Resepi Viral Terkini

Resepi Viral Terkini Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Resepi Viral Terkini, Food & Drink, PT 7745 Kampung Gong Merawang, Rhu Muda, Marang.

Petang di office boleh jadi boring, kan? Apa kata ceria-ceriakan dengan Choco Lava Teega!
22/08/2024

Petang di office boleh jadi boring, kan? Apa kata ceria-ceriakan dengan Choco Lava Teega!

IKAN TONGKOL MASAK KICAP BERCILIBahan-Bahan:2 ekor ikan tongkol@ikan aye – Gaul sedikit garam dan kunyit kemudian goreng...
16/08/2024

IKAN TONGKOL MASAK KICAP BERCILI

Bahan-Bahan:

2 ekor ikan tongkol@ikan aye – Gaul sedikit garam dan kunyit kemudian goreng, angkat dan toskan
3 kuntum bunga lawang
1 pcs asam keping
Sedikit kicap manis (saya guna brand kipas udang)
Sedikit kicap masin
2 cawan air (untuk kuah)
1 sudu teh gula pasir (tak nak letak pun tak pa sebab dah ada kicap manis)
1/2 sudu teh garam
1 batang serai diketuk (takde pun takpe)
3 senduk minyak
Sedikit bahan perasa

Bahan Kisar:

2 biji bawang besar
4- 5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 sudu besar jintan manis
10-15 tangkai cili kering
+ Kisar semua bahan ini dengan 1/2 cawan air

Bahan Hiasan:

1 biji bawang besar potong bulat
10 pcs cili padi
1 pcs cili besar merah
Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, masukkan bunga lawang dan serai. Apabila serai dah layu, masukkan bahan kisar, gula, garam, asam keping dan sedikit bahan perasa. Tumis hingga betul-betul naik minyak dan garing.

2. Seterusnya, masukkan kicap manis (lebih) dan sedikit kicap masin, kacau-kacau. Masukkan air, apabila kuah dah mendidih masukkan ikan. Biar mendidih ganas dan kuah mula pekat, bolehlah masukkan bawang dan cili padi.

3. Akhir sekali, sesuaikan rasa. Kalau kurang masin tambah sikit kicap masin. Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.

Resepi Oleh: Mariana Zainal

Resepi Mee Rebus Daging MekZaBahan-Bahan:1 peket mee kuning1kg  dagingAir rebusan dagingCili kisar Tomato puree1sdb  ser...
16/08/2024

Resepi Mee Rebus Daging MekZa

Bahan-Bahan:

1 peket mee kuning
1kg daging
Air rebusan daging
Cili kisar
Tomato puree
1sdb serbuk kari daging
1sdk serbuk kunyit
Sedikit belacan
Kiub pati ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk jintan halus, manis, lada putih
(campur bahan ni jadikan satu sudu makan besar)

Bahan Tambahan:

Limau kasturi
Telur rebus
Cili merah/cili hijau
Daun sup
Bawang goreng
Taugeh
Tauhu goreng

Bahan Kisar Halus:

4biji bawang merah
5ulas bawang putih
Sedikit halia
Keledek merah dan kentang
Belacan
Udang kering (optional, mekza tak letak sebab suami mekza alah dengan udang kering ni)

Cara Memasak:

1. Rebus daging sampai empuk, kemudian daging dipotong kecil dan ketepikan air rebusan daging tadi. Masukkan semua bahan kisar, serbuk rempah dan cili kisar ke dalam periuk dan tuang dalam 500ml air, masukkan air rebusan daging serta kacau kuah.

2. Kacau semua bahan sehingga sebati, baru masukkan daging yang telah dipotong, biarkan kuah hingga mendidih, masukkan garam, gula, pati ikan bilis. Masak sehingga ianya secukup rasa.

Hidangkan kuah bersama mee kuning dan bahan tambahan.

Kredit kpd tuan punya resepi...

Cucur Garing!!!Resepi Cucur Garing Namatey tahap bole jual!!!✖️Tanpa telur!✖️Tanpa baking powder!✖️Tanpa soda!✖️Tanpa ai...
13/08/2024

Cucur Garing!!!

Resepi Cucur Garing Namatey tahap bole jual!!!

✖️Tanpa telur!
✖️Tanpa baking powder!
✖️Tanpa soda!
✖️Tanpa air batu!

Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung pulut

*Gandakan tepung jika nak buat bnyk. Garam, gula, serbuk perasa bancuh dgn air.

