13/01/2024
Selamat Tahun Baru 2024. Untuk membuka perjalanan baru Misi pada tahun ini, kami ingin perkenalkan latar belakang Misi.
Pengasas Misi, Nur Ahmad Faiz Bin Mohd Azmi. Lahir pada tahun 1991 dan kini berusia 33 Tahun. Anak kelahiran Perlis yang membesar di Langkawi selama 26 Tahun dan kini menetap di Puncak Alam, Selangor.
Misi dibangunkan pada tahun 2020 sekitar peristiwa Pandemik Covid seluruh Dunia. Pengasas membangunkan aplikasi ini dengan cara belajar dari internet. Dan modal memulakan Misi ini adalah daripada perniagaan Baju oleh Pengasas yang berjenama “Bangsa Bertauhid”.
Pengasas terpaksa lepaskan perniagaan bajunya kerana terpaksa fokus sepenuhnya pada pembelajaran membina aplikasi Misi.
Akibat daripada keadaan ini, perniagaan baju akhirnya ditutup dan pengasas akhirnya berjaya hasilkan app Misi yang tersenarai di dalam Playstore dan Appstore.
Misi mula lalui tempoh percubaan di Puncak Alam dan Pengasas menghantar sendiri pesanan pertama oleh pengguna.
Apabila melihat pesanan pertama berjaya disempurnakan walaupun sistem belum stabil, pengasas mula mencari rakan penghantar di dalam kawasan untuk bekerja.
Disebabkan modal yang ada sangat terhad, pengasas telah membangunkan satu kaedah Pasif Income seumur hidup untuk barisan Admin setiap kawasan seluruh Malaysia.
Ramai dikalangan kenalan Media sosial pengasas mula mendaftar sebagai admin yg membayar yuran daftar sebanyak RM100. Dan Yuran ini digunakan untuk menampung kos server yang semakin meningkat.
Hasil dari kebijaksanaan para admin setiap kawasan, akhirnya dapat menarik ramai peniaga dan Rakan penghantar berdaftar dengan Misi.
Jualan dari sehari RM20 mula meningkat ke RM1000.
Gambar beg keris bersilang di atas adalah diantara waktu terawal Misi mula dikenali ramai. Setiap hari pesanan semakin meningkat.
Untuk mengangkat kedudukan Misi di dalam Negara, Pengasas mula menghimpunkan pendapat-pendapat dari kalangan pengguna yang banyak berkongsi di media sosial ketika itu. Dan akhirnya Misi mula keluarkan beg terbaru seperti di dalam gambar yang lebih menyerlah di jalan Raya.
Jualan daripada RM1000 seterusnya meningkat kepada RM10,000 kerana pas**an Admin mula bergerak secara berkump**an di dalam kawasan masing2 secara taktikal.
Pada masa yang sama, setiap hari sistem lalui proses penambahbaikkan tanpa henti siang dan malam yang semakin memudahkan pengguna untuk membeli.
Jualan mula meningkat dari RM10,000 hingga hampir RM100,000. Dan yang menariknya, peniaga mendapat untung jualan ini 100% tanpa potongan untuk Misi. Begitu juga untuk rakan penghantar yang mendapat upah penghantaran 100%.
Dan di akhir hujung tahun 2023, jualan mula mencecah RM1 Juta setiap 4 Hari.
Perjalanan Misi bukanlah mengenai duit.. Tetapi mengenai keterujaan di dalam Misi membantu naikkan perniagaan-perniagaan lokal dan membuka peluang pekerjaan kepada rakan-rakan penghantar.
Terima kasih semua pengguna yang kini beralih sepenuhnya pada Misi untuk memesan makanan.
J O M
REGISTER
&
INSTALL
App
https://misirakyat.com/?reg=fblv6y
Kredit: Founder Misi