IKBN Miri Sarawak (Official)

IKBN Miri Sarawak (Official) IKBN Miri merupakan salah satu dari Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
(1)

Institut Kemahiran Belia Negara Miri telah ditubuhkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-7 menawarkan kursus latihan kemahiran dalam bidang automotif, mekanikal dan hospitaliti.

IKBN MIRI  & DAI LIENG MACHINERY SDN BHD PERBAHARUI MOUPENAMPANG, 8 Ogos 2026 (Sabtu) — Institut Kemahiran Belia Negara ...
09/08/2026

IKBN MIRI & DAI LIENG MACHINERY SDN BHD PERBAHARUI MOU

PENAMPANG, 8 Ogos 2026 (Sabtu) — Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri telah menyempurnakan sesi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) bersama syarikat Dai Lieng Machinery Sdn Bhd yang diwakili oleh Eksekutif Sumber Manusia (HR), Encik Edward Emar Siggon. Sesi pertukaran dokumen tersebut telah disaksikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Mordi Bimol sempena Majlis Perasmian Penutup Jelajah TVET ILKBS 2026 Zon Borneo di ITCC Mall, Penampang, Sabah semalam.

Pembaharuan kerjasama bagi tempoh dua tahun (31 Julai 2026 hingga 30 Julai 2028) ini dilaksanakan susulan keberkesanan hubungan strategik yang terjalin sejak 2024. Menerusi MoU ini, kedua-dua pihak bekerjasama dalam menyediakan penempatan latihan industri, peluang pekerjaan terus untuk graduan, latihan sangkutan industri bagi pengajar, serta khidmat nasihat penambahbaikan kurikulum latihan. Langkah ini diambil bagi memperkasakan kebolehpasaran pelajar dan memastikan kualiti latihan ILKBS sentiasa relevan dengan keperluan industri semasa.

"Let’s Create Excellence"

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul







MALAYSIA x BRUNEI | IKBN MIRI DAN IBTE METERAI NOTA HASRAT (LOI) PERKASA TVET SERANTAUBANDAR SERI BEGAWAN, 6 Ogos 2026 (...
06/08/2026

MALAYSIA x BRUNEI | IKBN MIRI DAN IBTE METERAI NOTA HASRAT (LOI) PERKASA TVET SERANTAU

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Ogos 2026 (Khamis)– Pengarah IKBN Miri, Tuan Mohamad Mazlan bin Anis telah mengetuai delegasi IKBN Miri dalam Sesi Pertukaran Nota Hasrat (LoI) bersama Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Mutiara, Ibu Pejabat IBTE pagi tadi.

Sesi pertukaran dokumen berkenaan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif IBTE merangkap Pengarah Pendidikan Teknikal, Yang Mulia Dr. Hj. Md. Zamri bin Hj. Sabli, serta pegawai-pegawai dari kedua-dua belah pihak.

Menerusi pemeteraian LoI ini, kedua-dua institusi bersetuju merintis aspek kerjasama yang merangkumi pelaksanaan program mobiliti pelajar dan latihan industri antarabangsa, penempatan jangka pendek tenaga pengajar bagi pembangunan profesional, penganjuran bengkel teknikal berasaskan teknologi baharu seperti Kenderaan Elektrik (EV), serta perkongsian ilmu serantau melalui forum dan lawatan penandaarasan. Di samping itu, kedua-dua pihak turut bertekad memantapkan jaminan kualiti akademik melalui perkongsian amalan terbaik serta sedia meneroka ruang kerjasama baharu yang memberi manfaat bersama pada masa hadapan.

Inisiatif strategik ini dijangka akan membuka lembaran baharu dalam memperkasakan kemahiran serta menaikkan taraf kecemerlangan TVET di peringkat serantau.

"Let’s Create Excellence"

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul







KUNJUNGAN HORMAT J-KOM ZON SARAWAK KE IKBN MIRIMIRI, 5 Ogos 2026 (Rabu) — Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Zon Sarawa...
05/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT J-KOM ZON SARAWAK KE IKBN MIRI

MIRI, 5 Ogos 2026 (Rabu) — Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Zon Sarawak yang diketuai Pegawai Penerangan Parlimen Miri, En. Edmond anak Michil, telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri hari ini.

Pertemuan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik dan merancang penganjuran bersama Program Nadi Aspirasi Nasional Bersama Anak Muda (NANBA) yang dijadualkan pada bulan September bertempat di IKBN Miri.

Program yang mensasarkan peserta di kalangan belia, agensi kerajaan, dan NGO ini dianjurkan untuk memupuk nilai MADANI, memantapkan komunikasi kerajaan bersama anak muda, serta diisi dengan pelbagai aktiviti menarik hasil kerjasama pelbagai agensi.

"Let’s Create Excellence"

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul







KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PERKESO MIRI KE IKBN MIRI   MIRI, 5 Ogos 2026 (Rabu) – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) ...
05/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PERKESO MIRI KE IKBN MIRI

MIRI, 5 Ogos 2026 (Rabu) – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri telah menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Miri bertempat di Bilik Mesyuarat, IKBN Miri. Delegasi PERKESO Miri telah diketuai oleh Pengurus Pejabat, En. Jimmy Hendrick, serta diiringi oleh dua Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan iaitu Pn. Allenie Soon dan En. Cornelius Darren, di mana ketibaan mereka disambut oleh Pengarah dan barisan pengurusan IKBN Miri.

Perjumpaan dan sesi suai kenal ini diadakan bagi membincangkan potensi kerjasama strategik antara kedua-dua pihak. Antara fokus utama perbincangan termasuklah promosi pelbagai produk perlindungan PERKESO, seperti Skim Keselamatan Pekerjaan Sendiri (SKSPS) 2017, Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) 2022, dan Sistem Insurans Pekerjaan 2018 serta perancangan pelaksanaan Program MYFutureJobs Career LaunchPad bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan IKBN Miri.

