Mr Pauh Lima

Mr Pauh Lima Cicoh-cicoh terus hanyut.Dapatkan sekarang !

Teringat satu pesanan seorang murabbi,"Jangan terlalu yakin, apa yang kita miliki hari ini akan terus dimiliki masa depa...
20/10/2022

Teringat satu pesanan seorang murabbi,
"Jangan terlalu yakin, apa yang kita miliki hari ini akan terus dimiliki masa depan.
Jangan terlalu yakin, apa yang kita cintai hari ini akan terus berkekalan masa depan.
Dan, jangan p**a terlalu khuatir, takut dan risau memikirkan apa yang kita tidak ada pada hari ini.
Kerana setiap yang kita punya, hanyalah pinjaman.
Kerana setiap yang belum ada, boleh jadi akan dianugerahkan."
Jangan terlalu.
Takut dan berharaplah pada Allah SWT.
Itu tauhid yang menenangkan.
Dalam takut, tetap terus berharap pada Tuhan.
Dalam harapan, tetap rasa takut (takwa) kepada Tuhan.
Letakkan begitu, maka kita takkan mudah pandang buruk pada sisi "buruk" hidup orang lain.
Takkan mudah putus asa bila kehilangan. Takkan mudah sombong dengan apa yang dipinjamkan.
Halawatul Islam.
Keindahan tak dapat digambarkan dengan hati.

20/10/2022

PKL Fadhli

Anggota Keselamatan MSSSB di HSNZ, Kuala Terengganu.

Jom kenali beliau.

20/10/2022

6 Circle yang wajib ada business dalam fasa intro, maintain, dan empower

Semoga bermanfaat... InshaAllah

16/10/2022

SABAR & REDHA ๐Ÿ˜‡โค
Dalam apa jua keadaan, belajar untuk sabar dan redha menerima semua ketentuan dan kenyataan. ๐Ÿ™‚
Sesungguhnya qada' dan qadar ini adalah yang terbaik dari Allah kepada kita yang bergelar insan.
๐Ÿ’ซSabar saat rebah.
๐Ÿ’ซSabar saat lemah.
Indeed, Allah is with the patient.๐Ÿ˜‰
Kredit : Hana Dahlia

16/10/2022

Lawatan kerja ke SWIFT Logistik Kerteh.

Alhamdulillah, rezeki Oktober.

Projek MYR1.65M

Benda ni pun ada kroni dulu. kalau tak cikgu, pengawas paling banyak bawa balik
16/10/2022

Benda ni pun ada kroni dulu. kalau tak cikgu, pengawas paling banyak bawa balik

16/10/2022

Cabaran bukan biasaยฒ, mereka perlu punya minda dan emosi yang kuat bagi berdepan dengan pelbagai kerenah masyarakat. Kak ita, antara PKW kami yang telah lama berkhidmat di HSNZ, Kuala Terengganu.

โ€” SEBUAH KEMAAFAN โ€”Bila kita disakiti, ingatlah kita juga pernah menyakiti. Bila kita dizalimi, ingatlah kita juga perna...
14/10/2022

