Felda Tenggaroh Dua

Felda Tenggaroh Dua Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Felda Tenggaroh Dua, Farm, Felda Tenggaroh 2, Mersing.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Bagi pihak seluruh Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Ra...
10/06/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Bagi pihak seluruh Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Rancangan (JKKR) FELDA Tenggaroh 2 serta warga peneroka, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pegawai-pegawai FELDA yang akan berpindah ke tempat baharu dan menjalankan amanah yang telah ditetapkan.

Sepanjang tempoh perkhidmatan di FELDA Tenggaroh 2, jasa, komitmen serta kerjasama yang telah diberikan amat kami hargai. Segala usaha dan sumbangan tuan-tuan/puan-puan dalam membantu melancarkan urusan pentadbiran serta membangunkan kesejahteraan masyarakat peneroka akan sentiasa dikenang.

Kami mendoakan agar tuan-tuan dan puan-puan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan sepanjang mengikuti kursus, serta terus cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawab di tempat baharu. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan demi kemajuan organisasi dan masyarakat keseluruhannya.

"Jauh di mata, dekat di hati. Budi yang baik akan sentiasa dikenang."

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan.

Selamat maju jaya dan semoga terus sukses dalam setiap langkah yang diambil.

Sekian, terima kasih.

25/05/2026

Majlis Penyerahan Bantuan Kasih Johor Dun Tenggaroh

18/05/2026
Ziarah kasih daripada  YBhg. Dato' Dr. Suzana Idayu Wati binti Osman pengarah besar felda ke teratak ketua peneroka feld...
17/05/2026

Ziarah kasih daripada YBhg. Dato' Dr. Suzana Idayu Wati binti Osman pengarah besar felda ke teratak ketua peneroka felda tenggaroh 2 En Aris Bin A.Hamid

Dari pihak rancangan mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan tersebut......

16/05/2026

Guru ialah arkitek jiwa yang membina sayap sebelum kami tahu cara terbang. Setiap ilmu adalah kekuatan, setiap doa membawa kami menggapai bintang cita-cita.

Selamat Hari Guru, terima kasih cikgu.



04/05/2026

Setiap tanggal 4 Mei, dunia menzahirkan penghargaan terhadap jasa, pengorbanan dan komitmen anggota bomba yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam mendepani saat-saat kritikal demi menyelamatkan nyawa, harta benda serta memastikan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

Di sebalik setiap bunyi siren kecemasan dan panggilan operasi, terpikul satu tanggungjawab besar yang dilaksanakan dengan penuh kecekalan, kesungguhan dan pengorbanan, termasuk sanggup mempertaruhkan masa, tenaga malah nyawa demi keselamatan rakyat dan negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga bomba atas jasa bakti, pengorbanan yang tidak ternilai serta komitmen yang tidak pernah luntur dalam melaksanakan tugas dengan penuh integriti, keberanian dan profesionalisme.

Bomba Tonggak Penyelamatan Negara
First In, Last Out

01/05/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja!

Semoga setiap keringat yang dicurahkan menjadi asas kepada kejayaan yang bermakna. Terima kasih atas dedikasi, komitmen dan usaha tanpa jemu dalam memacu kemajuan organisasi, masyarakat dan negara.




Perkhidmatan permurnian Al-Quran Sebarang Al-Quran yang rosak atau perlu dilupuskan boleh hantar ke pihak masjid FELDA T...
30/04/2026

Perkhidmatan permurnian Al-Quran

Sebarang Al-Quran yang rosak atau perlu dilupuskan boleh hantar ke pihak masjid FELDA TENGGAROH 2 bermula 1 may 2026

23/04/2026

Address

Felda Tenggaroh 2
Mersing
86810

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Felda Tenggaroh Dua posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category