“Let’s Create Excellence”

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul







MESYUARAT JAWATANKUASA PEPERIKSAAN INSTITUT BAGI PENGESAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SESI 2/2026 (JULAI) IKBN MIRI, 5...
05/08/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PEPERIKSAAN INSTITUT BAGI PENGESAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SESI 2/2026 (JULAI) IKBN

MIRI, 5 Ogos 2026 (Rabu) - Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Institut Bagi Pengesahan Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi 2/2026 (Julai) IKBN Miri diadakan pada petang ini yang telah dipengerusikan sendiri oleh Ts. Kamruldzaman bin Mohamed Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Miri.

Mesyuarat ini bertujuan mengesahkan keputusan peperiksaan, Pembentangan Laporan dan Syor pengawas Luaran Dalaman dan hal-hal lain berkenaan keputusan peperiksaan pada sesi ini.

Terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir dan memberi komitmen penuh.

"Let’s Create Excellence"

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul







04/08/2026

AURA ILKBS | Alumni Unggul Untuk Negara

IKBN Miri dengan bangganya memperkenalkan En. Zamir Reza bin Hj Wan Salim, Alumni Teknologi Pemesinan Logam (Pengambilan P2 2003–2005) yang kini sukses membina kerjaya sebagai Jurutera Teknikal di Sealink Shipyard Sdn. Bhd.

Bermula dengan langkah kecil di IKBN Miri, kemahiran teknikal dan semangat pantang menyerah beliau menjadi bukti nyata bahawa lulusan TVET ILKBS mampu berdiri sama tinggi dan bersaing di sektor industri utama.

Semoga kisah kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat anak-anak muda dan pelajar TVET untuk terus berani bermimpi besar, mengasah bakat, serta memberi sumbangan bermakna kepada negara.

Tahniah En. Zamir Reza. Terus terbang tinggi dan menjadi kebanggaan kami ‼️

Kredit kepada:
Kerjasama: Sealink International Company / Sealink Shipyard Sdn. Bhd.
Jurukamera: Mohd Affiq bin Roslan
Penyunting Video: Tc. Adib bin David @ Daud

"Let’s Create Excellence"

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul









MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN IKBN MIRI BIL.07/2026MIRI, 4 Ogos 2026(Selasa) - Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan IKB...
04/08/2026

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN IKBN MIRI BIL.07/2026

MIRI, 4 Ogos 2026(Selasa) - Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan IKBN Miri Bil.07/2026 diadakan pada petang ini yang telah dipengerusikan sendiri oleh Tuan Mohamad Mazlan bin Haji Anis Pengarah IKBN Miri.

Mesyuarat ini bertujuan membincangkan status pemantauan merangkumi kerosakan,kebersihan, keselamatan, tahap keberkesanan pengajar dan pelajar juga menilai tahap pematuhan terhadap prosedur yang ditetapkan.Dalam mesyuarat ini juga memperakukan cadangan penambahbaikan bagi memastikan keberkesanan tadbir urus institut.

Terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir dan memberi komitmen penuh.

“Let’s Create Excellence”

TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul







PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN INKLUSIVITI BELIA AUTISME DAN BERKEPERLUAN KHAS SESI 2/2026 TELAH DIBU...
04/08/2026

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN INKLUSIVITI BELIA AUTISME DAN BERKEPERLUAN KHAS SESI 2/2026 TELAH DIBUKA!

BIDANG ASAS PEMBUATAN ROTI DAN PASTRI DI IKBN MIRI, SARAWAK.

KAEDAH PELAKSANAAN:
📌Sesi pembelajaran 3 hari seminggu
📌Waktu kelas : 9.00 Pagi - 12.00 Tengah hari
📌Bahan Latihan disediakan
📌Tempoh pembelajaran 6 bulan

SYARAT PERMOHONAN:
📌Warganegara Malaysia berumur 16-30 tahun
📌Belia autisme daripada kategori mild atau high functioning / masalah pembelajaran
📌Boleh membaca, mengira, menulis (3M)
📌Boleh mengurus diri dan berdikari
📌Memiliki kad OKU yang dikeluarkan oleh JKM

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
21 OGOS 2026

TEMPAT TERHAD, MOHON SEKARANG🚀
👉 https://forms.gle/bFycpMKv79DA5Vwj6

Sekiranya berminat, sila imbas kod QR atau klik pautan disediakan untuk permohonan. Calon-calon akan dihubungi oleh pihak urusetia untuk panggilan temuduga.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
📞 Puan Brenda: 013-8596939
📞 Encik Hadri: 014-3099011

“Let’s Create Excellence”

TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.







MESYUARAT PENGURUSAN IKBN MIRI BIL .07/2026Miri, 4 Ogos 2026 (Selasa) - Mesyuarat Pengurusan IKBN Bil.07/2026 telah diad...
04/08/2026

MESYUARAT PENGURUSAN IKBN MIRI BIL .07/2026

Miri, 4 Ogos 2026 (Selasa) - Mesyuarat Pengurusan IKBN Bil.07/2026 telah diadakan pada pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat, IKBN Miri. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Mohamad Mazlan bin Haji Anis,Pengarah IKBN Miri dan turut dihadiri beberapa orang pegawai Pengurusan IKBN Miri.

Mesyuarat ini membincangkan pelbagai isu penting berkaitan pengurusan dan hala tuju organisasi.

Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan memberi komitmen penuh.

“Let’s Create Excellence”

TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.







Address

Institut Kemahiran Belia Negara
Miri
98000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

085 - 660714

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKBN Miri Sarawak (Official) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to IKBN Miri Sarawak (Official):

Shortcuts

Share