โ€” SEBUAH KEMAAFAN โ€”
Bila kita disakiti, ingatlah kita juga pernah menyakiti. Bila kita dizalimi, ingatlah kita juga pernah menzalimi. Jika kita rasa sedih hari ini oleh seseorang, ingatlah kita juga pernah membuatkan orang merasa sedih.
Apabila orang yang menyakiti kita jatuh atau ditimpa musibah, ia bukan kerana karma atau kerana hebatnya doa kita. Itu adalah bahagian ujian masingยฒ, kita sendiri bakal hadapi ujian sendiri. Usah menanti derita orang lain. Tiada manusia akan bahagia atas penderitaan orang lain, kerana ia bahagia yang palsu.
Kita semua tidak sempurna, pasti berdosa pada Allah dan bersalah pada manusia, maka jangan selalu dihitung salah manusia pada kita, kerana ia membuatkan kita mudah lupa pada kebaikan orang pada kita. Ketika sayang bertukar menjadi benci, yang baik tetap harus diingati, maka kita tidak akan lupa diri.
Akhirnya, carilah damai dalam sesuatu peristiwa, memaafkan orang lain pada hari ini bererti kita memaafkan masa lalu kita. Mudahan orang yang pernah kita sakiti juga memaafkan kita hari ini.
โ–ฌโ–ฌโ–ฌโ–ฌโ–ฌโ–ฌโ–ฌโ–ฌโ–ฌโ–ฌโ–ฌโ–ฌ
Yang dilihat bahagia,
Mungkin sedang derita.
Yang nampak hina,
Mungkin dia mulia.
Yang dilihat salah,
Mungkin ia benar.
Tak rugi mengalah,
Yang penting tetap sabar.
โ–ฌโ–ฌโ–ฌโ–ฌโ–ฌโ–ฌโ–ฌโ–ฌโ–ฌโ–ฌโ–ฌโ–ฌ
Muhasabah diriku sendiri ๐Ÿ˜”
Kredit :

Pendakwah Ke Pintu Neraka============1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah pernah membayangkan tentang kemunculan golongan p...
11/10/2022

Pendakwah Ke Pintu Neraka
============
1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah pernah membayangkan tentang kemunculan golongan pendakwah yang menyeru manusia ke pintu neraka. Mereka mengajak manusia melakukan kejahatan yang bercanggah dengan ajaran Rasulullah.

2. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah ketika ditanya oleh Saidina Huzaifah. Huzaifah bertanya tentang apakah perkara yang lebih buruk daripada kaum yang tidak mengamalkan sunnah Rasulullah. Lalu Rasulullah menjawab:

ุฏูุนูŽุงุฉูŒ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽุจู’ูˆูŽุงุจู ุฌูŽู‡ูŽู†ู‘ูŽู…ู ู…ูŽู†ู’ ุฃูŽุฌูŽุงุจูŽู‡ูู…ู’ ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ูŽุง ู‚ูŽุฐูŽูููˆู‡ู ูููŠู‡ูŽุง

โ€œPendakwah di pintu neraka Jahannam. Barangsiapa yang menyahut panggilan mereka, mereka akan mencampaknya ke dalam neraka.โ€ (HR al-Bukhari)

3. Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam Ibn Hajar menjelaskan tentang apa yang dimaksudkan dengan pendakwah ke pintu neraka. Kata Ibn Hajar:

ุฃูŽูŠ ูŠุฏุนูˆู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุนูŽู…ูŽู„ ุจูู…ูŽุง ูŠูˆู„ุฌ ูููŠู‡ูŽุง

โ€œIaitu golongan pendakwah yang menyeru kepada melakukan amalan yang membawa manusia masuk ke dalam neraka.โ€ (Fath al-Bari)

4. Manakala al-Imam al-Nawawi memberikan perincian yang lebih halus. Beliau seakan menafsirkan golongan ini ditujukan kepada pemimpin yang rosak. Kata al-Nawawi:

ู‡ูŽุคูู„ุงุกู ู…ูŽู†ู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ุฃูู…ูŽุฑูŽุงุกู ูŠูŽุฏู’ุนููˆ ุฅูู„ูŽู‰ ุจูุฏู’ุนูŽุฉู ุฃูŽูˆู’ ุถูŽู„ุงู„ู ุขุฎูŽุฑูŽ

โ€œMereka ini adalah golongan pemimpin yang menyeru kepada bidโ€™ah atau kesesatan yang lain.โ€ (al-Nawawi, Sharah Muslim)

5. Menurut Sheikh Musa Shahin, golongan ini digelarkan sebagai pendakwah yang berada di pintu neraka Jahannam kerana sifat mereka yang mengajak manusia melakukan kejahatan yang mengheret mereka ke neraka. Kata beliau:

