Snek Kita

Snek Kita DISCLAIMER:This page is for the purpose of assignment for the subject ENT530.Not for business purpose

TIPS ELAK MENGANTUK DALAM KELASMesti ramai yang pernah berada dalam situasi dimana korang mengantuk sangat dalam kelas. ...
18/01/2023

TIPS ELAK MENGANTUK DALAM KELAS

Mesti ramai yang pernah berada dalam situasi dimana korang mengantuk sangat dalam kelas. Selalunya kalau pelajar mengantuk dalam kelas ada banyak sebabnya, antaranya ialah mungkin sebab berjaga pada waktu malam, kedua mungkin sebab tak dapat nak fokus dalam kelas sebab pelajaran tersebut mungkin membosankan bagi mereka.

Walaubagaimanapun, pelajar perlulah mencuba untuk mengelakkan tertidur dalam kelas. Hal ini adalah kerana, sebagai seorang pelajar kita mestilah beradab dalam majlis ilmu.

Dibawah ini merupakan tips untuk elak mengantuk dalam kelas:
o Cukup tidur. Jika pelajar menjaga masa tidur mereka dengan baik seperti tidur awal dan bangun awal, ini dapat megelakkan rasa mengantuk dalam kelas.
o Jangan lupa untuk bawa air dan minum. Dengan minumair badan kita akan berasa lebih segar.
o Jangan lupa untuk ambil sarapan pagi. Bila perut kita kosong, ianya akan mempengaruhi “mood” kita untuk belajar.

Mahu menjadi pelajar yang baik dan tidak mengantuk dalam kelas?
Like dan follow facebook kami https://www.facebook.com/SSnek.Kita untuk lebih banyak tips berkaitan pelajar.

Sumber: http://www.farahiyah.com/2015/08/tips-mudah-elak-mengantuk-dalam-kelas.html?m=1 #:~:text=Jangan%20asyik%20fokus%20pada%20satu,sebelah%20urutkan%20bahu%20dan%20belakang

18/01/2023

HEY! TUNGGU JANGAN ABAIKAN POST INI. JEMPUT BACA DULU.

Anda rasa anda lebih layak menjadi kekasih si dia? Tapi tak tahu macam mana nak pikat hati si dia? Jangan susah hati, belikan sahaja De’kunyah Prawn Rolls untuk si dia mesti dia s**a! Tak cuba tak tahu😉

De’kunyah Prawn Rolls sedap sangat sampai boleh tarik minat si dia untuk berkawan dengan kita. Kenapa berbaloi belikan De’kunyah Prawn Rolls untuk si dia?:
👉Menggunakan resepi istimewa tersendiri yang membuatkan ia lain daripada yang lain
👉Isinya banyak, semakin banyak si dia makan pemberian awak semakin lama lah dia akan fikir tentang awak
👉Tidak mudah lemau! Bayangkan si dia makan benda dah lemau.. nanti makin lemaulah perasaan dia kepada awak.

Jomlah dapatkan produk ini segera, kalau awak tak beli mungkin kami yang menarik minat si dia dahulu😘. Harganya murah sahaja RM10 satu balang.

Kalau berminat boleh order di whatsapp: 0187680211 atau chat kami di halaman facebook kami:
https://www.facebook.com/SSnek.Kita

DISCLAIMER:This page is for the purpose of assignment for the subject ENT530.Not for business purpose

18/01/2023

AWAK! YA, AWAKLAH! NGANTUK SANGAT TU

Selalu mengantuk di waktu-waktu yang genting seperti waktu sedang ulang kaji untuk peperiksaan? Mengantuk sewaktu perlu focus? Apa kata beli De’kunyah mini Prawn Rolls daripada kami.

De’kunyah mini Prawn Rolls ni sesuai untuk orang yang senang mengantuk. Bukan sahaja berbaloi beli sebab ianya sesuai untuk orang yang senang mengantuk, malah ianya sesuai:
😉Untuk segala jenis lapisan masyarakat
😉Untuk dikongsi berama orang tersayang
😉Untuk dihadiahkan pada kawan yang selalu lapar

Jangan tunggu lama-lama nanti tak merasa lah, sebab harga sangat berpatutan. Terlalu berpatutan sebab tu lah senang habis. Jangan malu-malu RM10 je satu.

