16/05/2026
Perutusan Hari Guru: Setinggi-Tinggi Penghargaan dan Penghormatan
Kepada semua guru-guru saya:
* Tabika Madeleine (Madeleine Kindergarten)
* Sekolah Rendah Methodist (Methodist Primary School)
* Penang Free School
* Sekolah Antarabangsa Manila (International School Manila)
* La Salle PJ
* SMK Puchong
* Kolej Stamford KL (Stamford College KL)
* KL Hilton (Banquet, Chinese Kitchen, Banquet Sales, Reservation,
Engineering, Kitchen Artist)
* Allahyarham Datuk Sebelah Ibu Saya: Hj Naim Hj Syukran
* Allahyarham Datuk Sebelah Bapa Saya dan Pasangan Kembarnya:
Hj Saif Hj Salleh dan Hj Shariff Hj Salleh
* SK CBN 2
* SK Kelana Jaya 2
* SMK Seri Permata
* Ahli Keluarga Saya Sendiri: allahyarhamah Mak Cik Kepol,
Uncle Azhar, Mak Long, Mak Lim, Mak Cik Nik, Mak Cik Awa,
dan sepupu tersayang Lin, Erin, Nazura
* ayah saya sendiri yang saya rindui, allahyarham Kolonel
(B) Hj A. Aziz Hj Saif serta ibu yang disayangi, Hjh Maziah Hj Naim
yang telah:
> mendidik saya untuk berbangga dengan warisan dan
keturunan Jawa Johor keluarga
> mengajar saya cara menghargai nenek moyang keluarga
dengan menjalinkan hubungan keluarga yang dekat dan jauh,
selain mengkaji dan menguruskan salasilah keluarga kami
yang berakar umbi di Kabupaten Kendal, Jawa Tengah yang
bermula dari Allahyarham Kiyai Kendil Wesi Singowijoyo.
> mengajar saya cara untuk memasak resepi turun temurun,
membuat cili giling menggunakan batu giling
> mengajar saya disiplin dari usia yang muda walaupun saya
cuba memberontak
> memberi inspirasi untuk berkhidmat kepada orang lain
> mengajar saya berjimat cermat
> mendedahkan saya kepada dunia muzik, dari Jazz, Big Band,
Bossanova, Rhumba, Flamenco, Tango, Lagu Asli, Keroncong,
Zapin dan Evergreen yang merangkumi Frank Sinatra,
Englebert Humperdink, Paul Anka, Tom Jones, Broery
Marantika, Harvey Malaiholo, Zain Azman, Tan Sri P. Ramlee,
SM Salim dll.
> menunjukkan contoh yang baik dengan membantu di dapur,
membasuh dan menyidai pakaian dan membersihkan rumah,
> memberi tunjuk ajar dalam melakukan kerja pembaikan mudah
seperti menukar fius
di dalam plag, menukar mentol lampu, membersihkan
penyedut vakum dll
> mengajar adik beradik saya untuk beretika ketika di meja
makan dengan pendedahan di rumah di mana pinggan dan
mangkuk Noritake kepunyaan Abah akan disusun rapi, dan
kami diajar cara menikmati sup, makanan utama (main course)
serta pencuci mulut (dessert) dengan tertib
> mendedahkan kami kepada cara berinteraksi dengan orang
dari pelbagai latar belakang, dari anggota tentera, dif dif
kehormat dan ahli diplomatik, ahli keluarga, kenalan ibu bapa
dari berbagai bangsa dan agama
> mengajar saya untuk menghormati budaya dan cara pemakaian
Baju Melayu, Sampin dan Songkok
> mengajar saya mengilat kasut kerja Abah hingga ternampak
bayang muka di permukaannya yang berkilat
> mengajar saya untuk sentiasa bersifat penyayang kepada ahli
keluarga terdekat, terutamanya kepada isteri, anak2, adik
beradik dan anak2 buah, ibu dan bapa mertua, serta anak2
buah, makcik dan pakcik, serta sepupu sepapat
> mengajar saya untuk selalu menghargai rakan2 lama, rakan2
kerja, serta pekedai dan penyedia sebarang perkhidmatan
> mengajar kami adik beradik untuk menghargai alam sekitar, the
outdoors, makan secara piknik
Selamat Hari Guru kepada setiap daripada anda.
Firman Allah SWT di dalam Surah Ar-Rahman (Ayat 60):
هَلْ جَزَاءُ الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ
"Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga?"
Sesungguhnya, segala pengorbanan yang telah anda curahkan adalah satu kebaikan yang amat besar. Terima kasih yang tidak terhingga atas kesabaran yang jitu, bimbingan yang berterusan, nilai-nilai murni yang diterapkan ke dalam jiwa kami serta anak-anak kami, disiplin yang ditegakkan, ilmu yang dikongsi, dan warisan budi yang ditinggalkan untuk kami semua.
Sebagaimana tuntutan untuk sentiasa menghargai ilmu dan orang-orang yang menyampaikan kebaikan, Allah SWT berfirman di dalam Surah Al-Mujadilah (Ayat 11):
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat."
Tanpa sumbangan dan jasa bakti daripada setiap daripada anda, saya tidak akan menjadi siapa saya pada hari ini. Segala didikan anda telah membentuk asas kehidupan saya.
Terima kasih, Cikgu!!!