12/09/2026
Abang ni pun dulu macam adik juga.
Bukan Mula Arnab terus dapat yg pure. Semua bermula dengan local dulu. Memang pernah juga rasa tak puas hati.
“Kenapa breeder ni jual arnab mahal?”
“Kenapa breeder tu jual murah?”
Tapi lama² abang faham satu benda, harga tu bergantung pada kualiti, bloodline, kos penjagaan, makanan, breeding, kesihatan dan macam² lagi.
Jadi, adik tak boleh marah orang sebab harga yang dia letak.
Kita kena hormati harga setiap breeder, sebab setiap orang ada kos dan usaha masing². Kita yang tengok dari luar ni tak tahu berapa banyak masa, duit dan tenaga yang breeder tu dah keluarkan untuk membela dan menghasilkan arnab tersebut.
Nasihat abang, kalau adik rasa bajet ada lebih, call breeder tu dan nego elok², dtg farm dia bwk teh tarik, roti canai bincang elok² kot dpt free breeder tu bagi. Mana tahu time adik dtg tu birthday dia. 😆😆
Tapi kalau breeder tu tak dapat bagi harga yang adik nak, jangan p**a marah breeder tersebut. Jangan sampai sebab tak mampu beli, breeder p**a yang dipersalahkan.
Orang tua² dulu dah pesan:
“Ukur baju di badan sendiri.”
Kalau bajet belum sampai, tak salah pun pilih arnab yang sesuai dengan bajet kita. Tak perlu paksa diri nak kejar barang yang belum mampu.
Yang penting, kita mula dulu. Naikkan level slowly ikut kemampuan sendiri.
Tapi abang nak cakap satu benda Kat adik...
Main barang Ori ni stim dia memang lain macam, dik. 😂
Yuhuu stingggg aku. 😆😆😆😆