Kalau berminat boleh order di whatsapp: 0187680211 atau chat kami di halaman facebook kami:
https://www.facebook.com/SSnek.Kita

DISCLAIMER:This page is for the purpose of assignment for the subject ENT530.Not for business purpose

18/01/2023

APA DIA? PAK CIK LAPAR SEBAB ISTERI KELUAR BERJALAN?

Pak cik tak tahu nak masak dan tak larat mahu keluar beli makanan? Isteri tiada di rumah dan pak cik perlu berdikari sendiri? Jangan risau pak cik, De’kunyah Prawn Rolls kan ada!!

De’kunyah Prawn Rolls merupaka peneman sejati anda dimana jua anda berada dan walau apa jua pun rintangan yang melanda anda. Kalau beli mesti tak menyesal sebab:
😎Boleh elakkan diri daripada kena gastrik sebab masuk angin hanya sebab tak makan
😎Boleh belikan untuk alas perut ibu ayah atau anak-anak sementara tunggu kep**angan kita dengan makanan lain
😎Boleh hilangkan rasa ngantuk dengan sibukkan diri mengunyah mini Prawn Rolls keluaran kami

Mari dapatkan produk ini daripada kami dengan harga berpatutan iaitu RM10 sahaja per balang.

Kalau berminat boleh order di whatsapp: 0187680211 atau chat kami di halaman facebook kami:
https://www.facebook.com/SSnek.Kita

DISCLAIMER:This page is for the purpose of assignment for the subject ENT530.Not for business purpose

18/01/2023

ASSALAMUALAIKUM MAK CIK! MARILAH SINGGAH SEKEJAP.

Mak cik s**a mengunyah sambal duduk teman pak cik memandu dalam kereta? Bosan sangat sampai tak tahu nak buat apa waktu dalam kereta? Jangan risau belilah De’kunyah mini Prawn Rolls dengan kami.

De’kunyah Mini Prawn Rolls ni boleh buat anda semua terketagih dengan kesedapannya. Jangan takut beli dari kami kerana produk kami:
✨Diyakini halal
✨Berkualiti tinggi
✨Boleh buat makan sewaktu menghadapi kesesakan lalu lintas

Ayuh dapatkan De’kunyah Prawn Rolls dengan harga serendah RM10 sahaja sebalang.

Kalau berminta boleh order di whatsapp: 0187680211 atau chat kami di halaman facebook kami:
https://www.facebook.com/SSnek.Kita

DISCLAIMER:This page is for the purpose of assignment for the subject ENT530.Not for business purpose

TIPS UNTUK PASTIKAN BILIK TIDUR SENTIASA KEMASPernah tak selepas bersihkan bilik, tak sampai 2 hari dah bersepah balik? ...
17/01/2023

TIPS UNTUK PASTIKAN BILIK TIDUR SENTIASA KEMAS

Pernah tak selepas bersihkan bilik, tak sampai 2 hari dah bersepah balik? Ada beberapa faktor yang menyebabkan bilik kita bersepah semula selepas dikemaskan. Antaranya ialah kita tidak mempunyai kedudukan tetap untuk sesuatu barang contohnya baju kotor, sebab itulah kita boleh jumpa baju kotor di beberapa tempat yang berlainan dalam bilik kita.

Ada beberapa cara yang kita boleh buat untuk pastikan bilik kita sentiasa kemas. Jika anda menggunakan cara-cara ini, kebarangkalian bilik anda akan kotor semula itu agak kurang.

3 cara untuk bilik tidur yang sentiasa kemas dan bersih:
1. Kemas katil setiap pagi selepas bangun tidur. Kesan apabila kita lihat katil yang bersih ialah kita rasa sayang untuk mengotorkan tempat tidur kita.
2. Sapu lantai bilik tidur. Apabila lantai kita bersih dari habuk, barulah kita rasa bersemangat untuk tidak mengotorkan lagi bilik.
3. Jangan lupa mop lantai. Ramai anatara kita yang makan makanan ringan dalam bilik tidur dan tak sedar makanan yang melekat di atas lantai bilik kita.

Nak bilik yang bersih dan sentiasa kemas?
Like dan follow facebook kami https://www.facebook.com/SSnek.Kita untuk lebih banyak tips mejaga kebersihan.

Sumber: https://my.mobilemuslim.com/servis-cuci-rumah-kemas-bilik/

CARA PIKAT HATI MAK MERTUA ATAU BAKAL MAK MERTUASiapa yang tak berdebar nak jumpa bakal mak mertua kan? Yang dah berkahw...
17/01/2023

CARA PIKAT HATI MAK MERTUA ATAU BAKAL MAK MERTUA

Siapa yang tak berdebar nak jumpa bakal mak mertua kan? Yang dah berkahwin pun masih mencuba untuk memikat hati mak mertua apatah lagi yang belum berkahwin. Sama ada mak mertua tu garang ataupun mak mertuanya memang susah untuk mesra dengan orang baru.