*Air 170ml

Bahan sampingan (optional)z;

Jagung
Udang cincang kasar
Bwg merah potong dadu
Daun bwg/daun kucai
Lobak potong dadu

Cara buat:

Letak jer la bahan apa yg ada dalam peti sejuk tu, nak tambah sayur pun boleh.

Satukan bahan-bahan, pastikan adunan kental, kemudian jemput dengan jari dan goreng dengan minyak yg banyak.

*Sebaik-baiknya jangan guna sudu, guna jari lagi best! Tapi pastikan cuci tangan dulu la😂 atau guna sarung tangan k.

Hanya guna tepung jer, memang rangup wlupun dah sejuk!!!

Resepi Oleh: Nana Sabrina Sarsan

Resepi Donut Kampung Gebu Guna Sukatan CawanBahan A:4 1/2 cawan tepung Gandum (takde cawan metrik guna ja cawan kopi kat...
13/08/2024

Resepi Donut Kampung Gebu Guna Sukatan Cawan

Bahan A:

4 1/2 cawan tepung Gandum (takde cawan metrik guna ja cawan kopi kat rumah tu)
3 sudu besar susu tepung (saya tambah nak bagi sedap lagi) resepi asal dulu tak letak pun.
3 sudu besar marjerin Pelangi
2 biji telur (nak letak sebiji sahaja pun boleh)
1 sudu teh ovallete (Ditambah) Tak letak pun boleh je. Sebab dulu-dulu buat tak letak pun ovallete)
1/2 sudu teh garam halus

Bahan B:

11 gram yeast instant (saf yeast)
2 sudu besar susu pekat manis (lebih kurang tak jadi masalah)
1 sudu besar gula
200 ml air suam
Bancuh semua bahan dan biarkan sekitar 10 minit. Biar sehingga berbuih.

Bahan Salutan:

Gula putih yang di blend halus
Susu tepung full cream (Jika nak rasa susu)

Cara Memasak:

1. Bancuh bahan B ketepikan sehingga ia berbuih. Pastikan yeast aktif, tidak masuk angin atau yeast lama. Jika ia berbuih bermakna yeast aktif.

2. Satukan semua bahan A, ramas dan gaul lembut menjadi seperti serbuk roti. Atau pun boleh juga skip dahulu marjerin nanti doh dah sebati baru ditambah kemudian dan uli sebati. Pilihan ikut keselesaan masing-masing. Saya ramas gaul senuanya menjadi serbuk roti kemudian tuang air bancuhan yeast sikit -sikit dan uli sehingga menjadi licin dan tidak melekit ditangan.

3. Bahagikan doh seperti bebola (cara sama nak buat bebola doh roti canai). Nak timbang pun boleh jika ada penimbang. Disini saya tak restkan doh sehingga kembang dah ye. Saya terus bahagikan doh. Jika nak restkan doh sehingga kembang dua kali ganda pun boleh. Kemudian tumbuk buang angin baru dibahagikan doh. Tak menjadi masalah, ikut je keselesaan sendiri.

4. Dah habis bahagikan doh, rounding cantik-cantik, leperkan kemudian tebuk lubang. Saya guna tutup botol mineral sahaja tebuk lubang donat. Baki doh yang ditebuk tadi masukkan atau campurkan ke dalam doh yang kedua.

5. Bulat-bulatkan doh, leperkan dan kemudian tebuk lubang. Buat sehingga habis. Yang last tu tinggal satu biji sahaja lebihan doh yang dilubangkan tadi. Tiada pembaziran atau doh yang berlebihan. Tabur tepung dalam talam susun donat yang siap dilubangkan. Biar sehingga ia kembang (proofing) sehingga ringan.

Tips: Cara saya nak tahu doh sudah boleh digoreng. Baki doh yang ditebuk lubang pada doh yang terakhir tadi saya rendam dalam air biasa. Biar sehingga ia terapung. Bila ia terapung menandakan doh sudah sedia untuk digoreng. Itulah cara saya dulu-dulu.

6. Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng donat sehingga kekuningan. Api jangan terlalu kuat. Untuk balikkan donat boleh je nak balik-balikkan beberapa kali pun. Saya goreng donat kampung ni saya balikkan dua tiga kali untuk masak sekata. Takde serap minyak pun jangan risau.

Tapi kalau nak ikut cara sekarang balikkan donat sekali sahaja pun boleh je. Tak de pantang larang ye cara nak goreng donat ni. Sebab donat kampung ni dia takde difokuskan kepada white ring. White ring untuk donat modern dah. Donat ala-ala big apple gitu.

