03/11/2021
TIPS UNTUK HASILKAN BISKUT YANG RANGUP
🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪🍪
🧈 Mentega
Bahan asas utama dalam membuat biskut mestilah mentega. Sebaiknya gunalah mentega asli seperti Tatura Butter, SCS, Anchor dan jenama yang tertulis "Pure Butter" atau lepa susu seperti Buttercup. Menggunakan majerin memberi rasa yang masin dan kurang enak, selain itu biskut cepat berbau hamis.
🧁 Menggaul dan menguli adunan.
Untuk mendapat hasil yang baik, biarkan mentega dan telur pada suhu bilik. Jangan pukul mentega dan gula berlebihan, cukup hingga berkrim sahaja (apabila mentega bertukar warna lebih cerah). Terlebih pukul menyebabkan adunan menjadi lembut dan biskut mengembang apabila di bakar. Seeloknya, tepung dan bahan-bahan kering di letakkan dalam satu mangkuk besar berasingan. Apabila siap memukul mentega, masukkan ke dalam bahan-bahan kering tadi dan gaul ringan menggunakan tangan hingga menjadi doh.
🥧 Merehatkan adunan
Apabila adunan biskut telah siap, simpan dulu di dalam peti sejuk sekurang-kurang 3-4 jam atau semalaman. Dengan cara ini menjadikan biskut lebih rangup. Setelah dikeluarkan dari peti sejuk adunan mungkin agak kering sedikit tetapi jangan risau, tambahkan sedikit mentega dan uli semula hingga lembut.
🥮 Lain- lain bahan untuk merangupkan biskut.
Tahu tak yang tepung jagung, tepung kastard, tepung ubi, tepung kentang juga memainkan peranan dalam merangupkan biskut, jika ingin menambahkan tepung-tepung ini kurangkan sukatan pada tepung gandum. Serbuk Emplex dan Crisco (lemak sayuran,shortening) juga berfungsi merangupkan biskut tetapi jangan guna terlalu banyak, ikut sukatan pada resipi.
🔗SUMBER: https://www.alaf21.com.my/info-Artikel/801/12-TIP-HASILKAN-BISKUT-YANG-RANGUP
MENJUAL ANEKA KEREPEK & BISKUT
🍪🥠🍪🥠🍪🥠🍪🥠🍪🥠🍪
❤️ TERUSKAN FOLLOW, LIKE & SHARE
📲www.wasap.my/601163679115
📲Ig: https://instagram.com/kepekkrupkrap_
📲Fb: www.facebook.com/kepekkrupkrap.byelia