Ianya penting untuk memikat hati mak mertua kerana hubungan dengan mereka itu berpanjangan, jadi kalau boleh kita nak dua-dua pihak selesa dengan kehadiran masing-masing. Banyak betul cara untuk pikat hati mak mertua.

Cara-cara untuk pikat hati mak mertua:
 Sopan santun dan hormat. Bila kita sopan santun dan hormat dengan seseorang, bukab sahaja mak mertua malah mak cik jiran depan rumah pun boleh s**a dengan kita.
 Ringan tulang dan rajin. Kadang-kadang ada mak mertua yang tak kisah pun menantunya membantu dia atau tidak, tapi lebih manis dan elok sekiranya kita sebagai menantu buat kerja tanpa disuruh.
 Bawa buah tangan. Kalau dah menziarahi rumah orang tu mestilah bawa buah tangannya, jangan kosong paling-paling pun bawalah jenis kerepek macam mini prawn rolls dan bagi kepada mak mertua kita.

Nak pikat hati dan disayangi oleh mak mertua?
Like dan follow facebook kami https://www.facebook.com/SSnek.Kita untuk lebih banyak tips dan cara lagi.

Sumber: https://bidadari.my/cara-pikat-mak-mertua/

TIPS ELAK SAKIT PERUTRasanya kita semua pernah berada dalam situasi dimana kita nak pergi berjalan tapi malangnya sakit ...
17/01/2023

TIPS ELAK SAKIT PERUT

Rasanya kita semua pernah berada dalam situasi dimana kita nak pergi berjalan tapi malangnya sakit perut p**a. Sakit perut merupakan satu situasi yang amat tidak menyelesakan lagi-lagi kalau kita keluar dengan orang yang bukan keluarga kita. Selalunya kita tidak selesa sebab sakit perut, tapis selain itu kita juga tidak selesa sebab kita mungkin menyusahkan orang lain.

Tapi jangan risau sebab kita boleh elakkan diri kita dari sakit perut dengan menggunakan beberapa tips.
Tips elak sakit perut:
1. Kawal pemakanan sebelum keluar atau sewaktu berada diluar. Maksudnya jangan makan makanan yang boleh menyebabkan kita sakit perut seperti minum air bersusu atau makanan pedas.
2. Kunyah makanan sehingga hancur supaya tak sembelit. Sembelit beserta sakit perut hanya akan mendatangkan ketidakselesaan dan melambatkan urusan kita.
3. Elak pengambilan makanan yang berangin. Makanan berangin akan membuat perut sebu dan ianya juga menyakitkan perut.

Nak keluar rumah dengan selesa dan mahu elakkan sakit perut?
Like dan follow facebook kami https://www.facebook.com/SSnek.Kita untuk lebih banyak tips yang membantu meningkatkan keselesaan anda.

Sumber: http://syapiaa.blogspot.com/2017/07/tips-elak-sakit-perut-ketika-musim.html?m=1

17/01/2023

TAHNIAH!!! 🎉🎉ANDA JUMPAI PRODUK YANG BERBALOI UNTUK DIBELI. MARI LIHAT PRODUK KAMI😉

Awak pelajar Universiti dan selalu lapar? Tak boleh fokus kalau tak mengunyah makanan? Jangan risau, beli je De'kunyah Prawn Rolls!

De'kunyah Prawn Rolls ni sesuai dijadikan stok makanan pelajar dan juga seisi keluarga. Tak rugi beli, sebab:
😋Ianya boleh tahan lama
😋Isi satu balang yang penuh dan tidak kedekut
😘Sedap dan rangup

Jika anda berminat, boleh order De'kunyah Prawn Rolls sekarang! Berharga hanya RM10 sahaja.

Order melalui whatsapp: 0187680211
Order melalui page: https://www.facebook.com/SSnek.Kita

DISCLAIMER:This page is for the purpose of assignment for the subject ENT530.Not for business purpose

HOW TO BE A SMART BUYERSome people don’t have a great eye and instinct when it comes to making decision when they go sho...
17/01/2023

HOW TO BE A SMART BUYER

Some people don’t have a great eye and instinct when it comes to making decision when they go shopping for something and then they end up regretting buying that item. It is important for this type of people to have an early planning before they went shopping.