7. Dah kekuningan angkat dan toskan minyak guna tisu dapur pun boleh. Salut dengan gula yang dikisar halus. Nak sedap campur susu tepung pun boleh je. Takde pantang larang ye.. Jangan p**a cakap.. Eh!!! gaul susu jadi donat susu la. Takde istilah salah dan betul dalam masak memasak ni yea.

Ikut je cara masing-masing, tekak masing. Kita rasa nak makan kita buat sendiri dan kita olah sendiri mengikut keselesaan dan citarasa kita. Tapi jangan kondem cara orang lain. Semua ada cara tersendiri.

KREDIT TO PEMILIK RESEPI ASAL

Masak Lemak Putih Petola Versi KelantanBahan bahan:1 kotak santan kotak1 batang petola1-2 tangkai cili hijau solok1/2 ta...
13/08/2024

Masak Lemak Putih Petola Versi Kelantan

Bahan bahan:
1 kotak santan kotak
1 batang petola
1-2 tangkai cili hijau solok
1/2 tangkai cili merah
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
Garam - jika perlu

Bahan Tumbuk:
1 ekor ikan rebus - ambik isi
1-2 ulas bawang merah
1/2 sudu besar lada hitam

Cara cara:
Masukkan santan ke dalam periuk bersama 1 1/2 kotak air atau secukupnya bergantung kepada kepekatan kuah yang disukai. Jerang di atas dapur sambil terus dikacau di atas api yang sederhana besarnya.

Apabila hampir mendidih, masukkan bahan tumbuk dan kacau lagi sehingga ianya mendidih. Perlu dikacau supaya santan tidak berketul.

Masukkan petola dan kacau rata. Bila agak separuh lembut, baru dimasukkan cili hijau dan cili merah.

Tujuan saya memasukkan cili merah adalah untuk menambah warna pada masak lemak putih ini. Tidaklah putih dan hijau sahaja.

Akhir sekali, masukkan Maggi Cukup Rasa.

Cdt raniaa hisham

Resepi Ayam Goreng Berempah style ChefPapa Ayam seekor potong 20 pcs - basuh bersih ketepikan Serai 5 btg - Potong 1/2" ...
13/08/2024

Resepi Ayam Goreng Berempah style ChefPapa

Ayam seekor potong 20 pcs - basuh bersih ketepikan
Serai 5 btg - Potong 1/2" , 1/2" mcm tu
Halia 2 "
Lengkuas 1"
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 4 ulas
Biji ketumbar 1 SB
Jintan Manis 1 SB
Jintan Putih 1 SB
Blender semua 👆👆👆 jgn terlalu halus
Lps tu tapis buang air...
Tuang semua tu dlm bekas yg berisi ayam tadi.
Mskkan rempah kari 1 pek kecil
Mskkan serbuk cili 1 pek kecil.
Garam, aji n gula secukup rasa.
Mskkan tepung jagung 2 Sudu besar
Telur ayam sebiji dan gaul bagi rata.
Perap dlm 1/2 jam gaul lg dan goreng hingga tenggelam ayam tersebut .
Bila dah hampir garing mskkan daun kari . Agak2 dah masak angkat bersama2 daun kari tersebut.

Ulang mcm tu smpai selesai menggoreng...

Credit : Nazri Mat Zain

Ayam Masak TomatoBahan-bahan:1 biji bawang besar(belah 6)*goreng1 biji bwg bsr,3 ulas bwg putih,1/2 inci halia,10 tgkai ...
13/08/2024

Ayam Masak Tomato

Bahan-bahan:

1 biji bawang besar(belah 6)*goreng
1 biji bwg bsr,
3 ulas bwg putih,
1/2 inci halia,
10 tgkai cili kering yang direbus dulu(kisar)
6 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato& 2 sudu sos tiram
1 biji tomato(belah 6)
1 ekor ayam(potong 12)
Daun sup(di racik)
Garam, gula & perasa

Cara-cara:

1) Goreng ayam(muda-separuh garing).angkat,tos& asingkan...Goreng p**a bawang yang dibelah 6 hingga garing...Angkat dan satukan bersama ayam tadi.

2) Keluarkan sedikit minyak dari gorengan tadi,tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga betul-betul garing cili.

3) Kemudian masukkan sos tiram,sos cili & sos tomato bersama separuh cawan kecil air...Biar mendidih, tambah garam, perasa & gula.

4) Masukkan ayam bersama tomato & bawang yang digoreng td...Gaul sebati dan tabur daun sup...Gaul lagi daun sup biar wangi.

Kredit kepada empunya resepi

Address

PT 7745 Kampung Gong Merawang, Rhu Muda
Marang
21600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Resepi Viral Terkini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category