20/02/2026
Assalamualaikum🌹🌹🌹
Alhamdulillah, harini hari ke-2 kami beroperasi di tapak bazar ramadan pekan pagoh. Alhamdulillah, sambutan yang sangat menggalakkan dari warga pagoh dan sekitar... Harini jam 6.30 kami dah sold out... Kami mohon maaf kalau ade yang x dapat beli ayam goreng kami tadi... Kami x dapat nak penuhi permintaan sebab kami buat yang termampu sahaja. Owner masih belum sembuh sepenuhnya. Kami mohon maaf 🙏🙏🙏
Kami juga ade berkongsi sedikit rezeki berupa sampul berisi duit raya untuk anak² kecil pelanggan kami, dan kami harap dapat memggembirakan semua. Walaupun jumlah x seberapa, itu saja kemampuan kami. Kami x mohon apa², cukup sekadar DOAkan kami, owner dan pekerja diberikan kesihatan yang baik agar kami dapat terus berniaga dan melaksanakan Fardu Kifayah kami.
Terima kasih atas sokongan kalian semua... 🥹
✅Murah
✅Sedap
✅Jimat
✅Mesra Poket
✅Halalan Toyyiban