Planning precisely on what to be bought does not mean you are not going to regret your decision, but it does make your life easier and the feeling of regret can be avoided.

Here are some tips on how to be a smart buyer:
 Do research before buying. By doing a research, you get to know the specification of an item you are about to buy. When you are confident with your choice, the possibility of regret over wrong decision can be avoided.
 No rushing. When deciding, it is better to not rush it especially when you still have doubt on whether you want the item or not.
 Think far ahead about the product. Make sure to consider whether the product serves your expectations in the future or not. This is because regret can happen at any time and it shows the product s not right for you.

Want to be a smart buyer and not regret buying the wrong item?
Like our page https://www.facebook.com/SSnek.Kita for more tips!!

Source: https://www.businessfirstonline.co.uk/advice/top-tips-and-tricks-for-becoming-a-smart-buyer/

17/01/2023

ALAMAK RAYA DAH NAK DEKAT! TAPI ANDA TAK SEMPAT NAK BUAT KUIH RAYA?

Jangan risau! Benda dah siap dalam balang tinggal letak atas meja je. De'kunyah Prawn Rolls ni sedap tau abang, kakak. Tetamu yang datang beraya ke rumah mesti s**a. 😋✨

De'kunyah Prawn Rolls ni patut ada untuk apa jenis perayaan sekali pun. Kenapa kena beli De'kunyah Prawn Rolls ni? De'kunyah Prawn Rolls ni :
😭Mempunyai inti yang digemari ramai, nak hidang kat tetamu pun kita tak rasa malu
🤑Harga sangat berpatutan
😎Saiz popia lebih besar dari mini popia yang biasa

Tunggu apa lagi, mari order De'kunyah Prawn Rolls dengan kami hari ini. Harga sebalang RM10 sahaja.

Boleh order di WhatsApp : 0187680211
Atau order di halaman facebook kami: https://www.facebook.com/SSnek.Kita

DISCLAIMER:This page is for the purpose of assignment for the subject ENT530.Not for business purpose

3 CARA PELAJAR BOLEH BERJIMAT CERMAT Pelajar memang terkenal dengan makanan bajet seperti nasi bujang, Maggie dan sebaga...
17/01/2023

3 CARA PELAJAR BOLEH BERJIMAT CERMAT

Pelajar memang terkenal dengan makanan bajet seperti nasi bujang, Maggie dan sebagainya lagi-lagi waktu mereka sedang tiada duit. Masalah tidak cukup duit untuk makan ini terjadi atas beberapa faktor seperti komitmen pelajar menggunapakai duit mereka untuk hal-hal pelajaran ataupun perbelanjaan barang keperluan dan mungkin masalah lain ialah apabila mereka boros menggunakan wang mereka untuk hal-hal yang tak perlu.

Akan tetapi masalah mereka ini boleh dielakkan dengan berjimat cermat. Terdapat pelbagai cara yang boleh pelajar lakukan untuk berjimat cermat.

3 cara berjimat cermat bagi pelajar:
 Cuci baju sendiri. Tak dapat dinafikan dobi layan diri mempermudah urusan ramai orang namun pelajar boleh cuba cuci pakaian mereka sendiri dengan ini wang itu tadi boleh digunakan untuk beli makanan yang lebih sihat dan mengenyangkan.
 Gunakan perpustakaan universiti untuk menyiapkan tugasan. Segala jenis kemudahan dari segi internet, komputer dan “printing” sangat lengkap di perpustakaan. Jadi pelajar boleh jimat duit tambah nilai data telefon dan kos “printing” dapat dikurangkan.
 Sediakan stok makanan ringan yang mencukupi. Ini dapat mengelakkan pelajar berbelanja berlebihan untuk makanan semata. Sebagai contoh, beli mini prawn rolls untuk buat alas perut yang lapar walau baru lepas makan.

Adakah anda mahukan poket sentiasa cukup dan jadi lebih bijak berbelanja?
Like dan follow facebook kami https://www.facebook.com/SSnek.Kita untuk lebih banyak tips perbelanjaan yang bijak.

Sumber: https://says.com/my/amp/seismik/ini-8-tips-untuk-pelajar-di-kolej-universiti-berjimat-cermat-ketika-pemulihan-ekonomi

Address

Melaka Pindah
75300

Telephone

+60187680211

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Snek Kita posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category