Mukmin untuk sentiasa tetap berpegang teguh dalam medan perang apabila berhadapan dengan musuh.
9) Allah juga memuji sikap lemah lembut dan watak baik Rasulullah SAW terhadap umat Islam yang merupakan salah satu faktor penyumbang ke arah penyebaran Islam.
10) Allah juga menjelaskan bahawa seorang lelaki adalah terhad hanya mempunyai empat isteri pada satu masa. Namun, Allah juga telah menjelaskan bahawa seorang lelaki lebih baik hanya mempunyai seorang isteri jika dia takut bahawa dia tidak akan mampu untuk berlaku adil terhadap isteri-isteri mereka.
11) Allah juga telah memerintahkan kaum lelaki untuk bergaul baik dengan isteri mereka dan larangan untuk mengambil kembali mahar yang telah diberikan kepada mereka.
12) Allah juga telah menetapkan bahawa apabila empat orang saksi telah memberi keterangan kepada penyaksian sebarang perbuatan larangan, mereka yang didapati bersalah mestilah dikenakan hukuman berat.
13) Allah juga menekankan kepentingan bertaubat. Allah akan menerima taubat seseorang yang ikhlas dan bersungguh-bersungguh meminta keampunan dosa sehingga ajal seseorang belum sampai ke kerongkong.
Wallahua’lam.
Sumber: Tafsir Ibn Kathir
Moga Hari Kita Dipenuhi Dengan Masa Dan Amalan Yang Berkat dan Moga Allah SWT Memberi Kita Pemahaman Yang Sebaik-Baiknya.
Jemput Join & Support Media Sosial Pusat Produk Muslim Maran 😍
Group Telegram:
https://t.me/+tjnKBxOf7woxNGVl
Facebook:
https://www.facebook.com/profile.php?id=100013826889488&mibextid=ZbWKwL
Tiktok:
https://www.tiktok.com/?_t=8oc4yiBetsr&_r=1
Terima Kasih👍