ูˆูˆุตูู‡ู… ุจูƒูˆู†ู‡ู… ุนู„ู‰ ุฃุจูˆุงุจ ุฌู‡ู†ู… ุจุงุนุชุจุงุฑ ู…ุง ูŠุคูˆู„ ุฅู„ูŠู‡ ุญุงู„ู‡ู…ุŒ ูƒู…ุง ูŠู‚ุงู„ ู„ู…ู† ูŠู‚ุฑุจ ู…ู† ูุนู„ ู…ุญุฑู…ุŒ ูˆู‚ู ุนู„ู‰ ุดููŠุฑ ุฌู‡ู†ู…

โ€œPendakwah tersebut disifatkan berada di pintu neraka kerana sifat mereka mengajak kepada kejahatan sepertimana mereka yang mendekati perlakuan yang diharamkan, maka mereka disifatkan berada di tebing neraka Jahanam.โ€ (Fath al-Munโ€™im)

6. Sangat benar hadis Rasulullah ini. Hari ini kita bimbang akan kewujudan pendakwah yang menyeru kepada kebatilan, kerosakan isu akidah dan pemikiran liberal. Malah yang lebih membimbangkan lagi andai wujud golongan yang menggunakan agama sebagai topeng melakukan maksiat.

Nasihat buat diri saya sendiri.

Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Jangan Sombong Untuk Berdoa======1. Dalam al-Quran, Allah menggalakkan kita berdoa dan kemudian (dalam ayat yang sama) A...
11/10/2022

Jangan Sombong Untuk Berdoa
======
1. Dalam al-Quran, Allah menggalakkan kita berdoa dan kemudian (dalam ayat yang sama) Allah menyebutkan tentang sifat sombong, seakan-akan kedua perkara ini mempunyai perkaitan. Firman Allah:

ูˆูŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุจู‘ููƒูู…ู ุงุฏู’ุนููˆู†ููŠ ุฃูŽุณู’ุชูŽุฌูุจู’ ู„ูŽูƒูู…ู’ ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ูŠูŽุณู’ุชูŽูƒู’ุจูุฑููˆู†ูŽ ุนูŽู†ู’ ุนูุจูŽุงุฏูŽุชููŠ ุณูŽูŠูŽุฏู’ุฎูู„ููˆู†ูŽ ุฌูŽู‡ูŽู†ู‘ูŽู…ูŽ ุฏูŽุงุฎูุฑููŠู†ูŽ

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." (Surah Ghafir: 60)

2. Perhatikan bagaimana seteleh memerintahkan manusia berdoa, Allah menyebutkan tentang perihal hamba-hamba yang sombong. Ayat ini seolah-olah memberikan satu indikator, bahawa mereka yang enggan tunduk dan patuh kepada Allah dan tidak berdoa kepadanya adalah golongan yang sombong.

3. Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam al-Syaukani menjelaskan:

ูุฃูุงุฏ ุฐู„ูƒ ุฃู† ุงู„ุฏุนุงุก ุนุจุงุฏุฉุŒ ูˆุฃู† ุชุฑูƒ ุฏุนุงุก ุงู„ุฑุจ ุณุจุญุงู†ู‡ ุงุณุชูƒุจุงุฑ

"Ayat ini menunjukkan bahawa doa itu adalah ibadah, dan meninggalkan doa kepada Allah SWT adalah satu kesombongan." (Tuhfah al-Zakirin: 28)

4. Oleh yang demikian, perbanyakkan berdoa kepada Allah dalam setiap keadaan, samada susah mahupun senang. Ia adalah medium komunikasi yang ampuh, di antara hamba dan Tuhannya, yang menggambarkan kekuatan hubungan dan pengabdian kepada Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Address

Melor

Opening Hours

09:00 - 18:00

Telephone

+60149216440

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mr Pauh Lima posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mr Pauh Lima:

Share

Category