06/01/2023
4 TIPS NIKMATI SNEK DENGAN BIJAK
Snek adalah aspek penting dalam gaya hidup ramai rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, adakah anda biasa dengan ungkapan "Mindful Snacking" atau "snek dengan lebih bijak"?
Sini saya kongsikan tips untuk nikmati snek dengan sihat.
1. Peka dengan isyarat badan anda – adakah anda lapar, teringin, kenyang atau puas makan?
2. Jangan gelojoh. Snek tiada kaki untuk berlari. Jadi, makanlah dengan perlahan.
3. Rangsangkan semua deria semasa makan. Nikmatilah snek anda sepuas-puasnya.
4. Rujuk saiz hidangan yang disarankan dan ramuannya.
Dengan itu, anda telah mengetahui beberapa tips menikmati snek dengan sihat. Orang ramai haruslah membiasakan diri untuk lebih peka apabila menikmati snek dan cuba kekal konsisten. Galakkan dan motivasikan diri anda dan keluarga anda untuk mencapai keseimbangan dan membentuk hubungan yang lebih positif dengan makanan. Tekan butang FOLLOW dan LIKE untuk lebih lagi maklumat menarik.