13/12/2025
Assalamualaikum dan salam sejahtera 🤍
Alhamdulillah, dapat hadir ke majlis perkahwinan yang penuh indah dan bermakna ini.
Sebagai tanda penghormatan, kami turut mengenakan busana tradisional Melayu sempena majlis istimewa ini 😊
Setulus hati kami mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada pasangan mempelai 💐
Semoga rumahtangga yang dibina sentiasa dipenuhi kasih sayang, kebahagiaan, kesihatan dan rezeki yang berpanjangan hingga ke jannah.
Kami dari Pemborong Barang Runcit Hup Soon amat berbesar hati kerana dijemput, dan gembira dapat bertemu dengan para pelanggan setia yang sentiasa menyokong kami.
Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda semua 🤍
Ikhlas daripada kami,
Pemborong Barang Runcit Hup Soon mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga silaturahim ini terus terjalin 🌸