25/07/2026
✨ Maulid Akbar Keningau Berselawat
Jiwa Kembali Dekat 2.0
Alhamdulillah, terima kasih kerana sudi singgah dan berkunjung ke Semanis Hillside Cottage. Semoga sedikit layanan dan rehat di sini memberi keselesaan sebelum meneruskan perjalanan.
Kami mendoakan agar segala urusan dipermudahkan, diberikan kelancaran, keberkatan serta dipenuhi rahmat Allah SWT dalam menjayakan Majlis Ceramah Maulid Akbar Keningau Berselawat yang bertemakan Jiwa kembali dekat dan akan berlangsung pada malam ini di Dataran Keningau.
Semoga majlis ini mendapat sambutan yang meriah, membawa manfaat kepada seluruh masyarakat, serta mengeratkan lagi ukhuwah dan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Selamat maju jaya dan semoga Allah SWT memberkati setiap usaha yang dilakukan. Terima kasih sekali lagi kerana memilih Semanis Hillside Cottage. 🤍
Shahrizal Hj Mohd Shom